Thursday, August 25, 2011
Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1432 H
Thursday, February 3, 2011
Sunday, December 12, 2010
Nilai Felda RM4.3 Bilion : Najib

Najib Razak ketika merasmikan Majlis Penutup Karnival Ikatan Hati Warga Felda 2010 pada 12 Disember 2010 di Putrajaya dengan bongkaknya menyatakan bahawa pihak yang mendakwa Felda bankrap adalah pengkhianat bangsa. Beliau menambah “Dua tiga hari lepas, saya bermesyuarat dengan pengurusan Felda, saya tengok akaun Felda. Kalau semua saham milik Felda yang tersenarai dalam Bursa Malaysia hari ini, kita cairkan, keuntungan atau pendapatan yang boleh Felda peroleh adalah sebanyak RM4.3 bilion”.
Felda mempunyai perladangan terbesar di dunia dengan keluasan sebanyak 811,140 hektar atau 2,004,400 ekar tanah.
Perkiraan mudah untuk menilai nilaian semasa bagi setiap ekar tanah Felda adalah untuk membahagi nilai RM4.3 bilion yang dinyatakan Najib dengan jumlah 2,004,400 ekar yang membawa kepada nilai RM2,145 bagi setiap satu ekar tanah Felda.
Persoalannya mengapa setiap satu ekar tanah Felda hanya membawa nilaian sebanyak RM2,145 sahaja? Setiap peneroka Felda sudah pasti tidak merasa selesa dengan jumlah yang begitu kecil bagi setiap ekar tanah mereka. Justeru nilaian rendah ini membawa kesimpulan bahawa Najib mengesahkan Felda sememangnya bernilai terlampau rendah dari nilai yang sepatutnya dan tidak sepadan sebagai syarikat perladangan terbesar dunia.
Najib wajar sedar bahawa isu sebenar Felda adalah manipulasi pengurusan yang menyebabkan peneroka-peneroka Felda ditipu kerana mereka sepatutnya memperolehi keuntungan yang lebih besar. Kemerosotan pendapatan Felda adalah kerana salah guna kuasa pentadbiran yang dipimpin oleh Barisan Nasional.
Tuesday, September 7, 2010
Wednesday, February 3, 2010
UMNO dan BN: Pasti Kecundang
Usaha untuk membunuh karier politik Anwar Ibrahim tidak akan berhasil. Walau apa sekalipun keputusan mahkamah, rakyat umumnya sudah jemu dan jelek dengan segala usaha pihak tertentu yang berkuasa didalam negara ini menggunakan isu lucah seks didalam mematikan lawan politik mereka. Semakin ghairah mereka merancang maka semakin sumbang langkah mereka.Lebih mengaibkan, perancang-perancang yang merekacipta satu episod sejarah palsu negara ini majoritinya adalah orang-orang Islam. Mereka lupa ada dunia selepas ini dan perbuatan mereka akan dinilai oleh Yang Maha Berkuasa. Didalam penghakiman Islam adalah lebih baik seseorang yang dituduh terlepas dari hukuman didunia jika tiada bukti-bukti yang sahih kerana hukuman Allah di hari kemudian adalah lebih berat. Islam amat mudah dan manusia tidak perlu bersusah payah untuk menghukum seseorang yang dituduh jika tiada bukti yang kukuh.
Kekecohan dan pertelingkahan didalam PKR dan PR adalah perkara biasa didalam proses kematangan didalam organisasi. Adalah sesuatu yang mustahil untuk mencapai kejayaan, segalanya akan berjalan lancar tanpa sebarang permasalahan. Namun, kepimpinan PR dan PKR harus bertindak matang didalam mengharungi segala permasalah yang dihadapi. Sewajarnya, setiap isu yang berbangkit perlu ditangani secara bijaksana dan bukan secara emosi.
Yang pasti, walau apa sekalipun keadaan kepincangan didalam PR dan PKR, keadaan didalam UMNO dan BN adalah lebih kronik dan parah. Namun, ini bukan bermakna rakyat tidak peka apa yang berlaku dan terus menyokong PR dan PKR selamanya. Tetapi masih ada masa untuk PKR dan PR membaikpulih keadaan secara terbaik masih ada. Justeru, segala usaha proaktif perlu diambil segera untuk memperbetulkan keadaan.
Wednesday, November 11, 2009
PKR: Cabaran Dan Halatuju
Keputusan PRU 12Didalam menganalisa permasalahan ini, Anwar Ibrahim dan keseluruhan barisan tertinggi kepimpinan PKR wajar untuk berlapang dada dan merendah diri untuk melakukan muhasabah dan membuat pembetulan. Jika tidak, PKR akan terjerumus dan ia akan membawa bersama dua lagi rakan PKR iaitu PAS dan DAP ke ambang kejatuhan PR dan memanjangkan lagi jangka hayat BN yang sudah kronik dengan penyakit barahnya. Perasaan angkuh dikalangan ramai kepimpinan PKR yang merasakan bahawa seolah-olah rakyat bersama PKR adalah merbahaya kerana rakyat meneliti secara terperinci apa yang sedang berlaku.
Kelemahan Ketara
Anwar Ibrahim yang menjadi tunggak kepada kepimpinan PKR dan PR sememangnya diakui cukup berwibawa serta mempunyai karisma pidato yang amat dikagumi. Namun selaku manusia biasa, Anwar mempunyai kelemahannya yang tersendiri dan ini menjadi lebih parah kerana kegagalan rakan-rakan kepimpinan yang lain didalam PKR untuk mengisi kekosongan atau mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut. Kelemahan yang paling ketara didalam PKR adalah:
2. Kelemahan perancangan strategik
3. Disiplin berorganisasi yang longgar
Pentadbiran pengurusan PKR cukup lemah. Ini jelas dari banyak aspek termasuk didalam mengurus kepimpinan negeri yang cukup berkecamuk. Pimpinan-pimpinan negeri ditukar ganti begitu sahaja menurut kumpulan pelobi yang mana paling kuat tanpa menilai secara terperinci kepada kebolehan seseorang itu untuk memimpin. Mana-mana negeri yang bermasalah kepimpinannya tetapi cuba menyelesaikan permasalahan secara berhemah mungkin terpinggir pandangan mereka kerana kecenderungan Anwar untuk menerima pandangan orang-orang yang berada disekelilingnya sahaja. Lebih malang lagi, tiada langsung langkah serius untuk melatih pemimpin-pemimpin yang telah dilantik ini. Langkah Anwar yang cenderung untuk mengecilkan kumpulan kepimpinannya dengan melantik orang-orang dikelilingnya atau orang-orang yang telah memegang jawatan utama parti sebagai pimpinan negeri bakal mengundang masalah. Kepimpinan parti politik perlu dikembangkan bukan untuk dikecilkan. Kemampuan seseorang untuk mengurus cara yang terbaik ada batasan dan hadnya. Bagaimana seorang Ahli Majlis Pimpinan Pusat atau ketua kepada gerakan pemuda sebagai contoh mampu untuk mentadbir negeri dengan baik jika mereka dibebani dengan dua tugas yang berat sekali gus?
