Wednesday, December 31, 2008

Demi Masa Depan, Kita Perlu Bersatu:Sejarah Sedih Palestine Perlu Kita Pelajari, Fahami Dan Teladani

Serangan rejim Zionis di Semenanjung Gaza, setakat ini telah mengorbankan ratusan jiwa
manakala ribuan lagi telah cedera. Jumlah korban, semakin meningkat dari setiap jam ke jam.

Penghujung 1429 H telah dicemari dengan kebiadapan rejim Zionis yang telah menyerang Semenanjung Gaza dan telah telah menyebabkan kematian ramai rakyat awam Palestine. Terlakarnya peta Israel dipeta dunia pada 14 Mei 1948 dan berkekalan sehingga hari ini adalah hasil perancangan jahat Zionis beserta kesemua sekutu mereka untuk memastikan kewujudan mereka ditengah-tengah benua Arab.


Kewujudan negara Israel adalah secara haram tetapi ia tetap berkembang kerana sokongan kuasa-kuasa besar dunia

Namun faktor penyebab utama kewujudan Israel pada tahun 1948 adalah kerana perpecahan umat Islam khususnya di benua Arab. Persengketaan serta ketidakjujuran sesama sendiri dikalangan negara-negara persekitaran seperti Mesir, Jordan, Lebanon, Iraq dan Syria telah membolehkan Israel lahir dan akhirnya menjadi kuasa besar.

Sejarah menunjukkan bahawa negara-negara Islam disekitar negara Palestine mengambil langkah segera untuk bertindakbalas terhadap Israel sebaik sahaja apabila Tel Aviv mengumumkan kelahirannya pada jam 4.00 petang, 14 Mei 1948. Tentera Lebanon, Jordan, Mesir dan Iraq telah menyerang balas dan memasuki sempadan seawal 15 Mei 1948, diikuti oleh Syria keesokan harinya. Namun tanpa kesepakatan yang padu, kejayaan awal mereka menawan semula beberapa kawasan akhirnya kecundang. Walaupun mereka bertindak tetapi tindakan yang tidak sepakat serta penuh dengan kecurigaan diantara satu sama lain jelas membawa padah kepada negara-negara Arab dipersekitaran negara baru Israel.

Umat Islam perlu mempelajari bahawa perpecahan akan pasti membawa padah yang amat berat khususnya kepada generasi yang akan mendatang. Perpaduan seutuhnya perlu diwujudkan untuk mempertahankan maruah agama dan bangsa.

Nyawa manusia menjadi begitu murah dengan kedurjanaan rejim Zionis didalam
serangan udara di Gaza pada pengakhir tahun 1429 H

Kezaliman Zionis

Rejim Zionis terbukti didalam sejarah sebagai rejim yang amat zalim. Sejarah moden Zionis bermula apabila Theodor Herzl yang berbangsa Austria-Hungary memulakan gerakan politik untuk mengwujudkan sebuah negara Yahudi di Palestine pada akhir abad ke 19 M. Rejim ini telah bertanggungjawab membunuh ribuan kanak-kanak dan wanita serta beratus ribu pula telah menjadi pelarian semenjak sebelum negara Israel rasmi ditubuhkan lagi.

Didalam peristiwa Deir Yassin pada 9 April 1948, beratus orang awam dibunuh. Menachem Begin yang mengetuai serangan ini telah membunuh mereka dengan menggunakan segala kelengkapan ketenteraan secara sistematik.

Pembunuhan beramai-ramai didalam Peristiwa Deir Yassin

Peristiwa Sabra dan Shatila yang berlaku pada 16 September 1982 yang dilakukan oleh kumpulan militia Lebanon tetapi didalangi oleh rejim Zionis telah mengorbankan jumlah korban yang besar dikalangan masyarakat pelarian Palestine. Jumlah sebenar tidak diketahui sehingga jurang angka anggaran adalah terlampau besar iaitu diantara 328 sehingga 3,500 orang dianggarkan telah dibunuh secara kejam.

Mangsa korban Zionis didalam Peristiwa Sabra dan Shatila. Kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi korban utama.

Untuk kita menyorot sejarah satu persatu kezaliman zionis tidak akan dapat habis ditulis tanpa kehabisan satu dakwat pena kerana mereka merancang kezaliman secara tersusun dan secara berterusan. Umat manusia yang bertamadun tanpa mengira agama dan bangsa mengakui hakikat kebiadapan rejim zionis tetapi negara Israel yang didokong oleh pemimpin-pemimpin Amerika Syarikat ini terus semakin mengukuh dan membuas.

Kesatuan Umat Islam di Malaysia

Umat Islam di Malaysia yang rata-rata majoritinya orang Melayu perlu mempelajari sejarah Palestine dan bagaimana mereka boleh ditindas dinegara mereka sendiri. Perbezaan pandangan dan politik tidak sewajarnya menyebabkan perpecahan dikalangan kita. Untuk sekian lama dengan pelbagai aliran politik yang ada dinegara ini, kita telah melihat tindas-menindas berlaku semata-mata kerana perbezaan kefahaman politik.

Lawan politik mesti “dibunuh” agar lumpuh dan tidak boleh berlawan lagi. Pembangunan untuk kawasan yang majoritinya dari parti lawan mesti dilambatkan atau tidak dibangunkan sama sekali. Matlamat utamanya adalah untuk memastikan yang memerintah akan terus memerintah dan berkuasa walaupun kepimpinannya dan pemerintahannya penuh dengan kecurangan, tipu daya dan salahguna kuasa untuk kepentingan peribadi dan kaum kerabat mereka.

Hakikatnya, perbezaan cara yang lahir dari pandangan yang berbeza bukan bermakna kita mempunyai matlamat yang berbeza. Kita perlu mencari titik-titik persamaan dan bersama-sama membina kekuatan diatas matlamat yang murni. Perbezaan kaedah akan mematangkan proses dan memberi ruang untuk kita saling bermuhasabah untuk memperbaiki diri didalam proses kemajuan secara bersama.

Apabila disebut kesatuan dan perpaduan ia sewajarnya kesatuan dan perpaduan sepenuh dan seutuhnya. Sejarah Palestine membuktikan walaupun negara-negara Arab sekitar bermatlamat sama iaitu membenci Israel dan menyerang Israel sebaik sahaja negara Israel diisytiharkan tetapi keseluruhan mereka akhirnya tetap tewas kerana tiada kesatuan dan perpaduan sepenuh dan seutuhnya dikalangan mereka. Malahan lebih malang lagi, didalam sejarah, ada negara Arab yang akhirnya sanggup bersengkokol dengan musuh mereka sendiri iaitu negara Israel untuk “menikam” negara Arab yang lain.

Masyarakat Pelbagai Bangsa Dan Agama

Kesatuan umat Islam di Malaysia bukan bermakna bangsa-bangsa yang lain dimusuhi atau diabaikan. Islam mencintai keamanan. Perpaduan umat Islam dinegara ini secara utuh akan merancakkan pertumbuhan pembangunan. Masa yang begitu banyak terbuang kerana perbalahan boleh dimanafaatkan untuk pembangunan negara. Malahan keindahan Islam menunjukkan bahawa apabila umat Islam mentadbir Jerusalem, bukan hanya setakat umat Islam malahan umat Yahudi dan Kristian dibenarkan mengamalkan agama mereka masing-masing secara aman.

Malaysia perlu melihat bahawa kepelbagaian bangsa dan agama dinegara ini sebagai satu aset besar yang perlu dimajukan. Ianya adalah satu sumber besar yang wajar dimanafaatkan didalam kita mengharungi era globalisasi. Persaingan kita sebenarnya adalah untuk diperingkat global dan kewujudan Melayu Islam yang boleh mempengaruhi dunia Islam, masyarakat India dengan negara India dan masyarakat Cina dengan negara Cina serta keseluruhan jalinan hubungan antarabangsa mereka akan memberi kelebihan kepada Malaysia untuk berada ditangga teratas didalam pelbagai bidang khususnya didalam jalinan pembangunan ekonomi.

