Projek
IC
Hasil
Siasatan Suruhjaya DiRaja Sabah Mengesahkan Projek Pemberian Kad Pengenalan
Untuk
Tujuan Mengundi Benar-Benar Wujud
Ada yang menggelarkannya sebagai Projek IC dan ada
yang mengenalinya dengan nama Projek M. Namun apa juga gelarannya, berikut
merupakan perkara yang diperolehi daripada siasatan Suruhanjaya DiRaja ke atas
isu imigran Sabah – khususnya operasi sulit yang memberi peluang kepada warga
asing untuk mengundi dan menggulingkan kerajaan pimpinan PBS Sabah.
Hasil siasatan suruhanjaya ini mengesahkan sekurang-kurang
terdapat dua operasi sulit yang dikenal pasti.
G17 (atau Kumpulan 17)
Pemimpin:
Bekas ketua Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Sabah Abdul Rauf Sani (1990-1992).
Individu
dikenali yang terlibat: Para pegawai JPN: Kee Dzulkifly Kee Abdul Jalil,
Yakup Damsah, Asli Sidup.
Ahli politik
yang dikaitkan: Setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad pada masa itu,
Tan Sri Aziz Shamsuddin.
Tempoh masa:
Sejak 1990.
Modus operandi:
Pegawai JPN Sabah memproses antara 40,000 hingga
100,000 kad pengenalan untuk warga asing. Butiran dan tandatangan di kad
pengenalan pada masa itu diproses dengan tangan.
Selepas butiran ditulis di kad berkenaan mengikut
borang permohonan yang dibekalkan kepada pegawai tersebut, ia kemudiannya
dihantar ke ibu pejabat JPN di Petaling Jaya untuk dilamina sebelum
dikembalikan ke Kota Kinabalu.
Pegawai berkenaan memberi keterangan bahawa mereka
tidak mempersoalkan borang permohonan berkenaan dan bagaimana ia didapati, dan
hanya mengisi borang tersebut untuk kad pengenalan biru.
Mereka mendakwa beroperasi daripada kediaman Aziz
Shamsudin di Kampung Pandan. Asli Sidup menyifatkan usaha untuk menerbangkan
mereka ke Kuala Lumpur bagi kegiatan itu sebagai "amalan luar biasa".
Seorang lagi pegawai, Kee Dzulkifly Kee Abdul Jalil
– yang menyifatkan operasi tersebut sebagai "G17" – berkata mereka
juga mengeluarkan kira-kira 200,000 sijil kelahiran kepada imigran.
Dokumen ini penting untuk permohonan kad pengenalan
biru seterusnya. Ia digelar G17 kerana melibatkan 17 orang anggota.
Ketua operasi tersebut, Abdul Rauf Sani mengesahkan
keterangan berkenaan, namun menafikan menggunakan nama "G17". Beliau
mendakwa bertindak sendirian.
Kesemua personaliti yang dikenali itu kemudiannya
ditahan bawah ISA sekurang-kurangnya selama dua tahun.
Hanya seorang sahaja, iaitu Abdul Rauf, yang
ditahan bawah ISA selama dua bulan, diikuti tahanan kediaman terhad selama lima
bulan.
Beliau kini merupakan Ketua Pengawai Esksekutif Totalisator Board of Malaysia di bawah
Kementerian Kewangan.
Ops Durian Buruk
Pemimpin:
Bekas ketua JPN Sabah Ramli Kamarudin (1993-1995)
Individu
dikenali yang terlibat: Bekas Timbalan Ketua JPN Mohd Nasir Sugip, pegawai
JPN Asli Sidup (turut terlibat dalam G17), bekas ketua SPRM Sabah Wan Ahmad Wan
Yusof.
Ahli politik
yang dikaitkan: Bekas Ketua Menteri Sabah Osu Sukam, bekas Timbalan Menteri
Dalam Negeri Megat Junid Megat Ayub.
Tempoh masa:
Sejak akhir 1993.
Modus
operandi:
Menurut keterangan RCI, SPR Sabah memberikan
maklumat pengundi kepada JPN negeri. Maklumat ini termasuk nama dan nombor kad
pengenalan pengundi berdaftar yang tidak pernah mengundi atau yang telah
meninggal dunia.
JPN kemudiannya mengeluarkan resit kad pengenalan
kepada warga asing dengan menggunakan maklumat ini.
Menurut peraturan pilihan raya, resit sementara
itu, yang diberikan sebelum pengeluaran kad pengenalan biru, memadai untuk
membenarkan seseorang individu mengundi, dan dalam kes melibatkan warga asing.
'Pengundi hantu' ini kemudiannya ditempatkan di
kawasan yang dianggap kawasan sukar dimenangi BN, mengikut keterangan saksi.
Ketua operasi berkenaan Ramli Kamarudin berkata
beliau menjalankan projek tersebut selepas menerima arahan dalam satu mesyuarat
dengan bekas timbalan menteri dalam negeri, Allahyarham Megat Junid Megat Ayub
di Hyatt Hotel, Kota Kinabalu.
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah pegawai
JPN Asli Sidup dan Osu Sukam, yang kemudiannya menjadi ketua menteri Sabah pada
tahun 1999.
Pendedahan
Siasatan Suruhjaya DiRaja Sabah Mengesahkan Barisan Nasional Mendaftar
Pendatang Asing Sebagai Warganegara Untuk Mengundi – Usaha Terancang Pemimpin
Politik, Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihanraya
Pendedahan Siasatan Suruhanjaya DiRaja Sabah
mengenai isu imigran Sabah amat menggerunkan rakyat Malaysia kerana ia
mengesahkan wujudnya secara benar proses pendaftaran pendatang asing untuk
kewarganegaraan dan kemudian didaftarkan sebagai pengundi oleh Suruhanjaya
Pilihanraya (SPR). Kegiatan ini yang menggadai maruah negara semata-mata untuk
mempertahankan kuasa politik Barisan Nasional amat mengaibkan dalam sejarah
negara. Apatah lagi ia membabitkan pemimpin nombor satu negara ketika itu iaitu
Mahathir Mohamad.
Pertambahan pengundi secara mendadak di banyak
tempat menjelang PRU ke 13 ini amat membimbangkan yang memungkinkan kegiatan yang
sama telah, sedang dan bakal dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN untuk
mempertahankan kuasa mereka. Mereka sedar kekalahan kuasa politik merekadi
dalam PRU 13 akan mendedahkan pelbagai salah laku mereka, justeru mereka akan
menggunakan apa cara sekalipun untuk mempertahankan kuasa mereka.
Rakyat Malaysia telah sedar kebobrokan kepimpinan
Umno/BN dan kita wajar menolak mereka secara majoriti besar-besaran dengan
menggunakan kuasa kita sebagai pengundi di dalam pilihanraya yang akan diadakan
tidak lama lagi ini. Perubahan kepimpinan secara demokrasi menerusi sistem
pilihanraya merupakan kaedah terbaik untuk mengembalikan maruah negara yang
telah digadai oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN.