Sunday, December 12, 2010

Nilai Felda RM4.3 Bilion : Najib


Najib Razak ketika merasmikan Majlis Penutup Karnival Ikatan Hati Warga Felda 2010 pada 12 Disember 2010 di Putrajaya dengan bongkaknya menyatakan bahawa pihak yang mendakwa Felda bankrap adalah pengkhianat bangsa. Beliau menambah “Dua tiga hari lepas, saya bermesyuarat dengan pengurusan Felda, saya tengok akaun Felda. Kalau semua saham milik Felda yang tersenarai dalam Bursa Malaysia hari ini, kita cairkan, keuntungan atau pendapatan yang boleh Felda peroleh adalah sebanyak RM4.3 bilion”.

Felda mempunyai perladangan terbesar di dunia dengan keluasan sebanyak 811,140 hektar atau 2,004,400 ekar tanah.

Perkiraan mudah untuk menilai nilaian semasa bagi setiap ekar tanah Felda adalah untuk membahagi nilai RM4.3 bilion yang dinyatakan Najib dengan jumlah 2,004,400 ekar yang membawa kepada nilai RM2,145 bagi setiap satu ekar tanah Felda.

Persoalannya mengapa setiap satu ekar tanah Felda hanya membawa nilaian sebanyak RM2,145 sahaja? Setiap peneroka Felda sudah pasti tidak merasa selesa dengan jumlah yang begitu kecil bagi setiap ekar tanah mereka. Justeru nilaian rendah ini membawa kesimpulan bahawa Najib mengesahkan Felda sememangnya bernilai terlampau rendah dari nilai yang sepatutnya dan tidak sepadan sebagai syarikat perladangan terbesar dunia.

Najib wajar sedar bahawa isu sebenar Felda adalah manipulasi pengurusan yang menyebabkan peneroka-peneroka Felda ditipu kerana mereka sepatutnya memperolehi keuntungan yang lebih besar. Kemerosotan pendapatan Felda adalah kerana salah guna kuasa pentadbiran yang dipimpin oleh Barisan Nasional.