“Permasalahan salahguna kuasa dan rasuah yang
berleluasa di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) telah menyebabkan ketirisan
hasil negara sekarang. Penyelamatan hasil negara dari ketirisan boleh digunakan
untuk mengurangkan beban hidup rakyat,” kata Dr. Mohamad Rafie Ab Malek, Ahli
Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat.
Dr.
Mohamad Rafie Ab Malek
Ahli
Majlis Pimpinan Pusat, Parti Keadilan Rakyat
Tambahan pula, majoriti pemimpin-pemimpin PR
mempunyai pendedahan dan pengalaman luas di dalam urus tadbir ekonomi samada
dalam atau luar negara. Malahan dalam keadaan tertekan serta tiada peruntukan
hasil pendapatan negara, pemimpin-pemimpin PR telah berjaya membantu dan
menyumbang kepada golongan yang memerlukan.
Demikian kata Dr. Rafie yang kemudian menekankan
bahawa pemimpin-pemimpin PR telah teruji dengan pelbagai ujian termasuk di
pecat dari pekerjaan, tidak mendapat kontrak kerajaan serta berbagai lagi namun
kebanyakan pemimpin PR telah berjaya menghadapi segala ujian dan dugaan dengan
baik.
Manifesto PR tidak akan menjadikan negara ini
bankrap sebagaimana yang didakwa oleh pemimpin BN. Dasar PR adalah untuk menyelesaikan
permasalahan rakyat secara berterusan dan berkekalan tetapi bukan kaedah untuk
memancing rakyat untuk mengundi sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan BN
yang memper kenalkan BR1M serta pelbagai lagi yang hanya diberi setelah
pimpinan BN tahu kedudukan mereka tergugat setelah 55 tahun memerintah.
“Rakyat boleh menolak semula PR pada PRU ke 14 jika
kerajaan PR gagal membawa perubahan di dalam negara kerana Malaysia mengamalkan
sistem demokrasi pilihanraya dimana rakyat berhak untuk menolak atau menaikkan
mana-mana pemimpin di dalam tempoh setiap 5 tahun. Justeru rakyat tidak perlu
gusar untuk membuat perubahan di dalam PRU ke 13 yang dijadualkan pada suku
tahun pertama 2013,” tambah Dr. Rafie.
Di antara Manifesto PR adalah:
·
Sistem pentadbiran yang berwibawa dimana salah
guna kuasa dan rasuah adalah musuh utama dengan memastikan institusi-institusi
penting negara seperti Polis DiRaja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah
berfungsi secara terbaik.
·
Menurunkan harga minyak. Penurunan ini akan
mengurangkan kos beban rakyat bernilai ratusan ringgit sebulan Sebagai contoh,
pegurangan RM0.20 seliter dengan penggunaan 100 liter sehari akan mengurangkan
belanja isi rumah RM600 sebulan.
·
Menghapuskan tol serta memperbaiki sistem
perkhidmatan pengangkutan awam.
·
Memansuhkan PTPTN. Kerajaaan PR akan memastikan
setiap rakyat Malaysia memperolehi pendidikan yang merupakan pelaburan utama
untuk pembangunan negara.
·
Gaji minima RM1,100 sebulan. Usaha akan terus
dibuat untuk memastikan gaji ini akan terus meningkat sejajar dengan
perkembangan ekonomi negara.
·
Kemudahan internet Wi-Fi percuma untuk
memastikan setiap rakyat bermaklumat.
·
Menurunkan harga kereta dengan memansuhkan Duti
Eksais yang bernilai 85% dari harga kereta sekarang samada kereta tempatan atau
kereta impot secara berperingkat dalam tempoh lima tahun. Kenderaan selain
rumah adalah kos terbesar rakyat didalam perbelanjaan bulanan.
Dr. Rafie menyeru seluruh warga Ampangan khususnya
dan rakyat Malaysia amnya termasuk ahli-ahli UMNO dan ahli-ahli parti komponen
BN untuk sama-sama membuat perubahan kerana selama ini kekayaan negara di bolot
oleh segelintir kecil pemimpin-pemimpin serta kroni-kroni mereka. Penyakit
rasuah dan salahguna kuasa sudah menjadi kronik dan sudah menjadi barah
dikalangan pimpinan UMNO/BN dan hakikat ini disedari sendiri oleh ahli-ahli
biasa UMNO/BN. Beliau menegaskan rakyat Malaysia boleh membuat perubahan demi
masa depan rakyat dan negara.