Bantuan

Peristiwa Gaza yang berlaku sekarang sepatutnya menginsafkan kita untuk berusaha untuk bersatu secara jujur dan ikhlas. Perpecahan akan membawa padah. Sekali padah melanda, badai derita akan tiada kesudahannya. Kita bertanggungjawab untuk memastikan generasi mendatang tidak menderita kerana keangkuhan dan perpecahan sesama kita.

Didalam masa yang sama, masalah umat Palestine wajib dibela dengan apa cara sekalipun. Kezaliman apatah lagi terhadap kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa yang dikorbankan begitu sahaja perlu kita tentang. Bukan setakat rejim Zionis, malahan mana-mana pehak yang bersekongkol dengan mereka adalah musuh kita.

Rejim Zionis bukan setakat musuh umat Islam tetapi mereka adalah musuh kepada setiap manusia yang bertamadun didunia ini. Tiada siapa yang merelakan pembunuhan secara membabi-buta demi keangkuhan mereka untuk terus wujud disebuah negara haram yang bernama Israel.

Monday, December 29, 2008

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430

Selamat Menyambut Maal Hijrah
1430


Semoga semangat hijrah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. 1430 tahun yang lalu akan meresap kedalam jiwa kita dan memberi kekuatan baru didalam memperjuangkan yang hak dan kebenaran tanpa merasa gentar dan khuatir.

Kita berdoa agar Allah s.w.t. akan memberi kekuatan kepada kita untuk terus istiqamah didalam perjuangan.


Sunday, November 9, 2008

Masyarakat Melayu Seremban – Sertailah PKR atau PAS Demi Untuk Survival Agama Dan Bangsa

UMNO adalah ibarat barah dan pengekalan UMNO akan memudaratkan bangsa Melayu

Melihat perilaku kepimpinan UMNO Bahagian Seremban didalam mesyuarat tertinggi mereka pada 9 November 2008 di Kelab Golf Tuanku Jaafar, maka sewajarnya masyarakat Melayu di Seremban untuk meninggalkan parti tersebut.

Didalam mesyuarat tersebut telah berlaku pergaduhan dengan kerusi berterbangan dan juga telah mengakibatkan kecederaan kepada sebahagian mereka yang menghadirinya.

SEBAHAGIAN daripada anggota perwakilan cuba meleraikan pergaduhan yang tercetus pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Seremban di dewan Kelab Golf Tuanku Ja'afar.

Adakah begini perilaku pemimpin-pemimpin yang ingin membela bangsa Melayu dan agama Islam? Adakah pergaduhan mereka berpunca didalam usaha untuk menyatukan bangsa Melayu dan memartabatkan Islam dinegara ini atau berpunca dari kepentingan peribadi mereka untuk merebut jawatan didalam parti?

Lebih malang lagi, UMNO Bahagian Seremban berada didalam tahap yang paling membimbangkan kerana mereka tewas dua dari tiga kerusi DUN yang mereka tandingi didalam PRU 12 yang diadakan pada bulan March 2008 baru-baru ini. Mereka hanya memenangi kerusi DUN Lenggeng tetapi mereka tewas untuk kerusi DUN Sikamat dan DUN Ampangan. Sewajarnya mereka lebih berhemah dan melihat kekalahan tersebut untuk membuat muhasabah dan memperbaiki diri mereka. Malangnya, mereka tidak pernah sedar dan masih leka dengan dunia untuk merebut kuasa dan dengan kuasa mereka berpendapat harta boleh diperolehi.

Setiap ahli UMNO dan masyarakat Melayu di Seremban perlu menilai samada kepimpinan seperti ini layak untuk memimpin kita. Sudah sampai masanya untuk kita membuat penilaian untuk memastikan nilai Melayu dan Islam dipertahankan oleh pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab dan berwibawa. Nilai-nilai kepimpinan berperibadi mulia ada pada pemimpin-pemimpin PKR dan PAS di bahagian Seremban. Sokongan penuh masyarakat terhadap kepimpinan PKR dan PAS akan menyemarakkan lagi usaha dan komitmen mereka untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.

Perjuangan PKR dan PAS bahagian Seremban tidak dicemari dengan kegelojohan untuk mengaut kuasa atau harta kekayaan. Justeru, tiada perebutan kuasa atau kerusi yang berterbangan kerana mereka melihat kepimpinan adalah amanah yang amat berat. Malahan, pemimpin-pemimpin yang dilantik kerapkali terpaksa mengorbankan pendapatan mereka yang tidak seberapa demi perjuangan suci ini. Untuk sekian lama, mereka telah menggunakan harta benda yang mereka ada untuk meneruskan perjuangan dan mereka yakin untuk berbuat demikian kerana Allah yang Maha Kuasa akan menggantikan dengan yang lebih baik di alam yang kekal nanti.

UMNO adalah ibarat telah terkena barah yang parah. Untuk mengubati UMNO adalah sesuatu perkara yang hampir mustahil untuk berlaku. Kaedah perubatan memerlukan barah dibuang walaupun ianya sesuatu yang sukar dilakukan. Seseorang yang terkena barah dikaki terpaksa akur untuk membenarkan doktor untuk memotong kakinya untuk menyelamatkan nyawa. Bangsa Melayu juga perlu akur untuk menolak UMNO kerana mengekalkan UMNO bererti kita akan membunuh bangsa Melayu.

Untuk meneruskan perjuangan Melayu dan Islam, umat Melayu perlu beralih kepada PKR atau PAS. Keseluruhan rakyat biasa dan malahan keseluruhan kepimpinan UMNO Bahagian Seremban yang benar-benar ikhlas untuk memperjuangkan nasib bangsa dan agama juga perlu untuk memberi nafas baru kepada perjuangan bangsa dan agama dengan menyertai PKR atau PAS. UMNO sudah terlalu parah dengan barah dan tidak mungkin mampu untuk menunjangi perjuangan di era globalisasi yang penuh mencabar ketika ini.

Kerusi terbang warnai sidang Umno Seremban, Pak Lah kecewa

Ahad November 9, 2008
Dipetik dari Star Online:

KECOH... Sebahagian daripada anggota perwakilan cuba mententeramkan perwakilan yang bertengkar ketika Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Seremban di dewan Kelab Golf Taman Tuanku Ja'afar hari ini. - fotoBERNAMA

SEREMBAN: Mesyuarat peringkat bahagian yang dijadual berakhir hari ini 'tercemar' apabila Persidangan Perwakilan Umno Seremban pagi ini terpaksa ditangguhkan ekoran pergaduhan sehingga menyebabkan dua perwakilan cedera ringan.

REAKSI PRESIDEN

Dalam reaksi segera di Kepala Batas, Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kecewa dengan pergaduhan yang berlaku sambil menyifatkan ia sebagai kejadian yang amat memalukan.

Kejadian itu tidak sepatutnya berlaku dan setiap perwakilan harus mematuhi peraturan dan perjalanan mesyuarat dengan baik, kata beliau.

ABDULLAH Ahmad Badawi menghubungi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai pergaduhan yang terjadi ketika Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Seremban semasa mengadakan sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kepala Batas hari ini. - fotoBERNAMA

Tegas beliau, tindakan disiplin boleh diambil terhadap mereka yang terlibat jika didapati bersalah.

Katanya, bukan sahaja politik wang yang boleh dikenakan tindakan disiplin malahan kes yang melibatkan pergaduhan juga boleh diambil tindakan sama.

Sebaik diajukan soalan itu oleh wartawan, beliau terus menghubungi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menerusi telefon bimbit seorang pengawal peribadinya bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian itu.

Perdana Menteri berkata, oleh kerana kejadian itu mengakibatkan kecederaan kepada perwakilan, ia juga merupakan satu perbuatan jenayah dan boleh dikenakan tindakan menurut Kanun Keseksaan.

Ketua Umno Cawangan Jalan Kuala Pilah, Abd. Halim Lokman pula membuat laporan di Balai Polis Senawang kerana cedera dipukul seorang pengawal keselamatan.

