Wednesday, November 11, 2009

PKR: Cabaran Dan Halatuju

Setelah hampir dua tahun Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang dengan prestasi yang memberansangkan didalam Pilihanraya Umum (PRU) Ke 12 pada 8 Mac 2008 yang lalu, kini kepimpinan PKR nampak seolah-olah serba tak kena. Didalam PRU ke 12, PKR menjadi parti pembangkang yang paling dominan dengan memperolehi 31 kerusi parlimen dan 40 kerusi dewan undangan negeri.
Keputusan PRU 12
Pada hari ini, PKR telah kehilangan empat kerusi DUN; satu di Kedah, dua di Perak dan satu di Selangor. Kepimpinan parti disemua peringkat berkecamuk dan sokongan rakyat semakin pudar. PKR yang sepatutnya menjadi parti yang paling dominan dan menjadi model didalam barisan Pakatan Rakyat (PR) kini terumbang-ambing didalam pelbagai bentuk permasalahan. Kewujudan PR sewajarnya menjadi alternatif kepada Barisan Nasional (BN) dan sepatutnya mampu melonjakkan Malaysia menjadi negara yang maju dan sejahtera dengan membawa perubahan positif didalam semua aspek – politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya kini dipersoalkan kemampuan mereka oleh banyak pihak.

Didalam menganalisa permasalahan ini, Anwar Ibrahim dan keseluruhan barisan tertinggi kepimpinan PKR wajar untuk berlapang dada dan merendah diri untuk melakukan muhasabah dan membuat pembetulan. Jika tidak, PKR akan terjerumus dan ia akan membawa bersama dua lagi rakan PKR iaitu PAS dan DAP ke ambang kejatuhan PR dan memanjangkan lagi jangka hayat BN yang sudah kronik dengan penyakit barahnya. Perasaan angkuh dikalangan ramai kepimpinan PKR yang merasakan bahawa seolah-olah rakyat bersama PKR adalah merbahaya kerana rakyat meneliti secara terperinci apa yang sedang berlaku.

Kelemahan Ketara

Anwar Ibrahim yang menjadi tunggak kepada kepimpinan PKR dan PR sememangnya diakui cukup berwibawa serta mempunyai karisma pidato yang amat dikagumi. Namun selaku manusia biasa, Anwar mempunyai kelemahannya yang tersendiri dan ini menjadi lebih parah kerana kegagalan rakan-rakan kepimpinan yang lain didalam PKR untuk mengisi kekosongan atau mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut. Kelemahan yang paling ketara didalam PKR adalah:
1. Pengurusan yang lemah
2. Kelemahan perancangan strategik
3. Disiplin berorganisasi yang longgar

Pentadbiran pengurusan PKR cukup lemah. Ini jelas dari banyak aspek termasuk didalam mengurus kepimpinan negeri yang cukup berkecamuk. Pimpinan-pimpinan negeri ditukar ganti begitu sahaja menurut kumpulan pelobi yang mana paling kuat tanpa menilai secara terperinci kepada kebolehan seseorang itu untuk memimpin. Mana-mana negeri yang bermasalah kepimpinannya tetapi cuba menyelesaikan permasalahan secara berhemah mungkin terpinggir pandangan mereka kerana kecenderungan Anwar untuk menerima pandangan orang-orang yang berada disekelilingnya sahaja. Lebih malang lagi, tiada langsung langkah serius untuk melatih pemimpin-pemimpin yang telah dilantik ini. Langkah Anwar yang cenderung untuk mengecilkan kumpulan kepimpinannya dengan melantik orang-orang dikelilingnya atau orang-orang yang telah memegang jawatan utama parti sebagai pimpinan negeri bakal mengundang masalah. Kepimpinan parti politik perlu dikembangkan bukan untuk dikecilkan. Kemampuan seseorang untuk mengurus cara yang terbaik ada batasan dan hadnya. Bagaimana seorang Ahli Majlis Pimpinan Pusat atau ketua kepada gerakan pemuda sebagai contoh mampu untuk mentadbir negeri dengan baik jika mereka dibebani dengan dua tugas yang berat sekali gus?

Perancangan strategik PKR juga amat lemah. Sebagai contoh, didalam menangani permasalahan imej yang mula merudum kini, Anwar menyarankan untuk mengadakan “convention” atau persidangan diperingkat negeri di semua negeri-negeri. Ini dimulai dengan negeri Pulau Pinang yang telah diadakan 9 November 2009 yang lepas. Malangnya, hasil dari persidangan di Pulau Pinang, hasilnya lebih memburukkan imej PKR dengan berlakunya pertelingkahan diantara Zulkifli Nordin, ahli parlimen PKR untuk Kulim Bandar Baru dan Sivarasa, Naib Presiden PKR.

Sewajarnya, menyedari hakikat masalah tiada kesatuan dikalangan kepimpinan dikesemua peringkat, program yang pertama perlu diatur bukannya “convention” tetapi program “retreat”. Didalam pengurusan strategik, ada perbezaan diantara “convention” dan “retreat”. “Convention” lebih berbentuk “formal” dan ia mungkin lebih untuk mempromosi PKR kononnya ingin memaklumkan kepada masyarakat kedudukan kepimpinan PKR masih kukuh. Corak program lebih kepada “one way communication” dimana kepimpinan tertinggi parti membentangkan kertas-kerja masing-masing. Manakala “retreat” lebih berbentuk dalaman untuk memperbaiki atau membaikpulih permasalahan kepimpinan yang sedia ada. Corak program lebih berbentuk “two ways communication” dan ini membolehkan mereka memperhalusi permasalahan kepimpinan yang sedia ada dan Anwar sewajarnya ada bersama untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk memulihkan dan meningkatkan kepimpinan mereka. Malangnya, Anwar tanpa mengambil kira perancangan strategik memilih untuk mengadakan “convention” yang mana ia lebih berbentuk “kepuraan” kerana permasalahan sebenar didalam parti tidak dapat diperbincangkan secara terperinci. Ini bermakna masalah-masalah sebenar kepimpinan “masih terdampar di bawah permaidani”.

PKR juga wajar mewujudkan kumpulan-kumpulan “task force” untuk meneliti, memikir dan mengkaji altenatif-alternatif baru didalam pentadbiran negara. Setakat ini, PKR hanya dominan didalam isu politik sahaja tetapi aspek-aspek yang lain seperti ekonomi, sosial, pendidikan, seni dan budaya serta pelbagai aspek-aspek kehidupan yang lain masih lagi terpinggir. Mereka wajar sedar bahawa negara sejak merdeka 52 tahun yang lalu, ianya telah didominasi oleh UMNO dan BN. Mahu tidak mahu, gaya dan corak mereka mempengaruhi pemikiran ramai orang ketika ini termasuk ramai pemimpin-pemimpin PKR itu sendiri. Justeru untuk mengemukakan alternatif yang lebih baik, ianya memerlukan penelitian dan pengkajian secara serius dan bukan hanya dilakukan secara semborono sahaja.

Lebih malang lagi, pentadbiran Najib mengambil langkah bijak dengan mencuri banyak idea-idea politik yang dicanangkan oleh PKR didalam usaha untuk memulihkan imej mereka pada pandangan rakyat jelata. Walaupun ini baik secara umum untuk rakyat keseluruhannya tetapi ia akan menyumbang untuk melemahkan PKR. Setakat mana keihklasan Najib untuk bersungguh-sungguh memperjuangkan nasib rakyat tidak diketahui kerana kepimpinan UMNO dan BN jelas mengutamakan diri mereka sendiri atau kroni-kroni mereka.

Didalam berorganisasi, untuk memastikan kejayaan, disiplin amat penting. Malangnya didalam PKR, disiplin berorganisasi amat lemah. Mana-mana pihak boleh membuat kenyataan dan ini tidak dipantau oleh pimpinan tertinggi parti. Jika kenyataan-kenyataan tersebut satu nada dengan keputusan parti ianya tidak menjadi masalah tetapi didalam banyak hal ianya bertentangan diantara satu sama lain.

Sebenarnya, terlalu banyak contoh-contoh yang menunjukkan kelemahan-kelemahan kepimpinan didalam menangani aspek-aspek pengurusan, perancangan strategik dan disiplin didalam berorganisasi didalam PKR jika dianalisa secara terperinci. Walaubagaimanapun, cukup sekadar beberapa contoh di atas sebagai permulaan untuk kesemua kepimpinan PKR disemua peringkat mengambil langkah segera untuk bermuhasabah dan mengambil langkah serius memperbaiki kelemahan-kelemahan mereka.

Tuesday, November 3, 2009

Penangkapan Dr. Asri: Salah Siapa?

