Pimpinan
Umno/BN hiruk pikuk seolah-olah ingin menjuarai isu kalimah Allah yang
ditentang penggunaannya di dalam Bible. Mereka ingin menunjukkan bahawa mereka
adalah pejuang Islam yang sejati maka seluruh masyarakat Melayu/Islam mesti
menyokong mereka di dalam piliharaya yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Mereka mempersalahkan Pakatan Rakyat khususnya PAS dan Parti Keadilan Rakyat
yang kononnya tidak mempertahankan kalimah Allah untuk menghalang penggunaannya
di dalam Bible.
Hakikatnya, pentadbiran BNlah yang bertanggungjawab untuk memberi lesen
yang boleh membenarkan kalimah Allah dicetak didalam Bible. Kementerian Dalam
Negeri (KDN) adalah badan yang bertanggungjawab untuk melulus atau menghalang
kebenaran penggunaan kalimah Allah di Malaysia. Olehkerana BN yang memerintah
maka KDN adalah di bawah tanggungjawab mereka dan justeru itu sebarang
pembenaran penggunaan kalimah ini bukan dibawah tanggungjawab Pakatan Rakyat.
Ternyata
pentadbiran BN yang cukup lantang yang kononnya untuk memelihara kesucian Islam
menghalang penggunaan kalimah Allah adalah pentadbiran yang sama membenarkan
penggunaan kalimah Allah di dalam Bible di negara ini. Malahan Nazri Aziz selaku
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri pada 19 Januari 2010 secara terbuka
menjelaskan kalimah Allah dibenarkan untuk digunakan dinegeri-negeri yang tidak
mempunyai Sultan.
Nazri
Aziz, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri mengumumkan kebenaran penggunaan
kalimah
Allah di negeri-negeri yang tiada Sultan
Penggunaan Bible berbahasa Melayu juga dibenarkan di Sabah dan Sarawak
oleh pentadbiran Umno/Barisan Nasional. Dalam kenyataan medianya pada 15 Mac
2011, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Idris Jala, berkata tindakan kerajaan membenarkan Kitab Injil berbahasa
Melayu selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
yang telah membenarkan pengeluaran serta penyebaran Kitab Injil dalam Bahasa
Melayu secara terhad dan terkawal. Ternyata Kitab Injil berbahasa Melayu ini
juga menggunakan kalimah Allah.
Contoh
Kitab Injil berbahasa Melayu yang menggunakan perkataan Allah yang diluluskan oleh
Kerajaan
Umno/BN
Kerajaan
Umno/BN yang mentadbir negara sekarang tidak wajar untuk mengheret PAS atau
Parti Keadilan Rakyat dalam kancah kesalahan mereka sendiri yang membenarkan
penggunaan kalimah Allah dalam Bible. Mereka tidak perlu menunjukkan bahawa
mereka menjuarai Islam dimana pada hakikatnya merekalah yang sebenarnya menodai
kesucian Islam. Pimpinan Umno/BN hanya ingin menggunakan isu kalimah Allah
untuk mengelirukan orang Melayu/Islam supaya menyokong mereka di dalam
pilihanraya umum yang ke 13 ini. Malangnya, mereka tidak boleh menyorokkan
hakikat bahawa mereka sendiri yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam
Bible.
Lebih
malang lagi, pimpinan Umno/BN yang kononnya hebat untuk menjuarai Islam tetapi
kebanyakan tingkah laku mereka mahupun keluarga mereka jelas menodai kesucian
Islam. Kita tidak berhasrat untuk menyiarkan gambar-gambar pimpinan Umno atau
keluarga yang terbabit dengan minuman keras atau skandal wanita tetapi jelas
akhlak majoriti kepimpinan Umno mencemarkan Islam. Malahan arak yang jelas
haram di sisi Islam menjadi urus niaga utama anak kepada Mahathir Mohamad.
San
Miguel adalah syarikat pembuat arak terbesar di Asia Tenggara yang dimiliki
oleh
Mirzan
Mahathir
Para pimpinan
yang ditonjolkan oleh PAS dan Parti keadilan Rakyat jelas lebih mulia akhlak
mereka dan berupaya memperjuangkan menurut nilai-nilai Islam yang sebenarnya.
Dalam masa yang sama DAP yang menjadi rakan di dalam Pakatan Rakyat juga lebih
telus dan terbuka di dalam isu nilai-nilai Islam. Akhlak pimpinan DAP juga jauh
lebih baik berbanding dengan pimpinan MCA rakan sekutu BN. Rakyat Malaysia
tidak melupai siapakah Chua Soi Lek yang menjadi Presiden MCA sekarang ini yang
pernah terbabit dengan skandal seks dan menghina Islam secara terbuka.