SEBAHAGIAN daripada anggota perwakilan cuba meleraikan pergaduhan yang tercetus pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Seremban di dewan Kelab Golf Taman Tuanku Ja'afar. - fotoBERNAMA


PUNCA KEJADIAN

Mesyuarat yang dimulakan pada pukul 10 pagi tadi menjadi gamat dengan adegan baling kerusi dan tumbukmenumbuk di dalam dewan Kelab Golf Taman Tuanku Ja'afar.

Keadaan menjadi kecoh selepas kira-kira 20 minit mesyuarat dimulakan apabila salah seorang ahli Umno cawangan bahagian itu enggan balik ke tempat duduk walaupun diarahkan oleh Timbalan Pengerusi Tetap bahagian Othman Senara.

Apabila seorang ahli jawatankuasa keselamatan cuba meminta lelaki itu duduk, beberapa orang penyokongnya bangun dan menimbulkan kekecohan yang berlarutan selama hampir setengah jam menyebabkan sebahagian daripada perwakilan yang datang melarikan diri.

Ketua Umno Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail kemudian mengeluarkan usul supaya mesyuarat itu ditangguh dan diserahkan perjalanannya kepada Majlis Tertinggi.

KETUA Cawangan UMNO Sikamat Datuk Md. Yusop Harmain Shah bersetuju dengan Timbalan Pengerusi Tetap menanguhkan Persidangan tersebut apabila keaadaan tidak dapat dikawal sehingga ada perwakilan bertumbuk, membaling kerusi dan mengeluarkan kata-kata kesat. - foto Utusan oleh ABD. RAZAK AID

Naib Ketua Umno Bahagian Seremban, Mohd Nor Awang kemudian mengadakan sidang akhbar untuk kumpulan yang menimbulkan kekecohan itu selepas melakukan demontrasi di hadapan dewan dengan membawa sepanduk mengutuk Ishak.

Katanya, kumpulan yang menimbulkan kekecohan itu cuma mahu melahirkan rasa tidak puas hati kerana cawangan-cawangan mereka belum lagi bermesyuarat.

"Ishak dengan sewenang-wenangnya menggunakan kuasa untuk mengadakan mesyuarat bahagian walaupun Majlis Tertinggi mahukan semua mesyuarat cawangan diselesaikan dahulu, baru boleh mesyuarat bahagian dibuat," katanya.

RAHIM ELAK WARTAWAN

Pengerusi Jawatankuasa Pemantau Umno Bahagian Seremban yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Rahim Thamby Chik hadir pada mesyuarat itu, tetapi beliau enggan menemui pemberita.

Kelmarin, Mohd. Nor yang telah didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban pada 2 September lepas atas dua tuduhan memberi rasuah kepada perwakilan, telah melakukan demontrasi di hadapan Wisma Umno Negeri Sembilan.

Beliau yang sepatutnya mencabar Ishak gagal bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Seremban selepas Majlis Tertinggi kelmarin membuat pengumuman bahawa beliau tidak layak bertanding jawatan itu kerana masih dalam pertuduhan rasuah.

Ini bukan kali pertama kekecohan disaksikan ketika persidangan perwakilan di peringkat bahagian.

Pada 17 Oktober lalu, Persidangan Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Rantau Panjang kecoh apabila sekumpulan individu bertindak agresif dengan menjerit dan melaungkan rasa tidak puas hati bagi membantah jumlah perwakilan yang didakwa tidak sah.

ULASAN MB

Dalam pada itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, insiden pergaduhan pada persidangan perwakilan Umno Bahagian Seremban pagi ini tidak sepatutnya berlaku.

Sambil melahirkan rasa sedih dengan kejadian itu, Mohamad, yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, berkata beliau akan meneliti laporan penuh insiden itu daripada jawatankuasa pemantau.

"Setakat ini, saya sedang menunggu laporan jawatankuasa pemantau," katanya kepada pemberita ketika mengulas kejadian iu.

Tuesday, October 21, 2008

Kepimpinan Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang?

Untuk memangkinkan ekonomi sesebuah negara atau sesebuah negeri, pembentukan dasar atau polisi adalah kritikal didalam persaingan ekonomi global. Perangka utama pembuat dasar adalah menteri-menteri diperingkat negara manakala exco-exco adalah pembuat polisi disesebuah negeri. Justeru itu, pemilihan seseorang menteri atau exco perlu berdasarkan kemampuan mereka untuk menggubal dasar-dasar dan polisi-polisi yang bersesuaian didalam konteks meningkatkan taraf hidup rakyat dan memberi keutamaan kepada pembangunan yang seimbang didalam memastikan kesejahteraan dan kebahgiaan kepada rakyat khususnya dan negara keseluruhan amnya.

Kesilapan dasar dan polisi akan mengakibatkan kebobrokan didalam ekonomi negara. Umpamanya, kesilapan didalam menentukan masa yang bersesuaian untuk lampu-lampu hijau atau merah menyala “traffic light” dipersimpangan jalan tanpa mengkaji aliran kenderaan akan mengakibatkan kesesakan jalanraya. Didalam keadaan tertentu dasar atau polisi memerlukan “flexibility” sebagaimana masa untuk lampu hijau atau merah menyala mungkin perlu berbeza diwaktu puncak berbanding pada waktu biasa.

Kualiti Kepimpinan

Kualiti kepimpinan didalam pentadbiran sesebuah negara atau negeri perlu berada diperingkat yang terbaik kerana disamping memformulakan dasar dan polisi yang bersesuaian, mereka perlu memastikan semua langkah pelaksanaan atau implementasi kepada polisi berjalan sebaiknya dan ini memerlukan komitmen penuh mereka untuk mengelak sebarang bentuk kecuaian atau salahlaku. Segala bentuk dana atau hasil sumber bumi negara adalah hak rakyat keseluruhannya dan menjadi amanah kepada pemimpin untuk digunakan secara terbaik untuk kepentingan rakyat dan negara.

Selain ilmu dan kemahiran, faktor kejujuran dan tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat adalah menjadi kriteria utama didalam pemilihan seseorang pemimpin. Rakyat akan merasa kesan kepimpinan cemerlang dengan peningkatan kualiti kehidupan mereka. Seseorang pemimpin tidak perlu meletakkan potretnya ditiang lampu untuk menjadi popular kerana rakyat menilai kepimpinan mereka menerusi kesungguhan mereka untuk memperbaiki taraf hidup mereka. Malangnya, pemimpin yang standardnya hanyalah sebagai setakat “pemimpin tiang lampu” biasanya tidak akan merasa segan silu untuk setiap tahun dan untuk setiap musim perayaan untuk menayangkan potret mereka ditiang-tiang lampu. Adakah mereka ini mempunyai “inferiority complex” bahawa rakyat tidak mengenali mereka dengan pembangunan ekonomi tetapi ingin mempopularkan diri mereka, “Akulah pemimpin kamu”?

Adakah potret seperti ini perlu dipamerkan ditiang-tiang lampu untuk setiap musim perayaan atau aktiviti?