Pada hari Ahad, 1 November 2009, ramai pihak terpinga-pinga dengan isu penangkapan bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Dato’ Dr Mohamad Asri Zainul Abidin oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan bantuan Polis di sebuah rumah banglo di Hulu Kelang. Penangkapan dilakukan atas dakwaan bahawa Dr Asri tidak mempunyai tauliah ketika beliau menyampaikan kuliah agama kepada lebih kurang 300 orang di rumah berkenaan.

Dr. Asri

Dr Asri bukan sahaja seorang ilmuan Islam dengan kelulusan ijazah doktor falsafah dalam pengajian Al-Qur'an dan Sunnah, beliau adalah bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis dan merupakan pensyarah bahagian pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia. Dr Asri dijangka akan didakwa di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003, Seksyen 119 (1) yang menyebut mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam di negeri itu perlu mendapatkan tauliah daripada JAIS.

Soalannya, jika kita lihat dari segi rasional, orang-orang JAIS ini menuntut ilmu dari mana. Jika mereka pergi belajar di universiti, yang mengajar mereka adalah orang-orang seperti Dr. Asri yang ada berkelulusan ijazah doktor falsafah. Menurut enakmen ini, mana-mana tokoh besar Islam walaubagaimana hebatnya sekalipun termasuk pensyarah yang pernah mengajar Pengarah JAIS - Datuk Mohammed Khusrin Munawi semasa beliau menuntut ilmu dahulu, mereka tidak boleh berceramah di Selangor tanpa kelulusan dari JAIS. Persoalannya, undang-undang apakah ini – tuk guru boleh didakwa oleh anak murid berlandaskan undang-undang seperti ini.

Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Abdul Razak ketika memberi komentar mengenai penangkapan Dr. Asri menyatakan ia tiada kena mengena dengan kerajaan pusat manakala Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyatakan beliau tidak menahu mengenai isu penangkapan Dr. Asri ini. Samada Najib benar atau Khalid yang benar, masih tidak kita ketahui. Tetapi umum masih tidak lagi lupa dalih dan alasan Najib apabila ditanya mengenai mengapa Mohd Saiful Bukhari Azlan berada bersamanya yang jelas tersimpul penipuan disebalik senyuman Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah orang yang mendakwa beliau telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Cara penangkapan Dr. Asri juga dikritik dengan kehadiran jumlah pegawai JAIS dan anggota polis yang ramai

Ada tiga isu yang perlu kita perhalusi yang boleh kita ambil iktibar didalam meneliti perkara ini. Pertama, kesemua undang-undang yang sedia ada telah dirangka dan diluluskan oleh pembuat dasar undang-undang (legislator) iaitu ahli-ahli dewan undangan negeri (DUN) diperingkat negeri dan ahli-ahli parlimen di peringkat kerajaan pusat yang terdahulu. Hakikatnya, terbukti didalam kes ini, terlalu banyak enakmen-enakmen atau undang-undang yang tidak bersesuaian yang masih wujud samada diperingkat negeri dan diperingkat kerajaan pusat. Malangnya, walaupun beberapa negeri jatuh dibawah Pakatan Rakyat dengan melebihi dua pertiga kerusi DUN namun oleh kerana kelemahan mereka serta ketidaksediaan mereka untuk mentadbir, mereka tidak berkebolehan untuk meneliti secara terperinci samada kesemua legislatif yang sedia ada masih bersesuaian atau tidak.

Kesibukan mereka untuk berpolitik melalaikan mereka dari tugas sebenar iaitu untuk menggubal undang-undang. Sewajarnya, Pakatan Rakyat menjadi alternatif yang lebih baik dan bukan menjadi penyambung kepada kebobrokan kepimpinan Barisan Nasional. Undang-undang adalah dasar paling asas bagi sesebuah negeri atau sesebuah negara. Mengimbas semula didalam isu Dr. Asri ini, mengapa kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim yang memimpin Pakatan Rakyat di negeri Selangor tidak mengambil inisiatif untuk meneliti semula dan menggubal undang-undang tubuh kerajaan negeri samada ia masih bersesuaian atau tidak. Semenjak, PR mentadbir Selangor lebih dari satu tahun setengah yang lepas apakah langkah yang telah diambil untuk pengkajian semula mengenai perkara perkara dasar ini – mengkaji, meneliti dan memperbetulkan mana-mana undang-undang bobrok peninggalan Barisan Nasional.

Kedua, umum mengetahui bahawa ramai diantara ahli-ahli DUN dan juga ahli-ahli Parlimen bukan golongan yang terpelajar. Banyak diantara mereka ini jahil dalam banyak perkara. Mereka jahil dalam bab agama dan ramai juga yang jahil dalam bab dunia. Persoalannya, mengapa cerdik-cerdik pandai yang terdiri dari cendiakwan-cendiakawan termasuk mufti-mufti tidak menasihati golongan lesgislator ini. Tidak dinafikan mungkin ada golongan cendiakawan-cendiakawan yang telah memberi nasihat atau pandangan tetapi diketepikan begitu sahaja oleh para penggubal undang-undang yang duduk dikerusi empuk di Dewan Undangan Negeri atau di Parlimen ini. Ini tidak menghairankan jika penggubal-penggubal undang-undang itu orang UMNO atau orang MCA atau orang MIC.

Tetapi mengapa ahli-ahli DUN tersebut terdiri dari Pakatan Rakyat tidak mengambil inisiatif untuk menimba ilmu dari bijak pandai yang ada didalam atau diluar negara supaya mereka terarah didalam membuat keputusan betul. Sebagai contoh, berapa banyak “intellectual discourse” yang telah diadakan di Negeri Selangor untuk mendidik ahli-ahli DUN mereka semenjak mereka mengambil alih kerajaan negeri. Lebih mengharukan ramai diantara mereka yang telah terpilih sebagai Ahli-ahli Yang Berhormat ini merasa angkuh yang kononnya mereka golongan bijak pandai dan tidak perlu belajar lagi. Mereka lupa bahawa rakyat memilih mereka pada bulan Mac 2008 yang lalu bukan sebabnya kerana mereka bagus tetapi lebih kerana kebencian mereka kepada Barisan Nasional.

Ketiga, sudah banyak kali kita melihat jentera pentadbiran negeri atau kerajaan pusat iaitu para eksekutif tidak melakukan sesuatu perkara secara bijaksana. Ini ternyata didalam kes Datuk Mohammed Khusrin Munawi – Pengarah JAIS yang bertanggungjawab didalam isu penangkapan Dr. Asri ini. Kita tidak mengetahui samada ada “tangan-tangan ghaib” disebalik tadbir didalam isu ini atau semata-mata kerana kebodohan pegawai-pegawai JAIS membuat tindakan tanpa memikirkan kesan yang besar kepada imej Islam itu sendiri. Mereka wajar mengerti untuk menggunakan kebijaksanaan didalam menjalankan tugas dan tidak sewajarnya berselindung disebalik undang-undang yang sedia ada.

Datuk Mohammed Khusrin Munawi

Mereka sewajarnya mengetahui banyak undang-undang yang sedia ada telah ketinggalan zaman dan tidak lagi bersesuaian tetapi masih lagi tidak dipinda kerana kebejatan penggubal undang-undang yang asyik bersengketa mengenai hal politik sehingga alpa terhadap tugas sebenar mereka.

Didalam masa yang sama, kita selaku rakyat didalam negara ini perlu prihatin untuk sama-sama membantu untuk meningkatkan kemajuan negara kita didalam menyumbang untuk membetulkan semua permasalahan yang sedia ada. Para legislator yang tidak menjalankan tugas mereka perlu kita tegur, cendiakawan yang leka perlu kita ingatkan mereka bahawa mereka ada tugas besar disebalik tugas rutin mereka mendidik anak bangsa secara formal dan para pentadbir iaitu eksekutif perlu sentiasa dinasihati untuk menjalankan tugas mereka secara berhemah dan bijaksana.

Saturday, October 24, 2009

Bajet 2010: Sorakan Kebaikan Atau Petanda Kejahilan

Laungan Najib dengan berkobar-kobar di akhir ucapan Bajet 2010 yang dibentangkan pada 23 Oktober 2009 dengan semangat kemenangan BN di dalam Pilihanraya Kecil Bagan Pinang hanya menunjukkan sikap kebobrokan PM Malaysia.
Walaupun Najib cuba mengaburi rakyat dengan memberi “goodies” tetapi hakikatnya ekonomi negara adalah parah


Prestasi Ekonomi Semakin Parah

Intipati Bajet 2010 yang dijelaskan sendiri oleh beliau diawal ucapannya adalah dipenuhi dengan kegagalan kepimpinan BN untuk membangun ekonomi negara. Najib menjelaskan:

“Natijah daripada krisis global, ekspot negara merosot dengan ketara sebanyak 23.4% dalam tempoh separuh pertama tahun 2009 berbanding dengan peningkatan 15.5% dalam tempoh yang sama tahun lepas. Indeks pengeluaran perindustrian pula merosot kepada 12.7% berbanding dengan peningkatan 3.3%. Manakala jumlah pelaburan bersih pelaburan asing berkurang kepada 3.6 bilion ringgit berbanding dengan 19.7 bilion ringgit bagi tempoh yang sama.”