Perancangan strategik PKR juga amat lemah. Sebagai contoh, didalam menangani permasalahan imej yang mula merudum kini, Anwar menyarankan untuk mengadakan “convention” atau persidangan diperingkat negeri di semua negeri-negeri. Ini dimulai dengan negeri Pulau Pinang yang telah diadakan 9 November 2009 yang lepas. Malangnya, hasil dari persidangan di Pulau Pinang, hasilnya lebih memburukkan imej PKR dengan berlakunya pertelingkahan diantara Zulkifli Nordin, ahli parlimen PKR untuk Kulim Bandar Baru dan Sivarasa, Naib Presiden PKR.
Sewajarnya, menyedari hakikat masalah tiada kesatuan dikalangan kepimpinan dikesemua peringkat, program yang pertama perlu diatur bukannya “convention” tetapi program “retreat”. Didalam pengurusan strategik, ada perbezaan diantara “convention” dan “retreat”. “Convention” lebih berbentuk “formal” dan ia mungkin lebih untuk mempromosi PKR kononnya ingin memaklumkan kepada masyarakat kedudukan kepimpinan PKR masih kukuh. Corak program lebih kepada “one way communication” dimana kepimpinan tertinggi parti membentangkan kertas-kerja masing-masing. Manakala “retreat” lebih berbentuk dalaman untuk memperbaiki atau membaikpulih permasalahan kepimpinan yang sedia ada. Corak program lebih berbentuk “two ways communication” dan ini membolehkan mereka memperhalusi permasalahan kepimpinan yang sedia ada dan Anwar sewajarnya ada bersama untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk memulihkan dan meningkatkan kepimpinan mereka. Malangnya, Anwar tanpa mengambil kira perancangan strategik memilih untuk mengadakan “convention” yang mana ia lebih berbentuk “kepuraan” kerana permasalahan sebenar didalam parti tidak dapat diperbincangkan secara terperinci. Ini bermakna masalah-masalah sebenar kepimpinan “masih terdampar di bawah permaidani”.
PKR juga wajar mewujudkan kumpulan-kumpulan “task force” untuk meneliti, memikir dan mengkaji altenatif-alternatif baru didalam pentadbiran negara. Setakat ini, PKR hanya dominan didalam isu politik sahaja tetapi aspek-aspek yang lain seperti ekonomi, sosial, pendidikan, seni dan budaya serta pelbagai aspek-aspek kehidupan yang lain masih lagi terpinggir. Mereka wajar sedar bahawa negara sejak merdeka 52 tahun yang lalu, ianya telah didominasi oleh UMNO dan BN. Mahu tidak mahu, gaya dan corak mereka mempengaruhi pemikiran ramai orang ketika ini termasuk ramai pemimpin-pemimpin PKR itu sendiri. Justeru untuk mengemukakan alternatif yang lebih baik, ianya memerlukan penelitian dan pengkajian secara serius dan bukan hanya dilakukan secara semborono sahaja.
Lebih malang lagi, pentadbiran Najib mengambil langkah bijak dengan mencuri banyak idea-idea politik yang dicanangkan oleh PKR didalam usaha untuk memulihkan imej mereka pada pandangan rakyat jelata. Walaupun ini baik secara umum untuk rakyat keseluruhannya tetapi ia akan menyumbang untuk melemahkan PKR. Setakat mana keihklasan Najib untuk bersungguh-sungguh memperjuangkan nasib rakyat tidak diketahui kerana kepimpinan UMNO dan BN jelas mengutamakan diri mereka sendiri atau kroni-kroni mereka.
Didalam berorganisasi, untuk memastikan kejayaan, disiplin amat penting. Malangnya didalam PKR, disiplin berorganisasi amat lemah. Mana-mana pihak boleh membuat kenyataan dan ini tidak dipantau oleh pimpinan tertinggi parti. Jika kenyataan-kenyataan tersebut satu nada dengan keputusan parti ianya tidak menjadi masalah tetapi didalam banyak hal ianya bertentangan diantara satu sama lain.
Sebenarnya, terlalu banyak contoh-contoh yang menunjukkan kelemahan-kelemahan kepimpinan didalam menangani aspek-aspek pengurusan, perancangan strategik dan disiplin didalam berorganisasi didalam PKR jika dianalisa secara terperinci. Walaubagaimanapun, cukup sekadar beberapa contoh di atas sebagai permulaan untuk kesemua kepimpinan PKR disemua peringkat mengambil langkah segera untuk bermuhasabah dan mengambil langkah serius memperbaiki kelemahan-kelemahan mereka.
Tuesday, November 3, 2009
Penangkapan Dr. Asri: Salah Siapa?

Soalannya, jika kita lihat dari segi rasional, orang-orang JAIS ini menuntut ilmu dari mana. Jika mereka pergi belajar di universiti, yang mengajar mereka adalah orang-orang seperti Dr. Asri yang ada berkelulusan ijazah doktor falsafah. Menurut enakmen ini, mana-mana tokoh besar Islam walaubagaimana hebatnya sekalipun termasuk pensyarah yang pernah mengajar Pengarah JAIS - Datuk Mohammed Khusrin Munawi semasa beliau menuntut ilmu dahulu, mereka tidak boleh berceramah di Selangor tanpa kelulusan dari JAIS. Persoalannya, undang-undang apakah ini – tuk guru boleh didakwa oleh anak murid berlandaskan undang-undang seperti ini.
Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Abdul Razak ketika memberi komentar mengenai penangkapan Dr. Asri menyatakan ia tiada kena mengena dengan kerajaan pusat manakala Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyatakan beliau tidak menahu mengenai isu penangkapan Dr. Asri ini. Samada Najib benar atau Khalid yang benar, masih tidak kita ketahui. Tetapi umum masih tidak lagi lupa dalih dan alasan Najib apabila ditanya mengenai mengapa Mohd Saiful Bukhari Azlan berada bersamanya yang jelas tersimpul penipuan disebalik senyuman Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah orang yang mendakwa beliau telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kesibukan mereka untuk berpolitik melalaikan mereka dari tugas sebenar iaitu untuk menggubal undang-undang. Sewajarnya, Pakatan Rakyat menjadi alternatif yang lebih baik dan bukan menjadi penyambung kepada kebobrokan kepimpinan Barisan Nasional. Undang-undang adalah dasar paling asas bagi sesebuah negeri atau sesebuah negara. Mengimbas semula didalam isu Dr. Asri ini, mengapa kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim yang memimpin Pakatan Rakyat di negeri Selangor tidak mengambil inisiatif untuk meneliti semula dan menggubal undang-undang tubuh kerajaan negeri samada ia masih bersesuaian atau tidak. Semenjak, PR mentadbir Selangor lebih dari satu tahun setengah yang lepas apakah langkah yang telah diambil untuk pengkajian semula mengenai perkara perkara dasar ini – mengkaji, meneliti dan memperbetulkan mana-mana undang-undang bobrok peninggalan Barisan Nasional.
