Isa
Samad menggunakan dana Felda untuk meraih sokongan politik di Seremban yang
bukan merupakan kawasan Felda
Usaha
untuk membantu program-program kebajikan adalah usaha yang baik dan amat
digalakkan. Cuma persoalan yang timbul mengapa Isa menggunakan zakat Felda di
dalam menyumbang di Seremban sedangkan keperluan untuk masyarakat Felda masih
banyak yang terabai. Di dalam konteks ini, pemberian zakat FGVH ini lebih afdal
atau lebih sesuai disumbangkan untuk masyarakat Felda kecuali jika masyarakat
Felda sudah terkeluar dari garisan kesusahan dalam kehidupan.
“Timing”
atau masa pemberian iaitu semasa pelancaran Pusat Daerah Mengundi BN juga
mengesahkan bahawa pemberian ini bersifat rasuah politik iaitu untuk meraih
sokongan dengan menggunakan kedudukan beliau sebagai Pengerusi Felda dengan
menggunakan dana zakat FGVH. Ianya membuktikan rasuah dan salahguna kuasa sudah
sebati dan membudaya dikalangan pimpinan Umno/BN.
Abdul
Malek Adam – Ketua AMK Seremban
“Rakyat
perlu menolak Umno/BN kerana penyakit rasuah dan salahguna kuasa sudah menjadi
barah dikalangan mereka dan tidak mungkin ia boleh diubati lagi,” kata Abdul
Malek Adam, Ketua Angkatan Muda (AMK) Keadilan Seremban. Keadaan rasuah dan
salahguna kuasa yang dilakukan oleh pimpinan Umno/BN semakin parah dari sehari
ke sehari dan ini dibuktikan dengan pendedahan demi pendedahan yang menunjukkan
mereka tidak segan-silu melakukannya walaupun mereka mengetahui rakyat amat
membenci perbuatan mereka, tegas Abdul Malek.