Prestasi ekonomi yang buruk

Penguncupan pelaburan asing amat ketara dari jumlah 19.7 bilion ringgit pada tahun lepas kepada hanya 3.6 bilion ringgit pada tahun ini. Indeks pengeluaran industri didapati merosot 12.7% berbanding peningkatan 3.3% serta ekspot negara menjadi negatif 23.4% berbanding dengan positif 15.5% pada tahun sebelumnya. Tidak dinafikan, faktor kemelesetan ekonomi dunia mempengaruhi ekonomi negara tetapi penguncupan yang begini parah berbanding dengan beberapa negara jiran menunjukkan kegagalan kepimpinan BN untuk menjadikan ekonomi negara sebagai mampan dan berdaya maju.

Kebergantungan Pendapatan Negara Kepada Sumber Semulajadi

Adalah menjadi lebih malang, negara menjana ekonomi dengan jumlah yang besar iaitu 43.5% dari hasil sumber petroleum negara. Peratus kebergantungan kepada petroleum ini terlampau besar dan ini membuktikan kegagalan kepimpinan BN untuk memacu negara kearah ekonomi kendiri yang bersumberkan kepada kemahiran dan kemampuan ilmu untuk menjana ekonomi. Didalam ertikata lain, ekonomi negara sekarang bertunggakkan kepada “ekonomi anugerah Allah” yang datang dari alam semulajadi. Rahmat yang dikurniakan Allah yang mahu kononnya diagih-agihkan oleh regim Najib sebenarnya bukan hasil kemampuan mereka memacu ekonomi negara tetapi adalah kurniaan mudah Allah kepada negara Malaysia ini.


Jika tiada pendapatan Petronas, ekonomi Malaysia berada ditahap yang amat parah

Kebijaksanaan sebagai Khalifah Allah perlu dimanafaatkan didalam mempelbagaikan hasil pendapatan negara dan bukan hanya setakat laungan kosong seperti yang berlaku sekarang ini. Negara perlu belajar dari negara-negara yang berjaya menjana ekonomi walaupun tanpa mempunyai limpahan hasil alam semulajadi. Justeru, sorakan keangkuhan Najib diatas kemenangan mereka di Bagan Pinang hanya petanda malang didalam kita mengukur kemampuan mereka mentadbir negara ini.

Sunday, October 11, 2009

BN Menang Di Bagan Pinang, Maruah Negara Tergadai

Keputusan Pilihanraya Kecil N31 Bagan Pinang

Disebalik kemenangan besar Mohd Isa Abd Samad didalam pilihanraya kecil N31 Bagan Pinang pada 11 Oktober 2009 dengan mengalahkan calon Pakatan Rakyat (PR) yang diwakili oleh Zulkefly Mohd Omar dari PAS bukan merupakan bibit-bibit bermulanya tali hayat baru Barisan Nasional didalam perkembangan mutakhir politik tanahair. Status BN masih parah dan keputusan di Bagan Pinang bukan nafas baru untuk mereka merasa lega dan selesa. Isa memperolehi 8,013 undi manakala Zulkefly hanya mendapat 2,578 undi. Ini bermakna Isa telah memperolehi 5,435 undi majoriti dengan mengatasi lebih dari satu kali ganda undi majoriti yang terdahulu. Kemenangan Isa sudah dijangka lebih awal berdasarkan kepada pelbagai faktor dan rata-rata kepimpinan Pakatan Rakyat dari awal sudah menjangka sukar untuk PR menembusi kubu kuat BN di Bagan Pinang didalam pilihanraya kecil ini.


Mohd Isa dan Zulkefly
Tiga Faktor Utama Penyebab Kekalahan Besar PR

Pertama, Isa sebagai anak tempatan walaupun telah diselubungi dengan pelbagai isu khususnya berkait dengan rasuah dan salahguna kuasa tetapi beliau berjaya menggaburi rakyat Bagan Pinang dengan sikap rahmahnya dan airmukanya yang sentiasa tersenyum. Rakyat Bagan Pinang melihat Isa sebagai seseorang yang mudah mesra dan boleh bergaul dengan rakyat disemua peringkat. Isa tidak dianggap bersalah kerana salah lakunya dianggap bukan berlaku di Bagan Pinang tetapi diperingkat negeri dan negara. Kebobrokan Isa tertutup dengan kehebatan “public relation”nya.

Kedua, menyogok pelbagai barangan yang jelas berunsur rasuah didalam pilihanraya kecil ini berjaya menggaburi rakyat Bagan Pinang apabila saban hari semasa kempen pilihanraya, mereka menerima pelbagai habuan seperti “rice cooker”, kipas angin, pemain cakera padat dan apatah lagi pelbagai bahan makanan yang dihantar sepanjang tempoh kempen pilihanraya ini berjalan khususnya di estet-estet seperti Ladang Bradwall dan Ladang Atherton. Isa, UMNO dan BN jelas ternyata tidak pernah insaf bahawa menyogok rakyat didalam pilihanraya adalah sesuatu perbuatan khianat yang akan merosakkan bangsa dan negara.

Ketiga, kegagalan pemimpin-pemimpin PR untuk menjalankan tanggungjawab mereka setelah memenangi beberapa kerusi didalam Pilihanraya Umum ke 12 pada bulan Mac 2008 yang lalu khususnya di dalam kawasan Parlimen Teluk Kemang secara tidak langsung menyumbang kepada kemenangan besar Isa didalam pilihanraya kecil ini. Kegagalan untuk bertemu rakyat secara berterusan dan sikap angkuh merasakan bahawa PR semakin mengukuh dan perasaan syok sendiri yang kononnya rakyat bersama PR membelenggu pemikiran mereka. Hakikatnya, mereka gagal menjalankan tugas mereka dengan baik setelah rakyat memberi mereka amanah besar didalam pilihanraya umum yang lepas.

Tiga perkara yang digariskan ini adalah penyumbang utama diatas kemenangan besar Barisan Nasional didalam pilihanraya kecil di N31 Bagan Pinang ini. Faktor pertama dan kedua mungkin boleh memukau sementara rakyat Bagan Pinang namun lambat laun, rakyat akan mengerti bahawa salah laku rasuah memberi kesan buruk kepada rakyat dan negara. Pemberian semasa pilihanraya adalah rasuah dan sikap manis dimuka tidak mencukupi untuk menggerak dan membangunkan negara didalam dunia yang penuh mencabar ketika ini. Bagan Pinang, walaupun diwawarkan sebagai pusat perlancongan tetapi ternyata Isa gagal membangunkannya sebagai pusat perlancongan bertaraf dunia walaupun pernah menjadi Menteri Besar paling lama di Negeri Sembilan.

Didalam masa yang sama pemimpin PR yang telah diberi amanah jangan merasa leka dan setiap kritikan membina wajar diterima secara terbuka dan mengambil inisiatif memperbaikinya. Sebagai barisan baru, PR mampu membaiki prestasinya dan tidak mustahil bahawa barisan kepimpinan PR akan didokong secara mantap oleh pemimpin-pemimpin yang berkualiti dan komited untuk memperjuangkan nasib rakyat dan membangun ekonomi bangsa dan negara.

Maruah Bangsa dan Negara Tergadai

Kedahagaan BN untuk menang didalam kesemua pilihanraya kecil di Semenanjung Malaysia selepas PRU12 menyebabkan UMNO menggadai maruah dengan meletakkan Isa sebagai calon mereka di Bagan Pinang. Mereka tahu kehebatan "public relation" Isa boleh memukau pengundi-pengundi di Bagan Pinang dan akan memastikan mereka memperolehi majoriti yang lebih besar. Isa adalah tokoh UMNO yang cukup kontroversi kerana beliau telah didapati bersalah didalam rasuah politik wang didalam UMNO dan menjadi orang pertama UMNO terlucut jawatan Naib Presiden kerana rasuah politik wang walaupun beliau adalah Naib Presiden yang paling kanan setelah menang undi terbanyak.

Rakyat seluruh negara akan menganalisa perkara ini secara terperinci dan analisis-analisis yang mendatang sudah pasti akan mendedahkan kebobrokan Isa, UMNO dan BN. Rakyat umumnya sudah meluat dengan pemimpin-pemimpin yang telah tercemar dengan rasuah politik wang dan UMNO yang sudah ketandusan pemimpin terpaksa akur untuk memilih calon yang kontroversi seperti Isa. Ternyata langkah Najib yang memperjudikan nasib UMNO akan bakal membawa malapetaka yang lebih besar kepada BN didalam pilihanraya umum yang akan datang. Najib yang terhutang budi dengan Isa di atas salah lakunya di Negeri Sembilan mungkin boleh ketawa besar sekarang dengan kemenangan Isa ini namun ketawa itu sudah pasti tidak akan berpanjangan.