Kedua, umum mengetahui bahawa ramai diantara ahli-ahli DUN dan juga ahli-ahli Parlimen bukan golongan yang terpelajar. Banyak diantara mereka ini jahil dalam banyak perkara. Mereka jahil dalam bab agama dan ramai juga yang jahil dalam bab dunia. Persoalannya, mengapa cerdik-cerdik pandai yang terdiri dari cendiakwan-cendiakawan termasuk mufti-mufti tidak menasihati golongan lesgislator ini. Tidak dinafikan mungkin ada golongan cendiakawan-cendiakawan yang telah memberi nasihat atau pandangan tetapi diketepikan begitu sahaja oleh para penggubal undang-undang yang duduk dikerusi empuk di Dewan Undangan Negeri atau di Parlimen ini. Ini tidak menghairankan jika penggubal-penggubal undang-undang itu orang UMNO atau orang MCA atau orang MIC.
Ketiga, sudah banyak kali kita melihat jentera pentadbiran negeri atau kerajaan pusat iaitu para eksekutif tidak melakukan sesuatu perkara secara bijaksana. Ini ternyata didalam kes Datuk Mohammed Khusrin Munawi – Pengarah JAIS yang bertanggungjawab didalam isu penangkapan Dr. Asri ini. Kita tidak mengetahui samada ada “tangan-tangan ghaib” disebalik tadbir didalam isu ini atau semata-mata kerana kebodohan pegawai-pegawai JAIS membuat tindakan tanpa memikirkan kesan yang besar kepada imej Islam itu sendiri. Mereka wajar mengerti untuk menggunakan kebijaksanaan didalam menjalankan tugas dan tidak sewajarnya berselindung disebalik undang-undang yang sedia ada.
Didalam masa yang sama, kita selaku rakyat didalam negara ini perlu prihatin untuk sama-sama membantu untuk meningkatkan kemajuan negara kita didalam menyumbang untuk membetulkan semua permasalahan yang sedia ada. Para legislator yang tidak menjalankan tugas mereka perlu kita tegur, cendiakawan yang leka perlu kita ingatkan mereka bahawa mereka ada tugas besar disebalik tugas rutin mereka mendidik anak bangsa secara formal dan para pentadbir iaitu eksekutif perlu sentiasa dinasihati untuk menjalankan tugas mereka secara berhemah dan bijaksana.
Saturday, October 24, 2009
Bajet 2010: Sorakan Kebaikan Atau Petanda Kejahilan
Walaupun Najib cuba mengaburi rakyat dengan memberi “goodies” tetapi hakikatnya ekonomi negara adalah parah“Natijah daripada krisis global, ekspot negara merosot dengan ketara sebanyak 23.4% dalam tempoh separuh pertama tahun 2009 berbanding dengan peningkatan 15.5% dalam tempoh yang sama tahun lepas. Indeks pengeluaran perindustrian pula merosot kepada 12.7% berbanding dengan peningkatan 3.3%. Manakala jumlah pelaburan bersih pelaburan asing berkurang kepada 3.6 bilion ringgit berbanding dengan 19.7 bilion ringgit bagi tempoh yang sama.”
Prestasi ekonomi yang burukKebergantungan Pendapatan Negara Kepada Sumber Semulajadi
Sunday, October 11, 2009
BN Menang Di Bagan Pinang, Maruah Negara Tergadai
Pertama, Isa sebagai anak tempatan walaupun telah diselubungi dengan pelbagai isu khususnya berkait dengan rasuah dan salahguna kuasa tetapi beliau berjaya menggaburi rakyat Bagan Pinang dengan sikap rahmahnya dan airmukanya yang sentiasa tersenyum. Rakyat Bagan Pinang melihat Isa sebagai seseorang yang mudah mesra dan boleh bergaul dengan rakyat disemua peringkat. Isa tidak dianggap bersalah kerana salah lakunya dianggap bukan berlaku di Bagan Pinang tetapi diperingkat negeri dan negara. Kebobrokan Isa tertutup dengan kehebatan “public relation”nya.
Kedua, menyogok pelbagai barangan yang jelas berunsur rasuah didalam pilihanraya kecil ini berjaya menggaburi rakyat Bagan Pinang apabila saban hari semasa kempen pilihanraya, mereka menerima pelbagai habuan seperti “rice cooker”, kipas angin, pemain cakera padat dan apatah lagi pelbagai bahan makanan yang dihantar sepanjang tempoh kempen pilihanraya ini berjalan khususnya di estet-estet seperti Ladang Bradwall dan Ladang Atherton. Isa, UMNO dan BN jelas ternyata tidak pernah insaf bahawa menyogok rakyat didalam pilihanraya adalah sesuatu perbuatan khianat yang akan merosakkan bangsa dan negara.
Ketiga, kegagalan pemimpin-pemimpin PR untuk menjalankan tanggungjawab mereka setelah memenangi beberapa kerusi didalam Pilihanraya Umum ke 12 pada bulan Mac 2008 yang lalu khususnya di dalam kawasan Parlimen Teluk Kemang secara tidak langsung menyumbang kepada kemenangan besar Isa didalam pilihanraya kecil ini. Kegagalan untuk bertemu rakyat secara berterusan dan sikap angkuh merasakan bahawa PR semakin mengukuh dan perasaan syok sendiri yang kononnya rakyat bersama PR membelenggu pemikiran mereka. Hakikatnya, mereka gagal menjalankan tugas mereka dengan baik setelah rakyat memberi mereka amanah besar didalam pilihanraya umum yang lepas.
Tiga perkara yang digariskan ini adalah penyumbang utama diatas kemenangan besar Barisan Nasional didalam pilihanraya kecil di N31 Bagan Pinang ini. Faktor pertama dan kedua mungkin boleh memukau sementara rakyat Bagan Pinang namun lambat laun, rakyat akan mengerti bahawa salah laku rasuah memberi kesan buruk kepada rakyat dan negara. Pemberian semasa pilihanraya adalah rasuah dan sikap manis dimuka tidak mencukupi untuk menggerak dan membangunkan negara didalam dunia yang penuh mencabar ketika ini. Bagan Pinang, walaupun diwawarkan sebagai pusat perlancongan tetapi ternyata Isa gagal membangunkannya sebagai pusat perlancongan bertaraf dunia walaupun pernah menjadi Menteri Besar paling lama di Negeri Sembilan.