Didalam menilai kualiti kepimpinan negara ketika ini, adalah menjadi satu kebimbangan besar apabila pelbagai tanda pelaksanaan dasar dicemari dengan segala kemungkinan samada dalam bentuk kecuaian atau salahguna “abuse” sebagaimana isu pembelian 12 unit Eurocopter Cougar EC 725 yang menelan belanja sebanyak Euro 463.44 juta (RM2.317 billion) iaitu anggaran sebanyak RM193 juta untuk setiap satu unit. Menurut laporan, harga yang dibeli oleh Kementerian Pertahanan Malaysia jauh lebih mahal berbanding dengan harga yang dibeli oleh kerajaan Brazil untuk setiap satu unit Eurocopter Cougar EC 725 iaitu hanya bernilai RM84 juta untuk setiap satu unit. Perbezaan harga ini amat besar dan menimbulkan keraguan ramai pihak.
Eurocopter Cougar EC 725
Kebimbangan rakyat didalam salahguna kuasa oleh pemimpin-pemimpin BN didalam membelanjakan dana negara ada asasnya. Majoriti pemimpin-pemimpin utama BN hidup didalam penuh kemewahan berbanding pendapatan yang mereka perolehi sebagai orang-orang yang digajikan untuk berkhidmat kepada negara. Malahan tidak mustahil ada diantara mereka yang mempunyai aset atau tunai puluhan atau ratusan juta ringgit. Persoalannya, bagaimana mereka boleh menjadi begitu kaya. Secara prinsipnya, tidak menjadi kesalahan untuk mana-mana individu di negara ini menjadi kaya dan malahan kita amat menggalakkan lebih ramai rakyat negara ini untuk menjadi kaya-raya. Cuma persoalannya, adakah kekayaan mereka ini diperolehi menerusi hasil titik-peluh mereka secara halal atau penyalahgunaan kuasa didalam usaha membolot kekayaan negara untuk kepentingan diri atau keluarga mereka.

Beras adalah makanan ruji utama negara dan usaha perlu dilakukan untuk memastikan hasil beras negara dipertingkatkan

Beberapa dasar kerajaan BN seperti penubuhan BERNAS (Padiberas Nasional Berhad) yang berfungsi sebagai pengimpot dan pengedar beras dibimbangi bukan bertujuan untuk melindungi kepentingan rakyat didalam memastikan makanan ruji utama negara terkawal. Adakah ianya dibentuk dan diswastakan bertujuan untuk mengkayakan beberapa individu kerana hanya setakat berperanan sebagai pengimpot dan pengedar dimana fungsi dan peranannya amat terbatas. Sewajarnya BERNAS memainkan peranan utama untuk meningkatkan tahap pengeluaran beras negara dan ianya akan menjadi lebih bermakna dari setakat sebagai memonopoli pengimpotan dan pengedaran beras negara.

BERNAS tidak bertindak untuk meningkatkan hasil beras negara tetapi hanya berperanan sebagai pengimpot dan pengedar

Terlalu banyak kegagalan polisi dan kecuaian didalam pelaksanaan implementasi yang menunjukkan ketidakjujuran kepimpinan BN didalam menjalankan tugasan mereka khususnya yang berkait dengan dana negara.

Pengembangan Ekonomi

Didalam mendasari eknonomi, secara umum sesebuah negara berkembang dari pertanian diikuti dengan perindustrian dan perkhidmatan. Namun demikian, melihat kepada negara-negara maju seperti Belanda dan Jepun, mereka berjaya mengimbangi pembangunan pertanian, perindustrian dan perkhidmatan secara seimbang.

Dasar PM keempat, Mahathir Mohamad yang memberi penekanan kepada perindustrian tanpa memberi perhatian sewajarnya kepada pertanian, secara serba sedikit telah memberi kesan negatif kepada ekonomi negara kerana jumlah pengimpotan makanan yang semakin meningkat dari masa kesemasa. Didalam tahun 1983, Malaysia mengimpot makanan sebanyak RM2.9 billion dengan nilai 9.5% dari nilai keseluruhan impot negara dan meningkat kepada RM7.8 billion pada tahun 1985, RM11 billion pada tahun 1997 dan RM21.9 billion pada tahun 2005.

Didalam usaha mengurangi impot makanan, kerajaan perlu memformulakan dasar dan polisi yang berkesan untuk memastikan pertanian juga perlu pesat berkembang. Setiap inci tanah perlu dihargai sebagaimana masyarakat Jepun yang menghijaukan keliling rumah mereka dengan sayuran. Projek-projek penternakan sewajarnya perlu diperhebatkan untuk mengelakkan penggantungan negara kepada bekalan daging atau tenusu dari luar. Nelayan-nelayan laut dalam perlu diberi insentif untuk memastikan Malaysia mempunyai bekalan perikanan yang mencukupi.

Kilang-kilang berbentuk “labor intensive” akan berpindah apabila kos gaji pekerja mula meningkat

Sektor perindustrian yang berbentuk “labor intensive” tanpa usaha sungguh-sungguh untuk peningkatan sektor perindustrian yang berdasarkan “knowledge & skill based” telah menghasilkan lambakan pekerja asing di Malaysia dan secara perlahan-lahan pelabur-pelabur tersebut akan keluar dari Malaysia didalam usaha pengusaha-pengusaha asing ini untuk mendapatkan kos buruh yang lebih murah dinegara-negara membangun yang lain. Tanpa pemindahan teknologi dan kegagalan menggariskan polisi untuk memastikan rakyat Malaysia mempunyai saham dan hakmilik didalam syarikat-syarikat multinasional ini, akhirnya Malaysia hanya menjadi satu tempat persinggahan didalam dasar pengindustrian negara.

Didalam menilai sektor perkhidmatan, malangnya Malaysia masih berada ditahap “infancy”. Malahan, didalam urusan komoditi utama negara seperti getah dan kelapa sawit, didalam banyak kes ia tidak diurus di Malaysia dan bukan satu perkara yang memeranjatkan Singapura menjadi pusat jual beli utama kepada komoditi utama negara. Usaha untuk meningkatkan Malaysia sebagai “Pusat Jual Beli” perlu diperhebatkan dengan memastikan Malaysia mampu bersaing diera globalisasi ini. Dasar dan polisi yang berkait dengan pengembangan negara sebagai “Trading Center” perlu dirangka segera. Pembinaan ekonomi menerusi sektor perkhidmatan yang lain seperti pendidikan dengan menjadikan Malaysia sebagai tarikan pelajar-pelajar asing belajar dinegara ini, atau perubatan dengan menjadikan hospital-hospital kita bertaraf dunia atau pelancungan perlu menjadi perhatian serius.

Agrodome di Rotorua, New Zealand disamping menjadi pusat penternakan biri-bri juga menjadi pusat tarikan pelancung

Sektor pelancungan perlu dipergiat malahan banyak produk-produk pelancungan di Malaysia gagal dipromosikan. Selain berjaya menjadi pengekspot kepada daging dan tenusu, negara-negara seperti Australia dan New Zealand berjaya menjadikan ladang ternakan biri-biri atau pengeluaran tenusu mereka sebagai tempat pelancungan. Malangnya, kita masih jauh ketinggalan didalam mempromosikan pelbagai produk-produk pelancungan di Malaysia. Malahan Australia, sebagai contoh mampu menjadikan Ladang Buahan Tropikal mereka pusat pelancungan sedangkan kita mempunyai kesemua buahan tropika yang menarik tetapi kita gagal mempromosikan ladang-ladang buahan kita sebagai tempat lawatan pelancungan secara meluas.
Tropical Fruit World di Gold Coast Australia menjadi tempat tarikan pelancung dari dalam dan luar negara

Kesimpulan

Keghairahan kepimpinan UMNO, MCA, Gerakan didalam mengejar pangkat dan kedudukan didalam pemilihan di Perhimpunan Agung mereka tidak mencerminkan kesungguhan mereka untuk mentadbir dan menjana ekonomi secara terbaik. Kualiti kepimpinan mereka jelas lemah malahan tidak memeranjatkan, ada exco-exco tidak memahami sepenuhnya bidang atau sektor yang diamanahkan kepada mereka. Sebagai contoh, ada exco pelancungan yang dilantik dinegeri tertentu tetapi tidak memahami bagaimana pendidikan, perubatan, pertanian boleh dipromosi sebagai hasil pelancungan.

Disamping itu, ketamakan sebahagian besar mereka yang melihat kuasa yang ada pada mereka sebagai potensi atau peluang untuk mengkayakan diri dan keluarga mereka semasa mereka berkuasa akan menjumudkan perkembangan ekonomi negara. Kekayaan negara yang dikurniakan Tuhan untuk rakyat negara ini mereka nodai dengan pelbagai cara tanpa segan silu atau tanpa mengenal dosa atau pahala.