Rakyat Malaysia akan memahami bahawa negara memerlukan pemimpin-pemimpin yang berwibawa didalam menghadapi era kompetitif global. Malangnya, UMNO dan BN sudah bergelumang dengan kekotoran-kekotoran yang tidak memungkinkan ia boleh dibersihkan kerana ia sudah kronik. Alternatif terbaik adalah barisan baru yang diwakili PR yang sekurang-kurangnya jelas bermatlamat untuk memperjuangkan nasib dan hak rakyat. Namun, pemimpin-pemimpin PR perlu membuat muhasabah dan mengambil langkah drastik untuk memulakan “pendidikan semula” terhadap kesemua kepimpinan mereka untuk memastikan mereka benar-benar faham tugas dan tanggungjawab sebagai pemimpin masyarakat. Kesatuan didalam setiap parti didalam PR dan sesama parti anggota PR perlu diperkukuhkan. Mereka perlu mengelak untuk berpolemik dan bekerja keras untuk mengukuhkan prestasi mereka.

Monday, August 24, 2009

Saturday, June 13, 2009

Oratory May Mislead…

The politician who is good in oratory may able to influence the audience with his or her skills in delivering the speech. However, oratory alone without fact may mislead the majority of the people. It is crucial for the leaders of the political party from either the ruling party or the opposition in Malaysia to be equipped with knowledge and facts as misleading information may degrade or insult the intellectuality of the masses.

It is surprising that in commenting the candidates of Iranian Presidential Election, one of the key politicians in Malaysia commented that one of the four candidates is a very young man who is below than 30 years old. He also stressed that this candidate is very much younger than Mahmoud Ahmadinejad. In fact, all of the Iranian Presidential candidates are above 50 years old and all other candidates are older than Mahmoud Ahmadinejad.

In developing our nation, all of the leaders must ensure all the information conveyed to the audiences are correct and up to date. In order for our nation on par with with other developed nations, fact and figures are crucial.

The facts about the candidates of Iranian Presidential Election are as below:


1. Mahmoud Ahmadinejad - Age: 52 years old







2. Mir Hossein Mousavi - Age: 68 years old








3. Mahdi Karroubi - Age: 72 years old






4. Mohsen Rezaei - Age: 54 years old

Thursday, May 7, 2009

BN Is Determined To Play “Monkey Politics”

What is the direction of the politics in this country?

Is this State Assembly or Boxing Arena?

BN way to power...

Today, 7 May 2009, is a sad day in political history in Perak as the legitimate speaker of Perak State Assembly V Sivakumar has been forced to leave the house. Plainclothes personnel dragged him out in the uncivilized manner although he is the rightful speaker who is supposed to administer and control the house. The people now learned that BN is full with “dirty strategy” in ensuring that they are still maintaining the power. They never bother how the “rakyat” will feel about their actions. What is important for them is POWER and MORE POWER.

Perak State Assembly has become a “circus” due to “BN monkey politics”

At first, we thought that the leaderships of Barisan Nasional have learned from the mistakes that they have committed when they were denied two third majority in the last General Election. They should have learned that people’s opinion must be respected and all of their propagandas that people owe them for the development are no longer applicable. Unfortunately, they become ARROGANT and MORE ARROGANT.
Say No to BN

For the “rakyat”, that is only one solution. We have to remove Barisan Nasional from power in the next General Election.

Wednesday, May 6, 2009

Sidang DUN Perak 7 Mei 2009 MEMALUKAN!!! Dewan Perlu Dibubarkan

Kekecohan Sidang DUN Perak yang berlangsung pada 7 Mei 2009 sungguh memalukan dan senario politik Malaysia menjunam jatuh tahap ketamadunannya. Barisan Nasional yang diterajui Najib menerusi budak suruhannya Zambry Abdul Kadir bertegas untuk mengambil alih kuasa di Perak. Lebih memalukan, Persidangan DUN Perak ini dimulai dengan beberapa siri tangkapan terhadap beberapa orang kepimpinan Pakatan Rakyat di Lembah Kelang sehari sebelum ia bermula. Malah lebih mengaibkan kerajaan Barisan Nasional telah menggunakan pegawai-pegawai kerajaan didalam DUN Perak seperti Setiausaha Dewan Abdullah Antung dan pengawal keselamatan dewan yang jelas tidak bersikap neutral apabila memihak kepada BN dan gagal mematuhi arahan Speaker yang masih sah.
Kekecohan Sidang DUN Perak: MEMALUKAN!!!

Untuk mengelakkan Perak khasnya dan Malaysia amnya mejadi bahan ketawa dunia, Sultan Perak Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah perlu bertindak diatas politik dengan mengembalikan kuasa kepada rakyat iaitu membubarkan DUN Perak dan membenarkan rakyat membuat pilihan semula wakil-wakil rakyat yang baru. Pembubaran DUN Perak membawa pengertian Sultan Perak benar-benar diatas politik dengan tidak memihak samada kepada Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Rakyat tertanya-tanya apakah yang menjadi halangan untuk Sultan Perak membubarkan DUN Perak. Sultan Perak mempunyai kuasa penuh dan untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih parah, Dewan DUN Perak mesti dibubarkan segera sebagai jalan terbaik untuk mengatasi kemelut ini.

Semua langkah perlu diambil untuk mengelakkan suasana keharmonian negara tercemar dengan tidak mengizinkan Perdana Menteri Malaysia yang keenam, Najib membuat langkah-langkah yang menyekat demokrasi negara. Najib mungkin beranggapan tindakan-tindakannya untuk menakut-nakutkan rakyat akan berkesan dan akhirnya rakyat akan tunduk kepada segala kemahuannya. Najib wajar sedar bahawa andaikata beliau menangkap kesemua pemimpin Pakatan Rakyat sekalipun, ia tidak akan menghalang gelombang arus perubahan yang dibawa oleh rakyat. Didalam era teknologi maklumat yang berkembang pesat, rakyat makin mudah mendapat maklumat dan kepimpinan baru akan sudah pasti muncul. Malahan, kualiti kepimpinan yang baru sudah pasti jauh lebih baik dan saat-saat kehancuran Najib dan BN akan sudah pasti menjadi semakin nyata.

Najib sewajarnya mengambil langkah untuk memulihkan imejnya dan prestasi kepimpinan Barisan Nasional jika masih ingin bertahan mentadbir negara. Demokrasi tidak boleh dihalang. Rakyat perlu terus mendapat maklumat yang sebenar serta tidak perlu ditakut-takutkan. “Police Roadblocks” yang bercambah lebih bertujuan atas dasar politik dan bukan untuk menjaga keamanan negara. Jenayah semakin meningkat dan polis perlu digunakan untuk membendung jenayah dan bukan menghalang demokrasi negara. Jarang sekali kita mendengar perhimpunan aman yang diadakan rakyat di Malaysia mengganas dengan bunuh-membunuh atau merosakkan harta awam. Penggunaan polis diatas dasar untuk mempertahan politik BN adalah satu bentuk jenayah dan korup yang paling nyata dan paling besar didalam sejarah negara.

Friday, April 3, 2009

Najib: Penentu Masa Depan UMNO dan BN

Didalam suasana ekonomi merudum dan politik tidak menentu ketika ini, peralihan kuasa kepimpinan negara daripada Abdullah Ahmad Badawi kepada Najib Abdul Razak yang berlaku pada 3 April 2009 adalah sesuatu yang amat menarik untuk kita dalami dan analisa. UMNO dan BN memperjudikan nasib dengan memberi ruang seluas-luasnya kepada anak mantan Perdana Menteri Malaysia kedua untuk menentukan masa depan mereka.

Najib menghadapi tugas berat didalam menangani kedua-dua isu ini. Hidup dan matinya UMNO dan BN bakal ditentukan didalam konteks samada Najib berjaya atau tidak didalam menangani permasalahan-permasalahan negara yang amat berat didalam masa sokongan rakyat terhadap BN telah mula rapuh dan pudar. Sudah pasti langkah-langkah kepuraan tanpa keikhlasan akan memastikan UMNO dan BN terjerumus keliang lahad. Penasihat-penasihat Najib perlu menasihatkan Najib bahawa didalam era teknologi maklumat ketika ini, pemimpin perlu benar-benar telus dan ikhlas kerana kepuraan mungkin boleh mengelirukan rakyat tetapi ia hanya untuk seketika.

