Bendera PAS dan Keadilan amat ditakuti oleh pimpinan Umno/BN
Pada pagi
menjelang Subuh 21 Julai 2012 menjadi dugaan besar selaku penyokong kuat
Pakatan Rakyat kepada En. Zainal Abidin Kassim, 68 tahun serta keluarga apabila
rumah mereka di Kg. Rawa Hilir, Lenggeng, Negeri Sembilan dibakar secara
sengaja oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Ketika kejadian, beliau
dan keluarga berada di Kuala Lumpur dan bergegas balik ke kampung apabila
dimaklumkan oleh jiran sekitar jam 4.45 pagi dan sampai sekitar jam 8.30 pagi
pada hari kejadian.
Rumah
comel ini lengkap dengan segala kelengkapan rumah yang menjadi tempat
persinggahan keluarga Zainal setiap kali mereka pulang ke kampung ranap dimakan
api pada malam satu Ramadhan 1433 H. Lebih malang kejadian ini berlaku pada
pagi pertama Ramadhan yang merupakan bulan suci untuk beribadat dan bukannya hari
untuk menganiayai orang lain. Pihak Bomba di dalam laporannya telah mengesahkan
rumah ini “SENGAJA DIBAKAR”.
Laporan Bomba mengesahkan punca kebakaran adalah “SENGAJA DIBAKAR”
Sebelum kejadian kebakaran, acap kali
bendera PAS dan PKR yang dihias di perkarangan rumah ini hilang. Setiap kali
bendera ini hilang, Zainal dan isterinya Ramlah tetap terus memasang yang baru
tetapi ia tetap terus hilang dan kejadian ini berulang tiga atau empat kali
sehinggalah hari kejadian rumah mereka dibakar pada awal pagi 21 Julai 2012.
Lebih menganehkan, sepanjang jalan dari Kg. Rawa menuju Pekan Lenggeng, ratusan
bendera Umno/BN dipasang dan tiada satupun disabotaj atau diturunkan oleh
mana-mana pihak.
Rumah sebelum kejadian kebakaran
Rumah
selepas kejadian kebakaran
Berikutan peristiwa ini, tuan rumah telah memasang satu lagi
bendera-bendera Pakatan Rakyat disertai sepanduk besar dengan tulisan “KEPUTUSAN SIASATAN BOMBA MENDAPATI RUMAH
INI SENGAJA DIBAKAR” dan sebaris ayat merah di bawahnya ditulis “SIAPA…?”.
Selang beberapa hari kemudian, bendera dan sepanduk tersebut hilang.
Persoalannya, tersemaikah demokrasi di Malaysia di bawah pentadbiran Umno/BN
apabila kebebasan berpolitik diwarnai dengan keganasan. Justeru, politik
keganasan wajar ditolak dan rakyat sewajarnya bebas memilih mana-mana politik
yang sah di negara ini.