Al-Fatihah
Tarikh 12 Februari 2015 bersamaan 22 Rabiul Akhir
1436 H, pada malam Jumaat yang mulia, negara kehilangan tokoh negarawan dengan kembalinya
ke rahmatullah Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tokoh besar ini telah
memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan senario politik tanah air
dengan sikap “humble” dan “down to earth” serta amat dihormati oleh kawan dan
seteru politiknya.
Semoga Allah s.w.t memberi keampunan dan rahmahNya
kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz
Nik Mat. Amin…