Didalam masa yang sama pemimpin PR yang telah diberi amanah jangan merasa leka dan setiap kritikan membina wajar diterima secara terbuka dan mengambil inisiatif memperbaikinya. Sebagai barisan baru, PR mampu membaiki prestasinya dan tidak mustahil bahawa barisan kepimpinan PR akan didokong secara mantap oleh pemimpin-pemimpin yang berkualiti dan komited untuk memperjuangkan nasib rakyat dan membangun ekonomi bangsa dan negara.
Maruah Bangsa dan Negara Tergadai
Kedahagaan BN untuk menang didalam kesemua pilihanraya kecil di Semenanjung Malaysia selepas PRU12 menyebabkan UMNO menggadai maruah dengan meletakkan Isa sebagai calon mereka di Bagan Pinang. Mereka tahu kehebatan "public relation" Isa boleh memukau pengundi-pengundi di Bagan Pinang dan akan memastikan mereka memperolehi majoriti yang lebih besar. Isa adalah tokoh UMNO yang cukup kontroversi kerana beliau telah didapati bersalah didalam rasuah politik wang didalam UMNO dan menjadi orang pertama UMNO terlucut jawatan Naib Presiden kerana rasuah politik wang walaupun beliau adalah Naib Presiden yang paling kanan setelah menang undi terbanyak.
Rakyat seluruh negara akan menganalisa perkara ini secara terperinci dan analisis-analisis yang mendatang sudah pasti akan mendedahkan kebobrokan Isa, UMNO dan BN. Rakyat umumnya sudah meluat dengan pemimpin-pemimpin yang telah tercemar dengan rasuah politik wang dan UMNO yang sudah ketandusan pemimpin terpaksa akur untuk memilih calon yang kontroversi seperti Isa. Ternyata langkah Najib yang memperjudikan nasib UMNO akan bakal membawa malapetaka yang lebih besar kepada BN didalam pilihanraya umum yang akan datang. Najib yang terhutang budi dengan Isa di atas salah lakunya di Negeri Sembilan mungkin boleh ketawa besar sekarang dengan kemenangan Isa ini namun ketawa itu sudah pasti tidak akan berpanjangan.
Rakyat Malaysia akan memahami bahawa negara memerlukan pemimpin-pemimpin yang berwibawa didalam menghadapi era kompetitif global. Malangnya, UMNO dan BN sudah bergelumang dengan kekotoran-kekotoran yang tidak memungkinkan ia boleh dibersihkan kerana ia sudah kronik. Alternatif terbaik adalah barisan baru yang diwakili PR yang sekurang-kurangnya jelas bermatlamat untuk memperjuangkan nasib dan hak rakyat. Namun, pemimpin-pemimpin PR perlu membuat muhasabah dan mengambil langkah drastik untuk memulakan “pendidikan semula” terhadap kesemua kepimpinan mereka untuk memastikan mereka benar-benar faham tugas dan tanggungjawab sebagai pemimpin masyarakat. Kesatuan didalam setiap parti didalam PR dan sesama parti anggota PR perlu diperkukuhkan. Mereka perlu mengelak untuk berpolemik dan bekerja keras untuk mengukuhkan prestasi mereka.
Monday, August 24, 2009
Saturday, June 13, 2009
Oratory May Mislead…
It is surprising that in commenting the candidates of Iranian Presidential Election, one of the key politicians in Malaysia commented that one of the four candidates is a very young man who is below than 30 years old. He also stressed that this candidate is very much younger than Mahmoud Ahmadinejad. In fact, all of the Iranian Presidential candidates are above 50 years old and all other candidates are older than Mahmoud Ahmadinejad.
In developing our nation, all of the leaders must ensure all the information conveyed to the audiences are correct and up to date. In order for our nation on par with with other developed nations, fact and figures are crucial.
The facts about the candidates of Iranian Presidential Election are as below:

1. Mahmoud Ahmadinejad - Age: 52 years old

2. Mir Hossein Mousavi - Age: 68 years old

3. Mahdi Karroubi - Age: 72 years old

4. Mohsen Rezaei - Age: 54 years old
Thursday, May 7, 2009
BN Is Determined To Play “Monkey Politics”
BN way to power...

Wednesday, May 6, 2009
Sidang DUN Perak 7 Mei 2009 MEMALUKAN!!! Dewan Perlu Dibubarkan
Semua langkah perlu diambil untuk mengelakkan suasana keharmonian negara tercemar dengan tidak mengizinkan Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Najib membuat langkah-langkah yang menyekat demokrasi negara. Najib mungkin beranggapan tindakan-tindakannya untuk menakut-nakutkan rakyat akan berkesan dan akhirnya rakyat akan tunduk kepada segala kemahuannya. Najib wajar sedar bahawa andaikata beliau menangkap kesemua pemimpin Pakatan Rakyat sekalipun, ia tidak akan menghalang gelombang arus perubahan yang dibawa oleh rakyat. Didalam era teknologi maklumat yang berkembang pesat, rakyat makin mudah mendapat maklumat dan kepimpinan baru akan sudah pasti muncul. Malahan, kualiti kepimpinan yang baru sudah pasti jauh lebih baik dan saat-saat kehancuran Najib dan BN akan sudah pasti menjadi semakin nyata.
Najib sewajarnya mengambil langkah untuk memulihkan imejnya dan prestasi kepimpinan Barisan Nasional jika masih ingin bertahan mentadbir negara. Demokrasi tidak boleh dihalang. Rakyat perlu terus mendapat maklumat yang sebenar serta tidak perlu ditakut-takutkan. “Police Roadblocks” yang bercambah lebih bertujuan atas dasar politik dan bukan untuk menjaga keamanan negara. Jenayah semakin meningkat dan polis perlu digunakan untuk membendung jenayah dan bukan menghalang demokrasi negara. Jarang sekali kita mendengar perhimpunan aman yang diadakan rakyat di Malaysia mengganas dengan bunuh-membunuh atau merosakkan harta awam. Penggunaan polis diatas dasar untuk mempertahan politik BN adalah satu bentuk jenayah dan korup yang paling nyata dan paling besar didalam sejarah negara.