Karier Politik

Didalam karier politik Najib, beliau telah melalui liku-liku perjalanan yang amat mudah kerana didalam kebanyakan situasi, Najib telah menang tanpa bertanding. Najib terjebak dengan politik apabila menang tanpa bertanding di Pekan pada tahun 1976 setelah kematian ayahnya dan muncul sebagai ahli Parlimen termuda negara didalam usia 22 tahun. Didalam kekecohan politik UMNO tahun 1987, Najib telah dilantik sebagai Pemangku Ketua Pemuda UMNO. Walaupun Najib menang dengan pertandingan didalam merebut salah satu dari tiga kerusi Naib Presiden UMNO pada tahun 1996 dan 2000 tetapi sekali lagi Najib dipilih tanpa bertanding untuk jawatan nombor dua UMNO pada September 2004. Pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, Najib sekali lagi dipilih tanpa bertanding untuk menduduki kerusi Presiden UMNO untuk memberi laluan mudah kepada beliau untuk menduduki kerusi Perdana Menteri Malaysia yang keenam.

Namun demikian, pertarungan sengit Najib di Parlimen Pekan pada tahun 1999 mencemaskan kedudukan beliau. Najib nyaris tumpas dengan hanya memenangi pilihanraya dengan hanya majoriti 241 undi sahaja. Najib memperolehi 13,148 undi berbanding dengan lawannya Ramli Mohamad dari PAS yang memperolehi 12,907 undi manakala terdapat 631 undi rosak. Malahan sehingga kini, ramai pihak yang meragui kemenangan sebenar Najib didalam pertempuran beliau dengan seseorang yang tidak begitu dikenali yang mewakili PAS ketika itu.

Pengalaman pahit ini telah menyedarkan Najib untuk menjaga Pekan sebaik mungkin. Bermula dari tarikh itu, pelbagai program dan aktiviti dibawah biayai kewangan negara ditumpukan di Pekan, Pahang. Program-program nasional telah dilancarkan di Pekan dan Najib tidak mahu dimalukan lagi dengan memastikan beliau menumpukan banyak masa untuk berjinak-jinak dengan pengundi-pengundi di Pekan.

Hari Pertama Sebagai PM

Didalam kemelut kecemasan setelah tewas di Kuala Terengganu dan Permatang Pauh, Najib amat khuatir BN akan tersungkur pada 7 April 2009 didalam tiga pilihanraya kecil – Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Kekalahan ini adalah petanda buruk dan Najib mahu memastikan BN dibawah kepimpinannya mendapat kepercayaan baru rakyat bahawa beliau akan mampu mebawa perubahan dengan slogan “One Malaysia”nya.

Najib cuba mengambil langkah popular yang kononnya demokrasi dan kebebasan subur dibawah kepimpinannya dengan menarik balik sekatan terhadap terbitan Harakah dan Suara Keadilan. Tigabelas tahanan ISA termasuk dua dari lima pemimpin Hindraf juga dibebaskan serta-merta. Beliau juga mengumumkan akta zalim ISA akan dikaji semula. Najib amat terdesak didalam usaha untuk mendapat kepercayaan rakyat dengan mengumumkan tiga perkara ini didalam ucapan rasminya yang pertama yang disiarkan melalui media perdana.

Namun, keikhlasan Najib untuk menyuburkan demokrasi di Malaysia masih disangsikan oleh ramai pihak. Najib bukan orang baru didalam politik. Beliau telah berada didalam kepimpinan UMNO dan BN sejak lebih dari 30 tahun yang lalu. Pemikiran, gaya, cara, budaya dan hidup Najib telah digelumangi dengan cara dan etika UMNO dan BN. Akta zalim, tahan tanpa bicara ISA perlu dimansuhkan serta-merta jika Najib benar-benar ikhlas ingin memperjuangkan keadilan dan demokrasi dinegara ini. Mana-mana individu yang dituduh melakukan kesalahan perlu dibawa keruang keadilan dengan memberi mereka peluang untuk dibicarakan dimahkamah terbuka dan bukan ditahan tanpa peluang untuk dibicarakan. Membebaskan segelintir kecil tahanan lebih menunjukkan ketidakjujuran didalam usaha mengelirukan rakyat. Najib masih was-was untuk memansuhkan ISA kerana ISA boleh digunakan sebagai senjata untuk menakut-nakutkan musuh-musuh politiknya.

Membebaskan Harakah dan Suara Keadilan didalam hanya tiga hari sebelum tarikh pilihanraya kecil tidak akan memberi kesan apa-apa kerana kedua-dua ini adalah media cetak dan ia menghadapai keterbatasan kemampuan didalam keterbatasan pengeluarannya untuk mempengaruhi pengundi-pengundi disaat-saat akhir menjelang tarikh mengundi. Tujuan asal mengekang permit kedua-dua media cetak ini adalah untuk mengelakkan pengaruhnya didalam ketiga-tiga pilihanraya kecil ini.
Nizar mempunyai rekod cemerlang sebagai MB Perak dan mendapat kepercayaan majoriti masyarakat Melayu dan bukan Melayu

Jika Najib jujur, pihak lawannya wajar dibenarkan untuk menggunakan media-media elektronik seperti tv dan radio untuk menyampaikan maklumat atau pandangan mereka kepada rakyat. Malangnya, media-media elektronik perdana negara masih dipenuhi dengan propaganda-propaganda UMNO dan BN. Parti lawan tidak diberi ruang langsung dan ini seolah-olah didalam perlawanan tinju hanya gambar seorang peninju sahaja yang muncul manakala peninju yang seorang lagi langsung tidak dikeluarkan. Peninju yang ditaja oleh BN ini seorang sahaja yang beraksi menumbuk dan menari diatas gelanggang dan inilah yang ditonjolkan oleh rancangan-rancangan di TV Malaysia.

Manikumar calon PKR di Bukit Selambau walaupun muda tetapi mempunyai rekod bersih dan visi yang jelas
Sewajarnya, Najib didalam ucapan sulungnya menekankan bagaimana ia perlu mengukuhkan kedudukan ekonomi negara dengan menggariskan polisi-polisi untuk mempertingkatkan ekonomi serta mengukuhkan perpaduan negara didalam memacu Malaysia untuk bersaing didalam dunia yang serba kompetitif ketika ini.

Imej Najib

Permasalahan utama Najib adalah untuk membersihkan imejnya. Politik dibayangi oleh persepsi. Samada persepsi itu benar atau salah ia adalah perkara kedua kerana malangnya didalam suasana politik semasa, persepsi ini bakal menentukan untung nasib seseorang pemimpin. Justeru itu seseorang pemimpin perlu memastikan bahawa persepsi rakyat kepada mereka adalah sentiasa baik.

Isu pembunuhan Altantuya menghantui gerak geri Najib

Najib digelumangi dengan isu pembunuhan Altantuya yang bukan sahaja menjadi isu didalam negara tetapi telah menjadi bahan cerita dimedia antarabangsa. Kekaburan didalam sebab musabab gadis jelita Mongolia ini dibunuh secara kejam masih menjadi tanda tanya. Apakah motif dua orang anggota polis Unit Tindakan Khas yang dituduh membunuh Altantuya dengan Abdul Razak Baginda dan apakah pula hubungan Abdul Razak Baginda dengan Najib.

Isu Najib ditangkap berkhalwat di Negeri Sembilan dengan seorang artis popular satu masa dahulu masih menjadi perbualan orang. Begitu juga isu-isu pengautan kontrak-kontrak besar dan kecil yang dikaitkan khususnya dengan isterinya Rosmah Mansor masih sibuk diperkatakan orang. Jika Najib gagal membersihkan namanya, beliau akan dibayangi dengan permasalahan imej. Persepsi-persepsi negatif yang ada sekarang terhadap Najib menyebabkan beliau akan menjadi liabiliti atau beban kepada UMNO dan BN.

Gaya Kepimpinan Politik

Najib naik kepersada nombor satu kepimpinan negara dengan pelbagai imej negatif bersamanya. Kesan imej negatif ini mungkin bakal mencorak gaya kepimpinan Najib. Keadaan ini mencemaskan ramai aktivis-aktivis politik yang tidak sealiran dengan UMNO dan BN. Sememangnya sudah dijangka, Najib akan mengambil langkah-langkah popular untuk mendapatkan kembali kepercayaan rakyat terhadapnya diawal hari-hari pentabirannya. Sedikit demi sedikit, Najib mungkin boleh diterima oleh rakyat jelata bahawa beliau kononnya benar-benar jujur dan sememangnya mahu membawa perubahan. Namun, selagi Najib tidak “bertaubat nasuha”, lawan-lawan politik Najib akan tetap menyerang Najib khususnya faktor-faktor peribadinya. Maka ketika itu mungkin Najib akan mengeluarkan “taringnya” untuk mengenakan tindakan-tindakan terhadap musuh-musuh politiknya.

