Sunday, March 24, 2013

Manipulasi “Gerrymandering” – Strategi BN Untuk Memenangi Pilihanraya

    “Gerrymandering” adalah langkah mengwujudkan kelebihan politik (political advantage) oleh kerajaan BN dengan memanipulasikan sempadan pilihanraya untuk memastikan BN memperolehi kedudukan kerusi lebih banyak walaupun hakikatya mendapat undi yang kurang di dalam sesuatu pilihanraya. Tindakan dari “Gerrymandering”ini, persempadan pilihanraya di Malaysia menghasilkan kawasan sempadan pilihanraya yang berliku-liku yang bertujuan untuk memberi ruang kepada kepentingan parti memerintah memperolehi keselesaan kemenangan berdasarkan sokongan lokaliti yang memihak kepada mereka.
 
Dalam contoh ini, persempadanan terasing tetapi diletakkan dalam satu kawasan DUN iaitu N45 Selat Kelang untuk membolehkan mengimbangkan pengundi dalam memastikan majoriti memihak kepada BN


Sebagai contoh sekadar untuk memberi ilustrasi, Si Tupai bertindak sebagai Suruhanjaya Pilihanraya menyusun dengan memberi kelebihan (advantage) kepada Parti Lembu dengan pengaturan sempadan yang merugikan Parti Rusa. Hasilnya Parti Lembu menang 4 kerusi berbanding Parti Rusa yang hanya memperolehi 1 kerusi

    Untuk mencapai matlamat ini, persempadanan menurut kehendak BN ini akan menghasilkan jumlah pengundi yang cukup ketara perbezaannya berbanding dari satu parlimen ke satu parlimen yang lain. Sebagai contoh dalam pilihanraya 2008, jumlah pengundi di Putrajaya hanya seramai 6,608 pengundi (BN menang) berbanding di Kapar seramai 112,224 pengundi (Keadilan menang). Kaedah ini membolehkan BN terus berkuasa kerana kerajaan BN walaupun mendapat undi popular yang rendah tetapi olehkerana “gerrymandering” BN akan tetap memperolehi jumlah kedudukan kerusi yang lebih besar diparlimen. Berdasarkan persempadanan sekarang, BN boleh memenangi sesuatu pilihanraya dengan hanya memperolehi undi popular sebanyak  45% tetapi akan tetap memperolehi kedudukan kerusi di Parlimen melebihi dari 50%.

Sebagai contoh untuk sekadar memberi ilustrasi, walaupun Parti Lembu hanya memperolehi 53% undi popular berbanding Parti Rusa tetapi dalam kedudukan kerusi, Parti Lembu memperolehi
      80% berbanding hanya 20% kerusi diperolehi oleh Parti Rusa
 
    Keadaan ini pernah berlaku dimana kerajaan Perikatan iaitu gabungan Umno-MCA-MIC sebelum dinamakan BN memenangi pilihanraya ketiga dalam tahun 1969 dengan hanya memperolehi 49.3% undi popular tetapi tetap kekal memerintah walaupun hakikatnya majoriti rakyat menolak kepimpinan BN. Fakta sejarah juga menunjukkan bahawa BN tidak pernah memperolehi sokongan rakyat melebihi 2/3 walaupun kesombongan mereka memerintah seolah-olah hampir semua rakyat menyokong mereka.


Fakta sejarah pilihanraya membuktikan BN tidak pernah peroleh lebih dari 2/3 undi popular
 
    Sejarah juga membuktikan bahawa setiap kali berlakunya persempadanan semula iaitu proses “gerrymandering” yang berterusan yang dibenarkan berlaku setiap 8 tahun sekali dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihanraya (SRR), BN akan memenangi kerusi pilihanraya lebih besar berbanding dengan pilihanraya terdahulu. Sebagai contoh, persempadanan semula tahun 2003 telah melonjakkan prestasi BN kepada 198 kerusi parlimen iaitu 90.41% kerusi parlimen walaupun mereka hanya memperolehi 63.9% undi popular. Begitu juga kedudukan kerusi BN bertambah kepada 84.38% dalam pilihanraya tahun 1995 setelah persempadanan semula berlaku dalam tahun 1994.
    Namun untuk buat kali pertamanya dalam sejarah, BN amat bimbang untuk meghadapi pilihanraya umum kerana mereka gagal untuk melakukan persempadanan semula sebelum PRU13 kerana mereka tidak memperolehi 2/3 kerusi parlimen dalam pilihanraya umum ke 12 pada tahun 2008. Untuk melakukan persempadanan semula, parlimen perlu mendapat lebih dari 2/3 kelulusan dari ahli-ahlinya. Di dalam PRU12, BN hanya memperolehi 62.61% kerusi parlimen iaitu kurang dari 2/3 dengan sokongan hanya 52.2% undi popular. Justeru tidak menghairankan strategi Najib adalah untuk membeli ahli-ahli parlimen PR yang tidak berpendirian untuk menyokong mereka.
    Malang untuk mereka sehingga tempoh 5 tahun PRU ke 12 diadakan pada 8 Mac 2008, regim Najib masih gagal memperolehi/membeli ahli-ahli parlimen dari Pakatan Rakyat yang mencukupi untuk membolehkan mereka meluluskan satu persempadan semula baru yang telah mereka sediakan awal-awal dengan kerjasama SPR. Ini mejelaskan mengapa regim Najib begitu takut untuk membubarkan parlimen kerana mereka tahu jika tiada proses penipuan berterusan mereka bakal kalah dalam PRU13 yang akan datang ini. “Gerrymandering” ini adalah salah satu kaedah penipuan yang menjadi senjata utama BN disamping pelbagai kaedah lain yang digunakan kerajaan BN untuk terus kekal berkuasa.