Friday, April 3, 2009
Najib: Penentu Masa Depan UMNO dan BN
Didalam suasana ekonomi merudum dan politik tidak menentu ketika ini, peralihan kuasa kepimpinan negara daripada Abdullah Ahmad Badawi kepada Najib Abdul Razak yang berlaku pada 3 April 2009 adalah sesuatu yang amat menarik untuk kita dalami dan analisa. UMNO dan BN memperjudikan nasib dengan memberi ruang seluas-luasnya kepada anak mantan Perdana Menteri Malaysia kedua untuk menentukan masa depan mereka. Najib menghadapi tugas berat didalam menangani kedua-dua isu ini. Hidup dan matinya UMNO dan BN bakal ditentukan didalam konteks samada Najib berjaya atau tidak didalam menangani permasalahan-permasalahan negara yang amat berat didalam masa sokongan rakyat terhadap BN telah mula rapuh dan pudar. Sudah pasti langkah-langkah kepuraan tanpa keikhlasan akan memastikan UMNO dan BN terjerumus keliang lahad. Penasihat-penasihat Najib perlu menasihatkan Najib bahawa didalam era teknologi maklumat ketika ini, pemimpin perlu benar-benar telus dan ikhlas kerana kepuraan mungkin boleh mengelirukan rakyat tetapi ia hanya untuk seketika.
Karier Politik
Didalam karier politik Najib, beliau telah melalui liku-liku perjalanan yang amat mudah kerana didalam kebanyakan situasi, Najib telah menang tanpa bertanding. Najib terjebak dengan politik apabila menang tanpa bertanding di Pekan pada tahun 1976 setelah kematian ayahnya dan muncul sebagai ahli Parlimen termuda negara didalam usia 22 tahun. Didalam kekecohan politik UMNO tahun 1987, Najib telah dilantik sebagai Pemangku Ketua Pemuda UMNO. Walaupun Najib menang dengan pertandingan didalam merebut salah satu dari tiga kerusi Naib Presiden UMNO pada tahun 1996 dan 2000 tetapi sekali lagi Najib dipilih tanpa bertanding untuk jawatan nombor dua UMNO pada September 2004. Pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, Najib sekali lagi dipilih tanpa bertanding untuk menduduki kerusi Presiden UMNO untuk memberi laluan mudah kepada beliau untuk menduduki kerusi Perdana Menteri Malaysia yang keenam.
Namun demikian, pertarungan sengit Najib di Parlimen Pekan pada tahun 1999 mencemaskan kedudukan beliau. Najib nyaris tumpas dengan hanya memenangi pilihanraya dengan hanya majoriti 241 undi sahaja. Najib memperolehi 13,148 undi berbanding dengan lawannya Ramli Mohamad dari PAS yang memperolehi 12,907 undi manakala terdapat 631 undi rosak. Malahan sehingga kini, ramai pihak yang meragui kemenangan sebenar Najib didalam pertempuran beliau dengan seseorang yang tidak begitu dikenali yang mewakili PAS ketika itu.
Pengalaman pahit ini telah menyedarkan Najib untuk menjaga Pekan sebaik mungkin. Bermula dari tarikh itu, pelbagai program dan aktiviti dibawah biayai kewangan negara ditumpukan di Pekan, Pahang. Program-program nasional telah dilancarkan di Pekan dan Najib tidak mahu dimalukan lagi dengan memastikan beliau menumpukan banyak masa untuk berjinak-jinak dengan pengundi-pengundi di Pekan.
Hari Pertama Sebagai PM
Didalam kemelut kecemasan setelah tewas di Kuala Terengganu dan Permatang Pauh, Najib amat khuatir BN akan tersungkur pada 7 April 2009 didalam tiga pilihanraya kecil – Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Kekalahan ini adalah petanda buruk dan Najib mahu memastikan BN dibawah kepimpinannya mendapat kepercayaan baru rakyat bahawa beliau akan mampu mebawa perubahan dengan slogan “One Malaysia”nya.
Najib cuba mengambil langkah popular yang kononnya demokrasi dan kebebasan subur dibawah kepimpinannya dengan menarik balik sekatan terhadap terbitan Harakah dan Suara Keadilan. Tigabelas tahanan ISA termasuk dua dari lima pemimpin Hindraf juga dibebaskan serta-merta. Beliau juga mengumumkan akta zalim ISA akan dikaji semula. Najib amat terdesak didalam usaha untuk mendapat kepercayaan rakyat dengan mengumumkan tiga perkara ini didalam ucapan rasminya yang pertama yang disiarkan melalui media perdana.
Namun, keikhlasan Najib untuk menyuburkan demokrasi di Malaysia masih disangsikan oleh ramai pihak. Najib bukan orang baru didalam politik. Beliau telah berada didalam kepimpinan UMNO dan BN sejak lebih dari 30 tahun yang lalu. Pemikiran, gaya, cara, budaya dan hidup Najib telah digelumangi dengan cara dan etika UMNO dan BN. Akta zalim, tahan tanpa bicara ISA perlu dimansuhkan serta-merta jika Najib benar-benar ikhlas ingin memperjuangkan keadilan dan demokrasi dinegara ini. Mana-mana individu yang dituduh melakukan kesalahan perlu dibawa keruang keadilan dengan memberi mereka peluang untuk dibicarakan dimahkamah terbuka dan bukan ditahan tanpa peluang untuk dibicarakan. Membebaskan segelintir kecil tahanan lebih menunjukkan ketidakjujuran didalam usaha mengelirukan rakyat. Najib masih was-was untuk memansuhkan ISA kerana ISA boleh digunakan sebagai senjata untuk menakut-nakutkan musuh-musuh politiknya.
Membebaskan Harakah dan Suara Keadilan didalam hanya tiga hari sebelum tarikh pilihanraya kecil tidak akan memberi kesan apa-apa kerana kedua-dua ini adalah media cetak dan ia menghadapai keterbatasan kemampuan didalam keterbatasan pengeluarannya untuk mempengaruhi pengundi-pengundi disaat-saat akhir menjelang tarikh mengundi. Tujuan asal mengekang permit kedua-dua media cetak ini adalah untuk mengelakkan pengaruhnya didalam ketiga-tiga pilihanraya kecil ini.
Nizar mempunyai rekod cemerlang sebagai MB Perak dan mendapat kepercayaan majoriti masyarakat Melayu dan bukan Melayu
Imej Najib
Permasalahan utama Najib adalah untuk membersihkan imejnya. Politik dibayangi oleh persepsi. Samada persepsi itu benar atau salah ia adalah perkara kedua kerana malangnya didalam suasana politik semasa, persepsi ini bakal menentukan untung nasib seseorang pemimpin. Justeru itu seseorang pemimpin perlu memastikan bahawa persepsi rakyat kepada mereka adalah sentiasa baik.
Isu pembunuhan Altantuya menghantui gerak geri NajibIsu Najib ditangkap berkhalwat di Negeri Sembilan dengan seorang artis popular satu masa dahulu masih menjadi perbualan orang. Begitu juga isu-isu pengautan kontrak-kontrak besar dan kecil yang dikaitkan khususnya dengan isterinya Rosmah Mansor masih sibuk diperkatakan orang. Jika Najib gagal membersihkan namanya, beliau akan dibayangi dengan permasalahan imej. Persepsi-persepsi negatif yang ada sekarang terhadap Najib menyebabkan beliau akan menjadi liabiliti atau beban kepada UMNO dan BN.
Gaya Kepimpinan Politik
Najib naik kepersada nombor satu kepimpinan negara dengan pelbagai imej negatif bersamanya. Kesan imej negatif ini mungkin bakal mencorak gaya kepimpinan Najib. Keadaan ini mencemaskan ramai aktivis-aktivis politik yang tidak sealiran dengan UMNO dan BN. Sememangnya sudah dijangka, Najib akan mengambil langkah-langkah popular untuk mendapatkan kembali kepercayaan rakyat terhadapnya diawal hari-hari pentabirannya. Sedikit demi sedikit, Najib mungkin boleh diterima oleh rakyat jelata bahawa beliau kononnya benar-benar jujur dan sememangnya mahu membawa perubahan. Namun, selagi Najib tidak “bertaubat nasuha”, lawan-lawan politik Najib akan tetap menyerang Najib khususnya faktor-faktor peribadinya. Maka ketika itu mungkin Najib akan mengeluarkan “taringnya” untuk mengenakan tindakan-tindakan terhadap musuh-musuh politiknya.
Andaikata ini berlaku, ia akan membantutkan perkembangan negara. Justeru, sebagai pemimpin nombor satu negara, Najib perlu benar-benar telus dan ikhlas memimpin negara. Lawan politik beliau adalah juga rakyat Malaysia dan sepatutnya diberi ruang untuk bersuara. Kepimpinan adalah tanggungjawab dan akhirnya segala apa yang kita lakukan akan diadili di hari kemudian. Sebagai manusia biasa, Najib perlu akur bahawa beliau juga melakukan kesilapan. Untuk menjadi pemimpin besar, Najib wajar menerima dan akur atas apa-apa kesalahan yang telah pernah dilakukan dan bertaubat dengan erti kata taubat yang sebenar-benarnya. Kemudian, Najib perlu komited untuk membawa perubahan yang terbaik untuk kepentingan rakyat dan negara. Jika ini berlaku, Najib atau keluarganya tidak akan mati dengan kekayaan melimpah ruah kerana keinsafan akan menyedarkannya bahawa kuasa dan harta adalah pinjaman semata-mata dan setiap manusia akan kembali menghadapi Tuhannya.
Friday, February 6, 2009
Kudeta Di Perak, Rahmat Buat Pakatan Rakyat
Najib boleh tersenyum lebar sekarang tetapi kudeta Perak bakal membawa BN ke detik-detik kehancurannyaZamry Abdul Kadir wajar merasa malu kerana perlantikannya sebagai Menteri Besar Perak yang ke 11 dicemari dengan kontrovesi dan insiden yang memalukan di Masjid Ubudiah dan Istana Iskandariah. Setakat ini, masih tiada kepastian tiada unsur-unsur rasuah atau ancaman yang menyebabkan tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat – Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Osman Mohd Jailu dan Hee Yit Foong menjadi badut negara.
Zamry Abdul Kadir wajar merasa malu diatas perlantikannya sebagai MB Perak ke 11“Wake Up Call” Untuk Mengukuh Dan Memantap Barisan Kepimpinan PR
Malapetaka Perak sebenarnya menjadi “wake up call” untuk Pakatan Rakyat memantapkan dan memperkukuhkan barisan kepimpinan mereka disemua peringkat baik di bahagian/kawasan, negeri mahupun nasional. Saringan pemilihan calon-calon untuk bertanding samada diperingkat DUN mahupun Parlimen akan dilakukan dengan lebih hati-hati dimasa yang akan datang.
Proses pendidikan atau “pentarbiyyahan” akan dipertingkatkan untuk semua lapisan kepimpinan untuk memastikan kesemua pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat komited untuk berkhidmat untuk rakyat dengan kualiti kecermelangan. Keghairahan didalam berpolitik sebelum ini mungkin mengalpakan kepimpinan Pakatan Rakyat betapa penting proses “pentarbiyyahan” yang berterusan didalam agenda utama aktiviti-aktiviti kepartian.
Kemenangan yang bakal diperolehi oleh Pakatan Rakyat didalam PRU ke 13 yang akan datang perlu diisi dengan pembangunan yang seimbang untuk membolehkan Malaysia bangkit sebagai salah satu negara terbaik didunia. Untuk ini, barisan kepimpinan yang dibariskan mesti mempunyai nilai-nilai kualiti untuk mempertingkatkan tahap kehidupan individu, keluarga dan negara di Malaysia. Peristiwa kudeta di Perak menginsafkan mereka betapa mereka perlu lebih bersedia sepenuhnya dan tempoh empat tahun yang mendatang akan digunakan untuk memperbaiki segala aspek kelemahan khususnya yang berkaitan dengan ciri-ciri kepimpinan.
Kuasa Rakyat Kuasa Mutlak
Disebalik keghairahan Najib untuk menebus kemaluannya diatas kekalahan didalam dua Pilihanraya Kecil – Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, beliau sebenarnya gagal menelah bahawa kudeta di Perak telah membangkitkan kebencian rakyat yang meluap terhadap UMNO khususnya dan Barisan Nasional amnya. Pemerhatian oleh ramai pengkaji-pengkaji, majoriti rakyat tidak lagi boleh menerima kebiadapan BN didalam menilai usaha rampasan kuasa yang berlaku di Perak sekarang ini.
Mohammad Nizar telah berjaya mentadbir negeri Perak secara adil dan saksama Peristiwa 16 September 2008
Secara dasarnya, PR wajar menerima mana-mana individu untuk menyertai PR jika mereka insaf dan membuat keputusan secara sendiri tanpa dipengaruhi demi untuk kepentingan rakyat dan negara. Walaubagaimanapun, Pakatan Rakyat tidak wajar untuk memujuk apatah lagi menggunakan habuan atau ancaman didalam menarik ADUN atau ahli-ahli Parlimen parti lawan untuk menyertai mereka. Hakikatnya, kemenangan mana-mana wakil rakyat, pengaruh parti pegangan calon-calon yang bertanding mempengaruhi mereka didalam membuat keputusan siapa yang akan mereka undi.
Thursday, January 8, 2009
Doa Untuk Palestine
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. "al-Baqarah 120
1. Ya Allah Ya Tuhan kami, kami mohon kepada Mu, selamatkanlah saudara-saudara kami di bumi Palestine, dibumi kelahiran para anbiya.