Sunday, October 12, 2008

Pakatan Rakyat NS Perlu Bersedia Untuk Tadbir Kerajaan

Keseluruhan kepimpinan dan pendokong Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan perlu mempersiapkan persediaan sepenuhnya untuk mentadbir kerajaan Negeri Sembilan. Persoalan samada bila kerajaan BN boleh ditumbangkan tidak menjadi isu kerana yang pasti, insyaAllah, BN NS pasti kecundang. Jika tidak tahun ini, maka akan sudah pasti akan sampai masa dan ketikanya untuk Pakatan Rakyat mentadbir Negeri Sembilan.

Untuk persiapan ini sudah pasti ianya tidak mudah dan agak kompleks serta memerlukan diskusi yang menyeluruh dan mendalam. Namun demikian, untuk memulakannya, tiga langkah berikut boleh dimulakan dan kemudian akan kita susuli dengan tindakan-tindakan yang berikutnya.

Langkah 1 – Majlis Muafakat PR NS


Kepimpinan utama PR yang terdiri dari PKR, PAS dan DAP perlu mewujudkan satu Majlis Muafakat PR NS yang bertindak sebagai “NS Command Center” dan memastikan keseluruhan Majlis Muafakat di peringkat kesemua 8 kawasan Parlimen dan 36 kerusi DUN berfungsi dan kesemua wakil PKR, PAS dan DAP bergiat secara aktif. Kewujudan Majlis Muafakat disetiap lapisan DUN, Parlimen dan Negeri akan memastikan kesatuan PR NS sebagai asas utama didalam pentadbiran kerajaan negeri.

Langkah 2 – Lajnah/Biro

Sebagai langkah untuk menangani kesemua aspek pentadbiran, lajnah-lajnah atau biro-biro perlu diwujudkan merangkumi semua aspek pentadbiran seperti sosio-budaya, pendidikan dan ekonomi secara bersama dibawah Pakatan Rakyat. Untuk memastikan pendedahan menyeluruh untuk aktivis PR, seminar-seminar dan kursus-kursus perlu diadakan dari masa kesemasa untuk memastikan semua permasalahan semasa dapat didiskusikan dan idea-idea bernas yang baru dapat dihasilkan.

Seminar-seminar dan kursus-kursus ini perlu dirancang dan dirangka secara menyeluruh dan terperinci untuk memastikan bahawa PR NS benar-benar dapat memahami persoalan pokok didalam pentadbiran dan mampu membawa jalan penyelesaian yang terbaik didalam segala aspek yang berkait dengan kehidupan rakyat di Negeri Sembilan.

Malahan, kepimpinan PR NS perlu diberi pendedahan dengan mengadakan lawatan-lawatan sambil belajar ke negeri-negeri dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat seperti Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan untuk memahami permasalahan-permasalahan semasa yang mereka alami dan untuk mengelak dari melakukan sebarang kesilapan apabila mereka mentadbir kerajaan negeri nanti.


Untuk Lajnah Ekonomi, ia perlu lebih proaktif untuk mencari usaha untuk memantapkan ekonomi didalam semua bidang – pertanian, perindustrian, pelancongan, perubatan, pendidikan dan pelbagai lagi yang boleh dimangkinkan sebagai sumber ekonomi negeri. Malahan, jika perlu, usaha-usaha untuk menarik pelaburan asing perlu dibuat dengan menghantar delegasi-delegasi PR NS ke luar negara yang berpotensi untuk melabur di NS.

Langkah 3 – Pusat Khidmat Masyarakat

PR NS perlu memastikan sekurang-kurangnya disetiap kawasan parlimen – Seremban, Rasah, Teluk Kemang, Rembau, Tampin, Kuala Pilah, Jelebu dan Jempol mempunyai Pusat Khidmat Masyarakat masing-masing. Untuk memastikan Pusat Khidmat Masyarakat ini berkesan, sekurang-kurangnya dua hari didalam satu bulan, kesemua ADUN dan ahli Parlimen PR di Parlimen didalam kawasan yang sama berada di Pusat Khidmat Masyarakat tersebut. Untuk mana-mana kawasan yang masih tidak dimenangi lagi, wakil-wakil dari Majlis Muafakat di peringkat parlimen dan DUN perlu hadir untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa PR telah bersedia untuk mentadbir kerajaan negeri.

Kewujudan Pusat Khidmat Masyarakat secara bersama dan hadir secara bersama ini akan memberi peluang kepada rakyat untuk meluahkan permasalahan mereka dan ia juga memberi kesempatan kepada kepimpinan PR NS mencari alternatif penyelesaian terbaik didalam memastikan taraf kehidupan rakyat di negeri ini dapat dipertingkatkan.

Kepimpinan PR NS perlu memandang serius jika ada mana-mana ahli-ahli DUN atau ahli Parlimen PR yang bermasalah dan langkah segera perlu dibuat untuk membantu memperbetulkan keadaan. Kegagalan mana-mana wakil PR di DUN atau Parlimen untuk berkhidmat secara terbaik akan memberi kesan negatif kepada rakyat didalam membuat pemilihan di pilihanraya-pilhanraya yang akan datang.

Saturday, October 11, 2008

Politik Wang BUKAN Budaya Kita

New Straits Times adalah akhbar yang mendokong UMNO dan BN. NST telah bermula semenjak tahun 1845 sebagai The Straits Times and kemudian dinamakan New Straits Times pada tahun 1965. Akhbar NST untuk sekian lama telah berjaya memastikan propaganda UMNO dan BN terus menguasai pemikiran rakyat untuk memastikan mereka terus berkuasa dan memerintah dinegara ini. Hakikatnya, semenjak sebelum merdeka sehingga kini, UMNO masih terus utuh berkuasa.

Meneliti tulisan Zubaidah Abu Bakar didalam NST pada 12 Oktober 2008, organ media UMNO ini jelas mengakui bahawa UMNO yang selama ini menjadi teras dan nadi politik Melayu penuh digelumangi dengan najis budaya politik wang. Menurut tulisan ini, untuk jawatan Ketua Bahagian, seseorang calon biasanya akan membelanjakan wang RM2 hingga ke RM3 juta dan jumlahnya semakin meningkat untuk jawatan Ahli Majlis Tertinggi atau Naib Presiden.

Lebih memeranjatkan, Zubaidah mengakhiri tulisannya dengan tandatanya, “Siapa menyatakan ekonomi sekarang tidak baik?” didalam memperkuatkan intipati tulisannya untuk menyatakan UMNO penuh bergelumang dengan najis politik wang walaupun kedudukan UMNO dan BN berada diambang penghujungnya setelah prestasi mereka yang parah didalam Pilihanraya Umum ke 12 baru-baru ini. Walaupun majoriti rakyat negara ini keloh kesah diatas kesan ekonomi meleset sekarang ini tetapi segelintir kecil golongan elit UMNO ini masih gah menghamburi kekayaan semata-mata kerana kedudukan dan kuasa.

Wang Siapa?


Soalan pokok, wang siapa yang digunakan untuk memastikan kemenangan mereka didalam UMNO ini? Adakah orang-orang UMNO yang berebut jawatan ini tokoh-tokoh korporat besar antarabangsa yang mempunyai urusniaga perniagaan di New York atau di London atau di Shanghai? Adakah mereka mempunyai gedung-gedung besar atau kilang-kilang besar diseluruh pelosok dunia?

Yang pasti majoriti mereka ini sememangnya mempunyai kereta-kereta besar dan rumah-rumah mewah besar tetapi melihat cara budaya kehidupan seharian mereka, kita akan melihat mereka ini lebih kepada orang-orang yang menganggur – orang menganggur bermakna orang-orang yang tidak bekerja. Jika mereka tidak bekerja, bagaimana mereka memperolehi wang sebegitu besar yang rata-rata untuk kita sebagai rakyat biasa tidak akan memperolehinya walaupun bekerja bertungkus-lumus sehingga mati, kerana wang RM2 juta sebagai contoh yang mereka taburi adalah amat besar nilainya.