Andaikata ini berlaku, ia akan membantutkan perkembangan negara. Justeru, sebagai pemimpin nombor satu negara, Najib perlu benar-benar telus dan ikhlas memimpin negara. Lawan politik beliau adalah juga rakyat Malaysia dan sepatutnya diberi ruang untuk bersuara. Kepimpinan adalah tanggungjawab dan akhirnya segala apa yang kita lakukan akan diadili di hari kemudian. Sebagai manusia biasa, Najib perlu akur bahawa beliau juga melakukan kesilapan. Untuk menjadi pemimpin besar, Najib wajar menerima dan akur atas apa-apa kesalahan yang telah pernah dilakukan dan bertaubat dengan erti kata taubat yang sebenar-benarnya. Kemudian, Najib perlu komited untuk membawa perubahan yang terbaik untuk kepentingan rakyat dan negara. Jika ini berlaku, Najib atau keluarganya tidak akan mati dengan kekayaan melimpah ruah kerana keinsafan akan menyedarkannya bahawa kuasa dan harta adalah pinjaman semata-mata dan setiap manusia akan kembali menghadapi Tuhannya.

Friday, February 6, 2009

Kudeta Di Perak, Rahmat Buat Pakatan Rakyat

Najib Abdul Razak dan keseluruhan kuncu-kuncunya tertawa besar diatas kudeta yang berlaku di negeri Perak Darul Ridzuan sekarang ini. Mereka tersenyum lebar diatas kebiadapan mereka menggunakan taktik Machiavelli – “the ends justify the means” – matlamat menghalalkan cara untuk menumbangkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang sah. Tarikh 6 Februari 2009 telah menjadi salah satu dari detik-detik hitam disepanjang pemerintahan Perikatan/BN semenjak kemerdekaan negara.
Najib boleh tersenyum lebar sekarang tetapi kudeta Perak bakal membawa BN ke detik-detik kehancurannya

Zamry Abdul Kadir wajar merasa malu kerana perlantikannya sebagai Menteri Besar Perak yang ke 11 dicemari dengan kontrovesi dan insiden yang memalukan di Masjid Ubudiah dan Istana Iskandariah. Setakat ini, masih tiada kepastian tiada unsur-unsur rasuah atau ancaman yang menyebabkan tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat – Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Osman Mohd Jailu dan Hee Yit Foong menjadi badut negara.

Zamry Abdul Kadir wajar merasa malu diatas perlantikannya sebagai MB Perak ke 11

Disebalik kesedihan pencinta keadilan dan majoriti rakyat negara ini khususnya di Perak dan di Malaysia amnya dari semua lapisan masyarakat meliputi Melayu, Cina mahupun India terhadap peristiwa kudeta yang dipelopori oleh Najib, malapetaka ini sebenarnya adalah rahmat untuk Pakatan Rakyat. Najib yang masih belum ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia sebenarnya bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia yang paling singkat tempoh perkhidmatannya. Pilihanraya Umum yang ke 13 yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada tahun 2013 bakal menguburkan UMNO dan Barisan Nasional serta mengakhiri kuasa pemerintahan mereka.

“Wake Up Call” Untuk Mengukuh Dan Memantap Barisan Kepimpinan PR

Malapetaka Perak sebenarnya menjadi “wake up call” untuk Pakatan Rakyat memantapkan dan memperkukuhkan barisan kepimpinan mereka disemua peringkat baik di bahagian/kawasan, negeri mahupun nasional. Saringan pemilihan calon-calon untuk bertanding samada diperingkat DUN mahupun Parlimen akan dilakukan dengan lebih hati-hati dimasa yang akan datang.

Proses pendidikan atau “pentarbiyyahan” akan dipertingkatkan untuk semua lapisan kepimpinan untuk memastikan kesemua pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat komited untuk berkhidmat untuk rakyat dengan kualiti kecermelangan. Keghairahan didalam berpolitik sebelum ini mungkin mengalpakan kepimpinan Pakatan Rakyat betapa penting proses “pentarbiyyahan” yang berterusan didalam agenda utama aktiviti-aktiviti kepartian.

Kemenangan yang bakal diperolehi oleh Pakatan Rakyat didalam PRU ke 13 yang akan datang perlu diisi dengan pembangunan yang seimbang untuk membolehkan Malaysia bangkit sebagai salah satu negara terbaik didunia. Untuk ini, barisan kepimpinan yang dibariskan mesti mempunyai nilai-nilai kualiti untuk mempertingkatkan tahap kehidupan individu, keluarga dan negara di Malaysia. Peristiwa kudeta di Perak menginsafkan mereka betapa mereka perlu lebih bersedia sepenuhnya dan tempoh empat tahun yang mendatang akan digunakan untuk memperbaiki segala aspek kelemahan khususnya yang berkaitan dengan ciri-ciri kepimpinan.

Kuasa Rakyat Kuasa Mutlak

Disebalik keghairahan Najib untuk menebus kemaluannya diatas kekalahan didalam dua Pilihanraya Kecil – Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, beliau sebenarnya gagal menelah bahawa kudeta di Perak telah membangkitkan kebencian rakyat yang meluap terhadap UMNO khususnya dan Barisan Nasional amnya. Pemerhatian oleh ramai pengkaji-pengkaji, majoriti rakyat tidak lagi boleh menerima kebiadapan BN didalam menilai usaha rampasan kuasa yang berlaku di Perak sekarang ini.
Mohammad Nizar telah berjaya mentadbir negeri Perak secara adil dan saksama

Kuasa dan keangkuhan telah digunakan untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dibawah kepimpinan Mohammad Nizar Jamaluddin. Nizar yang setakat ini didalam tempoh pentadbiran yang singkat telah membuktikan kejayaannya mentadbir kerajaan negeri dengan baik. Malapetaka ini telah menyedarkan dan menginsafkan rakyat bahawa penyakit UMNO dan BN sebenarnya memang sudah terlampau parah. Ianya sudah menjadi barah yang tidak mampu untuk diubati lagi. Untuk menyelamatkan negara, UMNO dan Barisan Nasional perlu disingkirkan dari kepimpinan negara. PRU ke 13 bakal menjadi landasan yang terbaik untuk rakyat membuktikan kuasa mereka.

Peristiwa 16 September 2008

UMNO dan BN menggunakan kegagalan Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan pada 16 September 2008 sebagai alasan untuk menghalalkan tindakan kudeta mereka di Perak. Walaupun, telah ada niat untuk PR mengambil alih kuasa negara menerusi penerimaan lompatan parti, namun rakyat Malaysia bersyukur kepada Yang Maha Esa, ianya tidak berlaku kerana ia bukan kaedah yang terbaik didalam usaha Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa dinegara ini. Untuk PR, ia hanya tinggal sekadar niat tetapi tidak dilaksana dan tidak terlaksana. Tetapi, UMNO dan BN jelas jauh lebih jahat, mereka telah melakukannya.

Umum mengetahui bahawa bukan kesemua kepimpinan PR bersetuju untuk mengambil alih kuasa didalam Peristiwa 16 September 2008 yang dihebohkan oleh kepimpinan BN ketika ini. Anwar Ibrahim sebagai manusia biasa boleh melakukan kesilapan didalam percaturan politiknya tetapi Allah telah memandu beliau dengan kegagalan peristiwa tersebut.

Secara dasarnya, PR wajar menerima mana-mana individu untuk menyertai PR jika mereka insaf dan membuat keputusan secara sendiri tanpa dipengaruhi demi untuk kepentingan rakyat dan negara. Walaubagaimanapun, Pakatan Rakyat tidak wajar untuk memujuk apatah lagi menggunakan habuan atau ancaman didalam menarik ADUN atau ahli-ahli Parlimen parti lawan untuk menyertai mereka. Hakikatnya, kemenangan mana-mana wakil rakyat, pengaruh parti pegangan calon-calon yang bertanding mempengaruhi mereka didalam membuat keputusan siapa yang akan mereka undi.

Untuk menang, Pakatan Rakyat perlu menang secara beradap. Rakyat Malaysia tidak bodoh. Mereka mampu menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Cuma, Pakatan Rakyat perlu memastikan rakyat memperolehi kesemua maklumat secara adil. Penguasaan media oleh BN dinegara ini adalah didalam usaha-usaha mereka untuk memberi maklumat yang tidak tepat kepada rakyat untuk mereka terus berkuasa dinegara ini perlu dibendung. Walaubagaimanapun, perkembangan dunia teknologi maklumat ketika ini membolehkan ia memberi sedikit ruang kepada Pakatan Rakyat menyalurkan maklumat kepada rakyat.

Thursday, January 8, 2009

Doa Untuk Palestine

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. "
al-Baqarah 120

1. Ya Allah Ya Tuhan kami, kami mohon kepada Mu, selamatkanlah saudara-saudara kami di bumi Palestine, dibumi kelahiran para anbiya.

2. Ya Allah Ya Tuhan kami, satukanlah bangsa Palestine supaya mereka utuh untuk bangkit berjuang.

3. Ya Allah Ya Tuhan kami, satukanlah bangsa Arab untuk mereka bangkit berjuang mempertahankan bumi Palestine

4. Ya Allah, Ya Tuhan kami, satukanlah umat Islam dan pandulah kami untuk memperjuangkan saudara-saudara kami di Palestine

5. Ya Allah, Ya Tuhan kami, berikanlah kesedaran kepada umat Islam, baik pemimpin mahupun rakyat jelata untuk kami kembali kepangkuan Mu dan sedia untuk berkorban demi kerana agama Mu.

6. Ya Allah, Ya Tuhan kami, berikanlah kekuatan kepada kami untuk memboikot kesemua barangan keluaran mana-mana negara mahupun mana-mana negara yang bersekongkol dengan Israel seperti rokok, Coca Cola, Mc Donalds, Pizza Hut, KFC dan pelbagai lagi yang sekarang ini melimpah luah memenuhi di pasaran negara kami.

Aamin, aamin, Ya Rabbal Aalamin


Ini adalah sebahagian dari produk syarikat-syarikat di Amerika Syarikat.
Kita tidak punya senjata untuk melawan Israel dan juga Bangsa-Bangsa Bersatu (UN)
tidak berdiri diatas paksi keadilan. Namun demikian, umat Islam seluruh dunia boleh
membantah tindakan Amerika Syarikat dengan memboikot kesemua produk mereka


Kita perlu berkorban untuk tidak mengguna mana-mana produk yang dikeluarkan
oleh mana-mana syarikat atau mana-mana negara yang bersekongkol
dengan Israel. Setiap pembelian bermakna sumbangan untuk
membunuh saudara-saudara kita di Palestine

Friday, January 2, 2009

Gelombang Kemelesetan Ekonomi: Cabaran 2009

Kedatangan tahun 2009 diselubungi dengan kelembapan ekonomi yang bakal memberi impak besar kepada rakyat jelata. Mahu tidak mahu, Malaysia terpaksa akur bahawa tempias kemelesetan ekonomi negara-negara maju khususnya di Amerika Syarikat akan sudah pasti menular di Malaysia. Kita tidak perlu berdolak-dalik kerana keperitannya telah mulai dirasa oleh rakyat sejak suku keempat tahun 2008.

Ungkapan-ungkapan bahawa negara tidak banyak terjejas, ekonomi negara masih baik adalah ungkapan-ungkapan sumbang walaupun ia diluahkan oleh pemimpin-pemimpin besar negara. Hakikatnya, rakyat bawahan telah mula merasa peritnya akibat kemelesetan ekonomi. Malahan ungkapan kita akan berjaya mempertahankan negara dari bahang kemelesetan ekonomi dunia adalah ungkapan politik semata andaikata tiada perancangan yang konkrit dan menyeluruh didalam menangani kemelesetan ekonomi dunia sekarang ini.

Sektor Perindustrian Terjejas Teruk

Pekerja-pekerja yang bekerja disektor perindustrian yang banyak bergantung kepada kerja lebih masa sebagai pendapatan utama kerana gaji pokok yang kecil telah mengurang pendapatan mereka seawal Oktober 2008 kerana ketiadaan kerja lebih masa. Kebanyakan kilang-kilang dilaporkan terpaksa mengurangkan pengeluaran sehingga 70% dari kapasiti biasa kerana kekurangan permintaan. “Mass Vacation” atau cuti secara beramai-ramai atau didalam ertikata lain penutupan kilang sehingga 2 minggu didalam satu bulan telah menjadi satu amalan biasa sejak kebelakangan ini.

Adalah dijangka, puluhan ribu pekerja kilang dan mungkin malahan ratusan ribu pekerja akan diberhentikan kerja pada suku pertama tahun 2009. Pengurusan kilang-kilang terpaksa mengambil langkah tersebut untuk mengurangkan kos kemungkinan kerugian yang lebih besar. Kemelesetan ekonomi dunia yang dijangka berpanjangan dan masih tiada kepastian penghujungnya telah menyebabkan kebimbangan pelabur-pelabur untuk mengambil langkah drastik mengurangkan pekerja-pekerja mereka.
Permintaan global yang mengurang menjejaskan pengeluaran
dan pengilang-pengilang berusaha untuk mengurangkan kos dengan mengurangkan jumlah pekerja
Didalam masa yang sama, sektor perindustrian yang selama ini menampung sebahagian besar pencari-pencari kerja baru yang merupakan lepasan sekolah, kolej dan universiti dijangka akan membekukan kesemua pengambilan pekerja-pekerja baru pada tahun 2009.

Sektor Pertanian Menguncup

Hasil pertanian utama negara, kelapa sawit dan getah mengalami penurunan harga yang mendadak. Harga kelapa sawit ketika ini adalah sekitar RM1600 satu tan berbanding sekitar RM4,000 bagi setiap tan pada awal tahun 2008.

Turun naik harga Kelapa Sawit dari tahun 2000 sehingga 2008.
Pada Januari 2008, harga sawit adalah sekitar USD1,200 atau RM4,200 dan harga telah
merosot lebih 60% ke sekitar USD450 atau RM1,600 bagi setiap tan pada awal Januari 2009

Harga getah juga telah menguncup lebih dari separuh berbanding sebelum ini. Pekebun-pekebun kecil mahupun ladang-ladang besar menghadapi suasana sukar kerana penurunan harga yang begitu mendadak.

Harga getah menguncup sekitar 50% ketika ini berbanding dengan awal tahun 2008

Sumber Perolehan Negara Mengurang

Kesan kemelesetan ekonomi sudah pasti akan menjejas perolehan negara kerana hasil kutipan cukai akan mengurang. Petronas yang menyumbang lebih dari 50% pendapatan negara juga akan menguncup pendapatannya kerana harga minyak dunia telah menurun secara mendadak dari USD147 pada pertengahan tahun 2008 ke hanya sekitar USD40 bagi setiap “barrel” (Setiap 1 barrel adalah sekitar 159 liter) pada pembuka tahun 2009.

Harga minyak mentah dunia jatuh lebih 70% dalam tempoh 6 bulan
iaitu dari USD147 ke sekitar USD40 bagi setiap satu “barrel

DIANTARA JALAN-JALAN PENYELESAIAN

Untuk mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan ekonomi negara bukan satu perkara yang mudah kerana Malaysia adalah sebuah negara perdagangan dan permasalahan ekonomi global sudah pasti akan memberi kesan negatif kepada kita. Simpanan negara yang berjumlah USD128 billion pada pertengahan tahun 2008 telah merosot diawal tahun 2009. Dasar Fiskal (Fiscal Policy) dan Dasar Kewangan (Monetary Policy) perlu digubal untuk menghadapi persediaan kemelesetan ekonomi yang dijangka akan berpanjangan (sama seperti Kemelesetan Ekonomi Dunia pada tahun 1930 yang telah menyebabkan 13 juta orang di Amerika Syarikat kehilangan pekerjaan) serta merangsang semula ekonomi .

Ini bermakna kita tidak boleh berpeluk tubuh atau tidak melakukan apa-apa dan apatah lagi cuba menyembunyikan atau menafikan permasalahan besar yang kita hadapi sekarang ini kerana ia boleh membawa malapetaka kepada negara. Pendekatan Keynesian menekankan bahawa kerajaan perlu bertindak untuk mengalakkan perbelanjaan didalam usaha untuk memulihkan semula ekonomi. Namun demikian, perbelanjaan perlu dijalankan secara terancang untuk menjana ekonomi tempatan. Dasar perbelanjaan perlu berbentuk tempatan demi menjana ekonomi dalaman.

Rakyat jelata atau pengguna perlu digalakkan untuk membeli barangan hasil tempatan kerana pembelian barangan tempatan akan memberi kesan kepada pengeluar, pembungkus, peniaga dan seterusnya. Perkitaran ekonomi akan menjadi rancak didalam negara apabila rakyat berbelanja membeli barangan buatan tempatan yang mengandungi kandungan tempatan “local content” keseluruhannya atau sekurang-kurangnya melebihi 90% hasil tempatan. Andaikata, rakyat berbelanja membeli barangan buatan luar negara, penjanaan ekonomi hanya setakat tertumpu kepada peniaga sahaja.

1. Jangkamasa Kemelesetan Ekonomi

Ketidakmenentuan “uncertainties” akan mengundang padah kerana ia akan menyebabkan kita tidak boleh merancang secara terbaik. Justeru, pembuat dasar perlu optimistik berdasarkan risiko dijangka “calculated risk” untuk menduga bila kemungkinan akan berakhirnya kemelesetan ekonomi dunia. Sebagai contoh, kita perlu menetapkan - katakan bahawa ekonomi akan mula pulih pada akhir suku keempat tahun 2009. Maka perancangan perlu dibuat untuk membuat dasar mempertahan dan merangsang ekonomi dari tempoh Januari hingga Disember 2009.

