Sunday, March 24, 2013

Isu Lahad Datu: Salah Siapa?

   
    Pelbagai spekulasi pimpinan Umno/BN cuba mengaitkan pimpinan Parti Keadilan Rakyat khususnya Anwar Ibrahim terbabit dalam mencetuskan peristiwa Lahad Datu. Malahan lagu yang dinyanyikan oleh Anwar yang bertujuan menyatakan bahawa Sabah bakal kecundang dalam pilihanraya umum yang ke 13 dinyatakan sebagai salah satu sebab “kukuh” mengapa Anwar didakwa terbabit dalam peristiwa Lahad Datu. Lirik lagu Anwar seperti berikut:
 
                  Tanya Sama Najib,

Mengapa Kau Goyang.

Nanti Jawab Najib,

Sabah Dah HILANG !!!....

 
    Alasan yang diberi ini amat melucukan dan sekarang timbul pelbagai lawak jenaka bahawa apa saja masalah dalam negara semuanya adalah kerana Anwar. Sebarang kritikan terhadap kegagalan pemimpin Barisan Nasional mengendalikan isu ini terus dituduh sebagai menghina anggota keselamatan negara. Hakikatnya, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat amat menghargai khidmat dan jasa anggota pasukan keselamatan negara. Kita melihat pemimpin-pemimpin BN sejak dari awal lagi gagal mengendalikan isu ini sehingga memerbahayakan keselamatan anggota-anggota pasukan keselamatan negara.

 
Setiap malapetaka dalam negara – semua salah Anwar Ibrahim…

 
    Peristiwa Lahad Datu bermula apabila sekumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 9 Februari 2013. Pada 11 Februari 2013, nelayan tempatan telah membuat laporan polis setelah mereka terserempak dengan sekumpulan penceroboh seramai lebihkurang 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tanduo.

    Pada 16 Februari 2013, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal. Kenyataan Hishamuddin ini dilaporkan secara meluas disemua media perdana. Persoalan sekarang mengapa Hishamuddin dari awal menyatakan kumpulan yang bersenjata lengkap ini bukan kumpulan pengganas dan keadaan adalah terkawal?

 

 
    Kegagalan pemimpin negara yang tidak menyerahkan isu kedaulatan negara dicerobohi kepada Angkatan Tentera Malaysia sebaik sahaja maklumat mengenai perkara ini diketahui telah menyebabkan isu ini berpanjangan selama 21 hari sehingga berlakunya kehilangan nyawa 2 orang anggota polis pada 1 Mac 2013. Mengapa pemimpin politik BN menyatakan kumpulan penceroboh ini bukan pengganas dan mengapa ia berpanjangan selama 21 hari dan hanya setelah anggota keselamatan kita terkorban baru mereka mula mengambil tindakan.

    Lebih memeranjatkan, laporan terbaru memaklumkan ramai diantara pengganas ini mempunyai kad pengenalan biru dan ini bererti sebahagian besar dari mereka adalah rakyat Malaysia. Persoalannya sekarang, adakah mereka ini menjadi rakyat Malaysia menerusi saluran yang sah atau ia menurut Projek IC yang dikaitkan dengan Mahathir Mohamad. Siasatan Suruhanjaya DiRaja mengenai IC dimaklumkan bahawa ramai pendatang tanpa izin diberi kad pengenalan biru yang bertujuan untuk didaftarkan sebagai pengundi untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional di Sabah di dalam pilihanraya-pilihanraya yang lepas.

    Malahan Ketua Kumpulan itu sendiri yang menggelarkan dirinya Raja Muda Sulu, bernama Agbimudin @ Azzimuddie Kiram didapati sebagai rakyat Malaysia. Menurut  maklumat Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah seperti yang disimpan di Jabatan Arkib Negara Sabah, disahkan bahawa Datu Agbimudin Kiram tersenarai sebagai Pegawai Pentadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat dengan lantikan bermula 1 Mac 1974 bergaji RM610 sebulan.

 
TERBUKTI... Pemimpin penceroboh bersenjata di Lahad Datu, Sabah yang menggelar dirinya sebagai Raja Muda Sulu, Agbimudin @ Azzimuddie Kiram didakwa sebagai seorang rakyat Malaysia dan pernah bertugas sebagai Pegawai Pentadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat dan nama beliau disahkan  tersenarai dalam Senarai Kakitangan 1975, Pekhidmatan Awam Sabah sebagai Pengawai Pentadbir Muda yang dilantik pada 1 Mac 1974

    Dengan penemuan maklumat  terbaru ini, Najib Razak tidak lagi boleh bersembunyi disebalik alasan keselamatan nasional untuk mengelak dari menjawab soalan-soalan yang berlegar di pemikiran rakyat iaitu:

1. Berapa orang setakat ini dari kalangan penceroboh bersenjata merupakan rakyat Malaysia yang berasal dari Filipina yang diberikan kad pengenalan biru seperti Agbimudin Kiram?

2. Berapa orang setakat ini dari kalangan penceroboh bersenjata rakyat Malaysia itu adalah ahli Umno?

3. Kenapa Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak berterus terang dengan rakyat bahawa ketua kumpulan bersenjata ini adalah rakyat Malaysia berasal dari Filipina yang diberikan kad pengenalan biru?

    Penemuan ini membuka dimensi baru mengenai pencerobohan ini yang jelasnya mengesahkan hubung kait di antara pencerobohan bersenjata dengan Projek IC yang dikaitkan dengan Mahathir Mohamad dan Umno/BN. Ini bermakna isu kaum Sulu di Sabah sudah lama bermula dan ia seawal semasa petadbiran Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia.

    Lebih memeranjatkan Sultan Sulu diberitakan menjadi salah seorang tetamu utama dalam Persidangan Agong Umno 2012.


Sultan Sulu menjadi tetamu dalam Persidangan Agong Umno 2012?