Untuk kebanyakan orang biasa, untuk berjaya didalam ekonomi, kita akan berusaha bertungkus-lumus siang dan malam dengan pelbagai risiko untuk memastikan kita relevan didalam dunia perniagaan. Pendapatan yang kita perolehi adalah melalui hasil susah payah kita dan kita berbangga dan bersyukur untuk setiap sen yang kita perolehi. Malahan lebih dari itu, sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita juga menyumbang kepada pendapatan negara dengan membayar cukai yang telah ditetapkan kerajaan. Wang hasil titik peluh ini tidak akan kita nodai dengan najis rasuah tidak seperti golongan elit UMNO ini yang boleh menabur wang begitu sahaja kerana mereka tidak pernah merasa susah payah untuk memperolehi wang tersebut.

Sesungguhnya, amat malang sekali, mereka ini, tanpa berbuat apa-apa, boleh kaya-raya. Mereka boleh berbelanja berjuta ringgit untuk berebut jawatan. Lebih mengecewakan lagi, mereka ini sememangnya muka tak tahu malu. Sebagai contoh, ada diantara mereka ini, berjaya mendapat undi terbanyak dan memenangi jawatan Naib Presiden tetapi kemudian didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin mereka sendiri dan akhirnya dilucutkan jawatan. Tetapi kini, masih lagi mahu bertanding tanpa segan silu dan sememangnya jelas bahawa najis politik wang melumuri jiwa dan raga mereka.


Najis budaya politik wang benar-benar telah berbudaya didalam politik tanahair sehingga kita langsung tidak merasa malu dengannya. Hakikatnya, sebenarnya lebih kurang malunya; untuk mereka ini mengambil secara anologi untuk berlari bertelanjang dengan menutup kepala mereka dengan baldi sekeliling padang berbanding dengan apa yang mereka lakukan sekarang ini.

Pimpinan UMNO/BN – Spesis apakah mereka ini?
Justeru itu, spesis apakah pemimpin-pemimpin UMNO ini yang jelas rata-rata mereka ini bukan tokoh-tokoh korporat antarabangsa tetapi jika kita teliti mereka lebih kepada spesis yang paling tidak produktif didalam negara kerana mereka adalah penganggur-penganggur kelas satu negara tetapi boleh berbelanja berjuta ringgit untuk berebut jawatan dan hidup didalam penuh kemewahan.

Adakah mereka ini spesis terbijak dinegara yang menggunakan kebijaksanaan akal pemikiran untuk berjaya tanpa berbuat apa-apa? Malangnya, penilaian kita terhadap pencapaian akademik mahupun tahap pemikiran majoriti mereka ini tiadalah setinggi mana. Malahan, kebanyakan mereka ini sebenarnya “low class” dari segi daya pemikiran mereka. Kekayaan mereka sebenarnya adalah kerana hubungan mereka dengan UMNO dan BN sebagai parti memerintah dan wang yang digunakan mereka sebenarnya adalah milik kita – milik rakyat.

Apa alternatif kita?

Menilai keadaan semasa terhadap UMNO dan BN bahawa walaupun mereka telah menyedari hakikat bahawa rakyat telah memberi amaran kepada mereka didalam PRU 12 tetapi malangnya mereka masih lagi mahu leka berseronok; maka kita tidak mempunyai pilihan lain melainkan untuk menolak sepenuhnya UMNO dan BN. Semakin lama UMNO dan BN berkuasa maka semakin parah kedudukan orang Melayu dan negara. Kekayaan negara tidak sewajarnya dirampok mereka setelah sekian lama kita memberi kuasa kepada mereka.

Pakatan Rakyat mungkin masih lagi serba kekurangan tetapi setakat ini lima negeri yang ditadbir oleh PR jelas telus didalam pentadbirannya. Olehkerana dasar perjuangan PR adalah untuk rakyat maka kepentingan rakyat umum menjadi teras didalam pentadbiran mereka.

Berebut kedudukan atau politik wang tiada didalam kamus didalam PR. Didalam Laporan Tahunan Parti Keadilan Rakyat Bahagian Seremban yang bersidang pada 11 Oktober 2008 melaporkan bahawa mereka hanya membelanjakan sebanyak RM67,301 didalam pilihanraya ke 12 baru-baru ini dan dengan jumlah ini amat kecil berbanding dengan jumlah yang sudah pasti jauh lebih besar dibelanjakan oleh UMNO/BN. Namun demikian, PKR Seremban telah berjaya menawan kerusi DUN Sikamat dan Ampangan yang ditandingi mereka. Jumlah perbelanjaan yang dibelanjakan PKR jauh lebih kurang dari jumlah RM100,000 yang dibenarkan yang diperuntukkan untuk setiap satu kerusi DUN dibawah Akta Pilihanraya. Malahan ironinya lagi, jumlah dilaporkan ini sebenarnya adalah pengumpulan dari sumbangan orang ramai yang meliputi semua kos perbelanjaan semasa pilihanraya.

Pengamatan terperinci didalam sejarah, sebagai contoh didalam PKR Seremban; semenjak ianya ditubuhkan, tidak pernah didapati mana-mana individu berbalah untuk merebut jawatan dan apatah lagi menggunakan wang untuk mendapatkan kedudukan didalam parti. Ini berbeza dengan UMNO Bahagian Seremban dimana baru-baru ini pihak media melaporkan ada diantara calon-calon yang ingin bertanding jawatan didalam UMNO Bahagian Seremban telah didapati terjebak didalam politik wang.

PR mempunyai ramai tokoh-tokoh yang jauh lebih bijak dan berwibawa berbanding dengan UMNO atau BN. Sebenarnya tidak sukar untuk membuat perbandingan untuk siapa yang lebih cerdas pemikiran mereka. Kita bandingkan tokoh-tokoh UMNO/BN yang sama umur dan nilai prestasi mereka dengan tokoh-tokoh PR sebagai contoh bandingkan pencapaian mereka disemua peringkat dari sekolah rendah, sekolah menengah, universiti mahupun kebolehan prestasi dialam kerjaya mahupun perniagaan maka kita akan mendapati tokoh-tokoh PR jauh lebih menyerlah berbanding dengan tokoh-tokoh UMNO mahupun BN.

Rakyat khususnya masyarakat Melayu, tanpa mengira apa kefahaman politik mereka sebelum ini wajar bijak membuat analisa dan membuat keputusan terbaik demi masa depan agama, bangsa dan negara. Menolak UMNO dan BN keluar dari pemerintahan negara adalah untuk kebaikan negara dan kita berharap dengan UMNO dan BN berfungsi sebagai pembangkang, ia mungkin boleh mengembalikan maruah UMNO dan BN untuk terus relevan di Malaysia.

Hakikat dan fakta jelas menunjukkan selagi mereka terus berkuasa, mereka tidak akan pernah insaf dan masih terus berlagak sombong dan bergelumang dengan pelbagai najis seperti najis rasuah politik. Terbukti, walaupun di akhir penghujung hayatnya, spesis UMNO dan BN ini masih tidak mahu mengerti walaupun PRU 12 hanya baru beberapa bulan berlalu.


The money politics season is back again – NST 12 October 2008
Zubaidah Abu Bakar

MARKETS around the world may be tumbling but not the trade within Umno.

In a party where vote buying in various forms plays a crucial role in deciding winners in party elections, expectations of big rewards are always high. So who cares about the looming economic slowdown.A representative of an Umno top leader, who is eyeing a higher position in the March party polls, does not discount higher demands from delegates just because times are bad.

He was at Sekolah Menengah Sains Machang where the Machang divisional meeting was held on Friday to see whether his boss would reap the seeds he had sowed.

The aspirant, a Datuk from a state down south, did not get the nomination he so much desired.

No prizes for those who guess right what this Datuk will do next to secure nominations.

This is the kind of risk candidates have to endure. But they have no qualms about having to part with huge amounts of money in return for a small cross next to their name on the ballot paper.