Turun-naik ekonomi adalah didalam satu putaran.
Untuk merancang kehadapan, kita perlu menetapkan jangkamasa kemelesetan ekonomi
untuk merangka langkah-langkah seterusnya
Didalam kaedah pengurusan, keutamaan perlu diberi untuk menyelesaikan masalah terdekat “short term problems” dan kemudian baru menekankan kepada masalah yang mendatang “long term problems”.

2. Minimakan Ketiadaan Pekerjaan “Unemployment”

Usaha perlu diambil kerajaan untuk meminimakan pembuangan pekerja tempatan yang dijangka akan berlaku secara meluas pada suku tahun pertama 2009 setelah kebanyakan pekerja asing dihentikan pada suku akhir 2008 khususnya didalam sektor perkilangan. Langkah perlu diambil dengan memberi insentif kepada pengusaha dalam bentuk yang bersesuaian samada dalam bentuk pengurangan cukai atau apa-apa bentuk yang lain untuk menggalakkan mereka untuk tidak membuang pekerja.

Gaji minima yang mungkin lebih kurang dari gaji pokok biasa boleh diperkenalkan dan pekerja-pekerja perlu menerima hakikat tersebut kerana permasalahan ekonomi ketika ini adalah parah. Namun, AKta Pekerjaan perlu dirubah untuk memberi ruang tersebut kerana akta yang sedia ada tidak mempunyai peruntukan didalam hal ini. Didalam masa yang sama, sebarang bentuk ekploitasi untuk mengurangkan gaji pekerja tanpa sebab yang munasabah perlu dibendung.

Pengangguran secara besar-besaran akan memberi kesan buruk kepada negara
3. Latihan

Untuk pekerja yang tidak dapat dielak dari dihentikan kerja kerana penutupan operasi atau sebab-sebab kritikal yang lain, mereka perlu dibantu dengan diberi latihan. Begitu juga, kesemua lepasan sekolah, kolej atau universiti yang tidak mendapat pekerjaan, program latihan beserta elaun perlu diberi kepada mereka.

Andaikata, kita menjangka ekonomi akan berlarutan sehingga akhir tahun 2009, program latihan selama satu tahun perlu dirangka. Walaubagaimanapun, program latihan yang diatur bukan merupakan projek “lepaskan batuk ditangga” sahaja kerana ia mesti benar-benar bermanafaat dan memberi faedah kepada kesemua peserta-peserta yang terbabit. Meneliti usaha-usaha yang sama sebelum ini, kebanyakan skim-skim latihan yang diadakan kurang berkualiti dan hanya menjadi rebutan pengusaha-pengusaha latihan untuk membuat wang segera.

Penumpuan program latihan perlu diberi untuk keusahawanan dengan memanafaatkan perkembangan teknologi maklumat. Sebagai contoh, “e-commerce” yang boleh menjangkau perniagaan diseluruh pelosok dunia dengan kos perbelanjaan yang minima. Walaupun demikian, Bank Negara serta bank-bank komersial perlu memastikan infrastruktur “b2b” (business to business) atau “b2c” (business to consumer) disediakan dan dipermudahkan, sebagai contoh, pengeluaran dan penerimaan pembayaran secara “online”.

Sememangnya, kos latihan ini amat besar. Jika dianggarkan kos latihan sebanyak RM500 dan jumlah elaun RM500 sebulan diberi kepada setiap peserta untuk jangkaan seramai 500,000 orang yang terlibat, ia akan memakan belanja sebanyak RM6 billion untuk program latihan selama satu tahun.

4. Pertanian

Sektor pertanian mampu untuk memberi ruang pekerjaan serta menjana ekonomi dalaman

Tanah-tanah terbiar perlu dicari jalan untuk diusahakan didalam usaha mengurangkan pengimpotan makanan. Sebahagian dari pencari kerja baru dan pekerja yang telah diberhentikan kerja yang terpilih dan sanggup berkecimpung didalam sektor pertanian perlu diberi suntikan modal untuk merangsang ekonomi tempatan.

Kesepakatan perlu dicari bersama tuan-tuan punya tanah atau tanah-tanah pusaka yang terbiar untuk diusahakan secara komersial khususnya untuk pengeluaran pemakanan untuk jangkamasa pendek seperti sayuran, perikanan, penternakan dan sebagainya.

5. Pemberhentian Kemasukan Buruh Asing Baru

Adalah agak aneh, didalam suasana kemelesetan ekonomi sekarang ini, jika kita pergi kemana-mana pintu masuk negara seperti KLIA, masih ada pekerja-pekerja asing baru memasuki negara. Kesemua kemasukan pekerja asing baru mesti dihentikan serta-merta dan sebarang keperluan untuk pekerja ianya perlu dimanafaatkan untuk pekerja tempatan atau pekerja asing yang sedia ada didalam negara.

Puluhan dan mungkin ratusan ribu pekerja asing telah dan akan dihentikan kerja dan sebahagian dari mereka masih dibawah kurang dari kontrak 2 tahun yang telah dijanjikan kepada mereka. Mereka yang masih tidak mencukupi 2 tahun ini perlu diberi keutamaan untuk mengisi sebarang kekosongan jika ia tidak dapat dipenuhi oleh pekerja tempatan. Ini kerana, kita wajar menepati janji untuk memberi pekerjaan selama 2 tahun seperti yang termaktub didalam perjanjian jika kita masih mempunyai ruang untuk berbuat demikian. Manakala, pekerja-pekerja yang telah melebihi 2 tahun dan kesemua pekerja yang tidak sah perlu dihantar pulang kenegara mereka. Justeru, kesemua kemasukan pekerja asing baru adalah tidak perlu.

6. Pinjaman Untuk Perusahaan/Perniagaan

Bank Negara perlu memastikan kesemua bank-bank dinegara ini memberi sokongan kepada peniaga-peniaga yang berpotensi dan berasas dengan diberi pinjaman secara mudah. Namun, pinjaman yang boleh menyebabkan “bubble economy” seperti pembinaan ruang-ruang pejabat atau kedai-kedai perlu dielak dan usaha perlu diambil untuk memanafaatkan sepenuhnya bangunan-bangunan terbiar yang sedia ada.

Peniaga-peniaga serta pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana perlu diberi perhatian utama. Peruntukan juga perlu diperbesarkan untuk membantu pengusaha-pengusaha kecil-kecilan menerusi skim-skim seperti Amanah Ikhtiar Malaysia. Didalam statistik yang ada, mereka adalah golongan yang membayar penuh hutang-hutang mereka berbanding dengan peniaga-peniaga besar.
Bank Negara perlu memainkan peranan untuk merangsang ekonomi negara

7. Penurunan Harga Barangan

Satu mekanisma perlu diwujudkan untuk memastikan harga barangan diturunkan. Ini bermakna, peniaga-peniaga tidak dibenar untuk mengambil untung secara melampau. Sudah pasti peniaga berniaga untuk mendapat untung tetapi harga melampau akan melembabkan ekonomi. Dasarnya adalah untuk menggalakkan pembelian dan akhirnya menggalakkan pengeluaran. Akhirnya, keuntungan bukan sahaja diperolehi oleh peniaga tetapi juga petani, penternak, pengeluar atau sesiapa sahaja yang terlibat menghasilkan barangan tersebut.

Pusingan ekonomi dapat dijana apabila pengguna membeli barangan dan pengeluar dapat mengeluarkan barangan.

8. Pakej Rangsangan Ekonomi "Stimulus Package”

Kerajaan perlu mengkaji dari masa kesemasa dan menggunakan simpanan negara untuk merangsang ekonomi dalaman negara. Ia perlu dilakukan secara hati-hati dan terancang untuk memastikan rangsangan tersebut memberi impak maksima untuk menjana ekonomi.

Kesimpulan

Usaha sungguh-sungguh semua pehak khususnya kepimpinan negara samada dari Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat perlu untuk menyelamatkan rakyat dari permasalahan besar kemelesetan ekonomi wajar dilakukan secara satu hati dan jujur. Gelombang kemelesetan ekonomi dunia adalah permasalahan kita bersama. Untuk menyelesaikan permasalahan rumit ini, kita perlu menggunakan segala kepakaran dan kebolehan yang kita ada untuk menempis secara “real” dan bukan secara “gimik politik” untuk menyelesaikannya.

Kita bersyukur, Malaysia adalah sebuah negara yang kaya berbanding dengan kebanyakan negara membangun yang lain. Ini membolehkan kita mempunyai simpanan antarabangsa yang agak besar ketika ini yang boleh kita manafaatkan didalam suasana yang genting ketika ini. Namun, kita perlu belajar bahawa harta perolehan negara tidak boleh diboroskan dengan rasuah atau salahguna kuasa khususnya sewaktu ekonomi baik kerana wang negara ini amat diperlukan didalam keadaan tertentu seperti sekarang ini. Jika kita berhemah sebelum ini, adalah dijangka simpanan negara adalah jauh lebih besar berbanding dari yang sedia ada sekarang ini.