3. Ya Allah Ya Tuhan kami, satukanlah bangsa Arab untuk mereka bangkit berjuang mempertahankan bumi Palestine
Kita tidak punya senjata untuk melawan Israel dan juga Bangsa-Bangsa Bersatu (UN)
tidak berdiri diatas paksi keadilan. Namun demikian, umat Islam seluruh dunia boleh
membantah tindakan Amerika Syarikat dengan memboikot kesemua produk mereka
Friday, January 2, 2009
Gelombang Kemelesetan Ekonomi: Cabaran 2009
Ungkapan-ungkapan bahawa negara tidak banyak terjejas, ekonomi negara masih baik adalah ungkapan-ungkapan sumbang walaupun ia diluahkan oleh pemimpin-pemimpin besar negara. Hakikatnya, rakyat bawahan telah mula merasa peritnya akibat kemelesetan ekonomi. Malahan ungkapan kita akan berjaya mempertahankan negara dari bahang kemelesetan ekonomi dunia adalah ungkapan politik semata andaikata tiada perancangan yang konkrit dan menyeluruh didalam menangani kemelesetan ekonomi dunia sekarang ini.
Sektor Perindustrian Terjejas Teruk
Pekerja-pekerja yang bekerja disektor perindustrian yang banyak bergantung kepada kerja lebih masa sebagai pendapatan utama kerana gaji pokok yang kecil telah mengurang pendapatan mereka seawal Oktober 2008 kerana ketiadaan kerja lebih masa. Kebanyakan kilang-kilang dilaporkan terpaksa mengurangkan pengeluaran sehingga 70% dari kapasiti biasa kerana kekurangan permintaan. “Mass Vacation” atau cuti secara beramai-ramai atau didalam ertikata lain penutupan kilang sehingga 2 minggu didalam satu bulan telah menjadi satu amalan biasa sejak kebelakangan ini.
Adalah dijangka, puluhan ribu pekerja kilang dan mungkin malahan ratusan ribu pekerja akan diberhentikan kerja pada suku pertama tahun 2009. Pengurusan kilang-kilang terpaksa mengambil langkah tersebut untuk mengurangkan kos kemungkinan kerugian yang lebih besar. Kemelesetan ekonomi dunia yang dijangka berpanjangan dan masih tiada kepastian penghujungnya telah menyebabkan kebimbangan pelabur-pelabur untuk mengambil langkah drastik mengurangkan pekerja-pekerja mereka.
dan pengilang-pengilang berusaha untuk mengurangkan kos dengan mengurangkan jumlah pekerja
Sektor Pertanian Menguncup
Hasil pertanian utama negara, kelapa sawit dan getah mengalami penurunan harga yang mendadak. Harga kelapa sawit ketika ini adalah sekitar RM1600 satu tan berbanding sekitar RM4,000 bagi setiap tan pada awal tahun 2008.
Turun naik harga Kelapa Sawit dari tahun 2000 sehingga 2008.
Pada Januari 2008, harga sawit adalah sekitar USD1,200 atau RM4,200 dan harga telah
merosot lebih 60% ke sekitar USD450 atau RM1,600 bagi setiap tan pada awal Januari 2009
Harga getah juga telah menguncup lebih dari separuh berbanding sebelum ini. Pekebun-pekebun kecil mahupun ladang-ladang besar menghadapi suasana sukar kerana penurunan harga yang begitu mendadak.

Harga getah menguncup sekitar 50% ketika ini berbanding dengan awal tahun 2008
Sumber Perolehan Negara Mengurang
Harga minyak mentah dunia jatuh lebih 70% dalam tempoh 6 bulaniaitu dari USD147 ke sekitar USD40 bagi setiap satu “barrel”
DIANTARA JALAN-JALAN PENYELESAIAN
Untuk mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan ekonomi negara bukan satu perkara yang mudah kerana Malaysia adalah sebuah negara perdagangan dan permasalahan ekonomi global sudah pasti akan memberi kesan negatif kepada kita. Simpanan negara yang berjumlah USD128 billion pada pertengahan tahun 2008 telah merosot diawal tahun 2009. Dasar Fiskal (Fiscal Policy) dan Dasar Kewangan (Monetary Policy) perlu digubal untuk menghadapi persediaan kemelesetan ekonomi yang dijangka akan berpanjangan (sama seperti Kemelesetan Ekonomi Dunia pada tahun 1930 yang telah menyebabkan 13 juta orang di Amerika Syarikat kehilangan pekerjaan) serta merangsang semula ekonomi .
Untuk merancang kehadapan, kita perlu menetapkan jangkamasa kemelesetan ekonomi
untuk merangka langkah-langkah seterusnya
2. Minimakan Ketiadaan Pekerjaan “Unemployment”
Usaha perlu diambil kerajaan untuk meminimakan pembuangan pekerja tempatan yang dijangka akan berlaku secara meluas pada suku tahun pertama 2009 setelah kebanyakan pekerja asing dihentikan pada suku akhir 2008 khususnya didalam sektor perkilangan. Langkah perlu diambil dengan memberi insentif kepada pengusaha dalam bentuk yang bersesuaian samada dalam bentuk pengurangan cukai atau apa-apa bentuk yang lain untuk menggalakkan mereka untuk tidak membuang pekerja.
Gaji minima yang mungkin lebih kurang dari gaji pokok biasa boleh diperkenalkan dan pekerja-pekerja perlu menerima hakikat tersebut kerana permasalahan ekonomi ketika ini adalah parah. Namun, AKta Pekerjaan perlu dirubah untuk memberi ruang tersebut kerana akta yang sedia ada tidak mempunyai peruntukan didalam hal ini. Didalam masa yang sama, sebarang bentuk ekploitasi untuk mengurangkan gaji pekerja tanpa sebab yang munasabah perlu dibendung.
Andaikata, kita menjangka ekonomi akan berlarutan sehingga akhir tahun 2009, program latihan selama satu tahun perlu dirangka. Walaubagaimanapun, program latihan yang diatur bukan merupakan projek “lepaskan batuk ditangga” sahaja kerana ia mesti benar-benar bermanafaat dan memberi faedah kepada kesemua peserta-peserta yang terbabit. Meneliti usaha-usaha yang sama sebelum ini, kebanyakan skim-skim latihan yang diadakan kurang berkualiti dan hanya menjadi rebutan pengusaha-pengusaha latihan untuk membuat wang segera.
Penumpuan program latihan perlu diberi untuk keusahawanan dengan memanafaatkan perkembangan teknologi maklumat. Sebagai contoh, “e-commerce” yang boleh menjangkau perniagaan diseluruh pelosok dunia dengan kos perbelanjaan yang minima. Walaupun demikian, Bank Negara serta bank-bank komersial perlu memastikan infrastruktur “b2b” (business to business) atau “b2c” (business to consumer) disediakan dan dipermudahkan, sebagai contoh, pengeluaran dan penerimaan pembayaran secara “online”.
Sememangnya, kos latihan ini amat besar. Jika dianggarkan kos latihan sebanyak RM500 dan jumlah elaun RM500 sebulan diberi kepada setiap peserta untuk jangkaan seramai 500,000 orang yang terlibat, ia akan memakan belanja sebanyak RM6 billion untuk program latihan selama satu tahun.
Puluhan dan mungkin ratusan ribu pekerja asing telah dan akan dihentikan kerja dan sebahagian dari mereka masih dibawah kurang dari kontrak 2 tahun yang telah dijanjikan kepada mereka. Mereka yang masih tidak mencukupi 2 tahun ini perlu diberi keutamaan untuk mengisi sebarang kekosongan jika ia tidak dapat dipenuhi oleh pekerja tempatan. Ini kerana, kita wajar menepati janji untuk memberi pekerjaan selama 2 tahun seperti yang termaktub didalam perjanjian jika kita masih mempunyai ruang untuk berbuat demikian. Manakala, pekerja-pekerja yang telah melebihi 2 tahun dan kesemua pekerja yang tidak sah perlu dihantar pulang kenegara mereka. Justeru, kesemua kemasukan pekerja asing baru adalah tidak perlu.
6. Pinjaman Untuk Perusahaan/Perniagaan
Bank Negara perlu memastikan kesemua bank-bank dinegara ini memberi sokongan kepada peniaga-peniaga yang berpotensi dan berasas dengan diberi pinjaman secara mudah. Namun, pinjaman yang boleh menyebabkan “bubble economy” seperti pembinaan ruang-ruang pejabat atau kedai-kedai perlu dielak dan usaha perlu diambil untuk memanafaatkan sepenuhnya bangunan-bangunan terbiar yang sedia ada.
Peniaga-peniaga serta pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana perlu diberi perhatian utama. Peruntukan juga perlu diperbesarkan untuk membantu pengusaha-pengusaha kecil-kecilan menerusi skim-skim seperti Amanah Ikhtiar Malaysia. Didalam statistik yang ada, mereka adalah golongan yang membayar penuh hutang-hutang mereka berbanding dengan peniaga-peniaga besar.
7. Penurunan Harga Barangan
Satu mekanisma perlu diwujudkan untuk memastikan harga barangan diturunkan. Ini bermakna, peniaga-peniaga tidak dibenar untuk mengambil untung secara melampau. Sudah pasti peniaga berniaga untuk mendapat untung tetapi harga melampau akan melembabkan ekonomi. Dasarnya adalah untuk menggalakkan pembelian dan akhirnya menggalakkan pengeluaran. Akhirnya, keuntungan bukan sahaja diperolehi oleh peniaga tetapi juga petani, penternak, pengeluar atau sesiapa sahaja yang terlibat menghasilkan barangan tersebut.
Pusingan ekonomi dapat dijana apabila pengguna membeli barangan dan pengeluar dapat mengeluarkan barangan.
8. Pakej Rangsangan Ekonomi "Stimulus Package”
Kerajaan perlu mengkaji dari masa kesemasa dan menggunakan simpanan negara untuk merangsang ekonomi dalaman negara. Ia perlu dilakukan secara hati-hati dan terancang untuk memastikan rangsangan tersebut memberi impak maksima untuk menjana ekonomi.
Usaha sungguh-sungguh semua pehak khususnya kepimpinan negara samada dari Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat perlu untuk menyelamatkan rakyat dari permasalahan besar kemelesetan ekonomi wajar dilakukan secara satu hati dan jujur. Gelombang kemelesetan ekonomi dunia adalah permasalahan kita bersama. Untuk menyelesaikan permasalahan rumit ini, kita perlu menggunakan segala kepakaran dan kebolehan yang kita ada untuk menempis secara “real” dan bukan secara “gimik politik” untuk menyelesaikannya.
Kita bersyukur, Malaysia adalah sebuah negara yang kaya berbanding dengan kebanyakan negara membangun yang lain. Ini membolehkan kita mempunyai simpanan antarabangsa yang agak besar ketika ini yang boleh kita manafaatkan didalam suasana yang genting ketika ini. Namun, kita perlu belajar bahawa harta perolehan negara tidak boleh diboroskan dengan rasuah atau salahguna kuasa khususnya sewaktu ekonomi baik kerana wang negara ini amat diperlukan didalam keadaan tertentu seperti sekarang ini. Jika kita berhemah sebelum ini, adalah dijangka simpanan negara adalah jauh lebih besar berbanding dari yang sedia ada sekarang ini.
Wednesday, December 31, 2008
Demi Masa Depan, Kita Perlu Bersatu:Sejarah Sedih Palestine Perlu Kita Pelajari, Fahami Dan Teladani
Serangan rejim Zionis di Semenanjung Gaza, setakat ini telah mengorbankan ratusan jiwa
manakala ribuan lagi telah cedera. Jumlah korban, semakin meningkat dari setiap jam ke jam.
Kewujudan negara Israel adalah secara haram tetapi ia tetap berkembang kerana sokongan kuasa-kuasa besar dunia
Nyawa manusia menjadi begitu murah dengan kedurjanaan rejim Zionis didalamserangan udara di Gaza pada pengakhir tahun 1429 H
Kesatuan Umat Islam di Malaysia
Apabila disebut kesatuan dan perpaduan ia sewajarnya kesatuan dan perpaduan sepenuh dan seutuhnya. Sejarah Palestine membuktikan walaupun negara-negara Arab sekitar bermatlamat sama iaitu membenci Israel dan menyerang Israel sebaik sahaja negara Israel diisytiharkan tetapi keseluruhan mereka akhirnya tetap tewas kerana tiada kesatuan dan perpaduan sepenuh dan seutuhnya dikalangan mereka. Malahan lebih malang lagi, didalam sejarah, ada negara Arab yang akhirnya sanggup bersengkokol dengan musuh mereka sendiri iaitu negara Israel untuk “menikam” negara Arab yang lain.
Masyarakat Pelbagai Bangsa Dan Agama
Peristiwa Gaza yang berlaku sekarang sepatutnya menginsafkan kita untuk berusaha untuk bersatu secara jujur dan ikhlas. Perpecahan akan membawa padah. Sekali padah melanda, badai derita akan tiada kesudahannya. Kita bertanggungjawab untuk memastikan generasi mendatang tidak menderita kerana keangkuhan dan perpecahan sesama kita.