There is no way a candidate can be 100 per cent sure of getting the votes of those who benefited from the splurge. Only the hope that they would be remembered when delegates cast their votes.

Millions of ringgit were said to have been spent in the Umno elections in 2004.

There is no official figures but Umno admitted that the malaise was acute.

The fact that a leader who won a senior post was found guilty and suspended for three years for being involved in money politics soon after he secured a big win, speaks volumes of the problem in Umno.

In his book titled Dilema Neraca Retak (Dilemma of a Cracked Balance) former Umno member and independent MP Datuk Ibrahim Ali said one needs at least RM1 million to win a division chief's post.

The book was published in August 2004, before the last Umno elections.

The former Umno supreme council member said that the amount needed should be higher now.
More so, among candidates who had started campaigning as early as a year ago.

"In Kuala Lumpur especially, where guests are entertained at hotel lounges and coffee houses, the amount can double," he said.

Candidates still continue to finance overseas trips despite strict regulations forbidding them.
Instead of sending large groups at a time for trips to Jakarta and Bangkok or to perform the umrah (minor haj), the number has now been reduced to five or six per batch to avoid detection.

A divisional vice-chief aspirant said a divisional leader now needed between RM2 million and RM3 million to secure the post.

And how much do you imagine it takes to be elected to the supreme council or a vice-presidency?

It was widely speculated that a candidate for one of the three vice-president's posts in 2004 had paid RM1,000 to each delegate.

There were about 2,000 of them then!

Incumbents, especially those holding government positions, usually resort to using money and power to ensure they are not challenged at the divisional level.

The quota system requiring a minimum number of nominations to contest is also said to be helping to keep money politics alive.

There is much talk about a senior leader who has been doing almost nothing else except giving away duit raya since a week before Hari Raya.

The green-coloured packets at his Hari Raya open house yesterday were also much thicker.
People claiming to be in the know said more than RM250 million had already been spent so far.

The acute problem of money politics is evident from the large number of reported cases received by the Umno disciplinary board and arrests made by the Anti-Corruption Agency.

The disciplinary board found itself handling more than 500 reports of sabotage and money politics during elections at the 20,000 UMNO branches that ended last month.

Umno’s 191 divisions are holding their meetings and God alone knows the numbers of cases of money changing hands since divisions are supposed to nominate candidates for top party posts.

And being masters in the art of the possible, candidates usually escapes the arm of the law, except for a handful of unlucky ones.

They will somehow find ways to circumvent party regulations; using the services of campaign managers and agents to do legwork.

Who says the economy is in a bad shape?

Wednesday, October 8, 2008

Oh Dear, What MB of NS is doing?

MB NS - Mohamad Hasan


It is pity to see the old building of SK Nyatoh in Rantau which is under the constituency of the MB Negeri Sembilan – Mohamad Hassan has been neglected under his “own nose”. The roof and walls of the building were on the verge of collapse due to damage caused by termite and almost crushed a student.

MB must have vision and proactive in action in ensuring the state can prosper in the current uncertainties of the economy in the country and worldwide. It is a shame that the school building which is the basic infrastructure for the students in his constituency has been overlooked. Mohamad Hasan is not an ordinary “Wakil Rakyat”. He is the “Menteri Besar” of Negeri Sembilan. In the State Assembly, he used to dominate all the session and in many occasions, he himself replying to all the questions without giving the opportunities to his own Exco Members to reply in the question and answer session.

We need MB who can perform and not who like to talk but doing nothing. The economy of NS must spur and it requires proper planning and full effort in realizing it. We have to come out with a concrete plan in the development of manufacturing industries, tourism, services, agriculture, education, medical and all other potential sectors that could generate the economy in the state.

Prior to the new planning, all existing problems should be solved. But in NS, there are still numbers of issues that inherited from the previous MB – Isa Samad still unsettled.

No wonder, after becoming MB in Negeri Sembilan in 2004, all of the abandon projects are still not being revived such as Kemayan Square, the hotel project in front of SM KGV and the eyesore pool that used to be SM Convent site in the center of Seremban town.


Unsafe building forces 400 pupils to study under tents - NST 09 Oct. 2008

By Dharshini Balannews@nst.com.my

Pupils of SK Nyatoh in Rantau near Seremban at their outdoor classes.

SEREMBAN: More than 400 pupils at a primary school near here have been studying under tents for the past two months after one of the school buildings was found to be unsafe.

Cracks appeared in the wooden and concrete building of SK Nyatoh in Rantau, which was built around 1890.

In August, part of a wall collapsed and almost crushed a student.

The school authorities alerted the state Public Works Department, which declared the building unsafe.

Officers found that the roof and walls of the building were on the verge of collapse due to damage caused by termites.

The department has cordoned off the area.

Since the incident, pupils in years Two, Three and Four have been studying under tents. Sometimes, rain disrupts the classes.

To make matters worse, the pupils are facing their year-end examinations next week.

State Education Department director Datuk Abdullah Mohamad said: "We will send five cabins with air-conditioning units as soon as possible so that the pupils can study comfortably.

"In fact, we have found an area for the cabins and they can be used by the end of the week."

He said the state PWD had approved the construction of two four-storey buildings to replace the damaged building, which would be demolished soon.

Sunday, September 21, 2008

Masih Ramai Golongan Fakir Miskin DiMalaysia

Setelah 51 tahun Malaysia merdeka, rupanya masih ramai lagi golongan fakir dan miskin di negara yang kaya dengan sumber-sumber hasil buminya ini. Kita tidak sewajarnya mendabik dada kononnya negara kita telah mencapai kemajuan dengan projek-projek atau bangunan-bangunan raksasa seperti Formula F1, bangunan berkembar Petronas selagi masih ada rakyat negara ini yang hidup dengan penuh kesusahan dan kedaifan. Malahan masih ramai diantara mereka ini tidak mempunyai tanah sendiri dan terpaksa mendirikan rumah-rumah setinggan dimerata-rata tempat seperti di tebing-tebing sungai. Mereka ini adalah rakyat Malaysia tetapi terpinggir dinegara mereka sendiri.

Bersama pimpinan Parti Keadilan Rakyat Bahagian Seremban untuk
meninjau golongan yang susah dan memerlukan bantuan

Pemimpin yang diamanahkan untuk mentadbir negara wajar mengambil langkah serius untuk membantu didalam usaha memperbaiki taraf kehidupan mereka. Kepimpinan adalah amanah untuk memperkasakan rakyat dan bukan memperkosa hak rakyat. Amat memalukan, ramai yang berebut-rebut untuk menjadi pemimpin sehingga sanggup merasuah dan melanggar nilai-nilai murni keinsanan tetapi kepimpinan yang diperolehi dipergunakan untuk kepentingan peribadi atau keluarga terdekat mahupun kroni-kroni mereka sahaja.

Alangkah murninya contoh yang telah ditonjolkan oleh pemimpin besar didalam sejarah Madinah di abad ke tujuh masihi iaitu Khalifah Umar Ibn al-Khattab. Beliau amat prihatin tentang permasalahan rakyatnya. Disuatu malam beliau telah menjumpai didalam sebuah khemah seorang perempuan yang sedang memasak dengan menggunakan periuk diatas api yang menyala sedangkan anak- anaknya pula sedang menangis kerana kelaparan lalu lantas beliau bertanya, “Mengapa anak-anakmu menangis? Perempuan itu menjawab, “Tuan, anak-anak saya ini menangis kerana kelaparan.”

Umar bertanya lagi, “Jadi apa yang kamu masak itu?” Perempuan itu menjawab, “Wahai tuan yang baik hati , sesungguhnya aku hanya memasak air untuk memperdayakan sebelum mereka tertidur. Aku tidak mempunyai makanan untuk dimasak, jadi itu sahajalah yang dapat aku buat bagi menghiburkan hati mereka.” Perempuan itu kemudian terus berkata, “Sesungguhnya Allah akan mengadili penderitaanku ini terhadap Amirul Mukminin Saidina Umar kerana membiarkan aku bersama-sama dengan anak-anak dalam keadaan begini di akhirat kelak.”

Perempuan itu sebenarnya tidak mengenali bahawa orang yang dihadapannya itu adalah Khalifah Saidina Umar sendiri. Apabila Umar mendengar ucapan perempuan tersebut maka beliau pun menangis dan berkata, “Semoga Allah akan mengampuni dosa kamu dan akan memberi rezeki kepada kamu.” Umar kemudiannya bertanya, “Bagaimana Amirul Mukminin akan mengetahui penderitaan dan kesusahanmu?” Lantas perempuan itu menjawab, “Sesungguhnya orang yang menjadi Khalifah mesti mengambil tahu dan bertanggungjawab terhadap hal keadaan rakyatnya.”

Seterusnya Saidina Umar balik ke kota Madinah dan terus ke Baitulmal. Diapun mengisi seberapa banyak barang keperluan harian seperti gandum, buah tamar, pakaian dan lain-lain keperluan lalu didalam satu karung dan kemudian meminta pembantunya – Aslam, mengangkat untuk diletakkan diatas belakangnya. Aslam meminta supaya dia sahaja yang mengangkat barang-barang tersebut dan bukannya Saidina Umar kerana beliau adalah seorang pemimpin besar umat Islam. Lantas Umar berkata, “Wahai Aslam, sesungguhnya adakah engkau yang akan memikul dosaku diakhirat kelak? Aku berbuat begini adalah kerana aku takutkan Allah, sesungguhnya Allah akan menyoal aku diakhirat kelak. Dia Maha Mengetahui dan Melihat segala perbuatan hambaNya.”

Aslam akhirnya akur dan Umar sendiri memikul barang-barang itu dan terus ke khemah perempuan tersebut lalu beliau sendiri memasak, menghidang dan melayan anak-anak perempuan yang miskin itu sehingga kenyang. Berkatalah perempuan itu, “Semoga Allah akan membalas dan memberi ganjaran pahala kepada tuan kerana kebaikan serta kemuliaan hati tuan kepada hamba yang miskin ini. Sesungguhnya kamulah yang paling layak menjadi khalifah daripada Saidina Umar kerana hati budi kamu lebih mulia.”

Inilah Saidina Umar dan sikap tanggungjawab beliau sebagai seorang pemimpin perlu diteladani oleh semua pemimpin-pemimpin ketika ini. Alangkah malangnya, wang zakat terkumpul begitu banyak tetapi gagal untuk diagihkan kepada orang-orang yang memerlukannya. Jabatan Kebajikan Masyarakat dan semua sektor-sektor yang terlibat perlu mengambil usaha untuk membantu golongan yang susah ini bukan hanya setakat sekali sekala tetapi mengambil langkah aktif untuk meningkatkan ekonomi mereka supaya menjadi lebih baik.

Ahli DUN Ampangan YB Rashid Latiff dan Ketua Bahagian PKR Seremban
Dr. Azam menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan

Manakala untuk orang-orang yang diberi Allah kelebihan dengan kekayaan dunia, janganlah mendabik dada kerana kita hanya pengurus kepada harta-harta Allah dan adalah menjadi tanggungjawab untuk orang-orang yang berada untuk membantu mereka yang susah. Firman Allah,

ءَامِنُواْ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَأَنفِقُواْ مِمَّا جَعَلَكُم مُّسۡتَخۡلَفِينَ فِيهِ‌ۖ فَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَأَنفَقُواْ لَهُمۡ أَجۡرٌ۬ كَبِيرٌ۬

“Berimanlah kepada Allah dan RasulNya, dan belanjakanlah daripada apa yang Ia telah jadikan kamu sebagai pengurus atasnya; maka orang-orang yang beriman diantara kamu, dan membelanjakannya, bagi mereka adalah ganjaran yang besar.” (al-Hadid:7)

Friday, September 19, 2008

Adakah MAGERAN Akan Diisytiharkan?

Ekoran peristiwa 13 Mei 1969, negara telah diisytiharkan darurat selama 21 bulan dan ditadbir dibawah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Peristiwa 13 Mei 1969 tercetus akibat rusuhan kaum yang berpunca dari Pilihanraya Umum yang ketiga. Parti Perikatan yang diwakili oleh UMNO/MCA/MIC buat pertama kalinya mengalami kekalahan teruk dan gagal memperolehi majoriti dua pertiga. Didalam pilihanraya ini parti pemerintah telah memperolehi 95 kerusi daripada 144 kerusi yang ditawarkan iaitu sejumlah 66% kerusi parlimen manakala pembangkang telah memperolehi 49 kerusi iaitu sejumlah 34% kerusi parlimen. Keputusan undi popular menunjukkan Parti Perikatan hanya memperolehi 49.3% undi manakala pembangkang telah memperolehi 50.7% undi. Keputusan undi popular memihak kapada pembangkang namun sistem persempadanan pilihanraya memberi kelebihan kepada Parti Perikatan untuk mendapat lebih kerusi parlimen.

Keputusan Pilihanraya Umum Ketiga (Mei 1969)

Tragedi ini telah menyebabkan kematian dan kemusnahan hartabenda yang besar. Walaupun tidak diketahui jumlah sebenar kehilangan nyawa didalam peristiwa 13 Mei 1969 tetapi ada penyelidikan menyatakan hampir 2,000 orang telah terbunuh. Angka rasmi menyatakan bahawa seramai 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan telah 9,143 ditahan ekoran dari peristiwa tersebut. Tidak dapat dinafikan, sentimen perkauman telah menjadi punca kepada kejadian peristiwa pahit ini didalam sejarah negara. Namun demikian, rusuhan sebenarnya tidak berlaku di seluruh Tanah Melayu dan ia hanya lebih tertumpu di Kuala Lumpur. Tiada sebarang rusuhan dilaporkan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Negeri Sembilan.

Syed Hussein Alatas (kiri) dan Lim Chong Eu (kanan) diangkat ketika meraikan kemenangan Parti Gerakan Rakyat Malaysia yang amat besar dalam pilihan raya umum 1969


Penubuhan Majlis Gerakan Negara

Tragedi 13 Mei 1969 telah melahirkan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang bertujuan untuk menangani permasalahan yang timbul akibat daripada peristiwa tersebut. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri telah mengisytiharkan darurat diseluruh negara dan berikutan itu juga sistem kerajaan berparlimen telah digantung. Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Pengarah MAGERAN dengan ahli-ahlinya terdiri daripada yang berikut:

a. YAB Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein (Pengarah MAGERAN)
b. YAB Tun (Dr.) Ismail bin Dato’ Abdul Rahman(Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri)
c. YB Tun Tan Siew Sin(Menteri Tugas-tugas Khas)
d. YB Tun V.T. Sambanthan (Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom)
e. YB En. Hamzah bin Abu Samah (Menteri Penerangan dan Penyiaran)
f. Ketua Turus Angkatan Tentera – Jeneral Tunku Osman bin Tunku Mohd. Jewa (diganti oleh Jeneral Tan Sri Abu Hamid bin Bidin)
g. Ketua Polis Negara (YB Tan Sri Salleh bin Ismael)
h.YB Tan Sri Abdul Kadir bin Shamsuddin (Ketua Pentadbir Hal Ehwal Awam dan kemudiannya Ketua Setiausaha Kerajaan)
i. YB Tan Sri Muhammad Ghazali bin Shafie (Setiausaha Tetap Kementerian Luar Negeri)

Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berkhidmat sebagai pegawai kerajaan ketika itu telah dilantik sebagai Setiausaha MAGERAN.

Pada dasarnya fungsi MAGERAN ialah untuk mengawal ketenteraman, mempastikan kelicinan pentadbiran negara dan mengawal keadaan harmoni serta saling mempercayai di kalangan rakyat pelbagai kaum. Dua permasalahan utama yang perlu diselesaikan oleh MAGERAN ialah masalah perpaduan kaum dan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Berikutan daripada itu, Majlis Perundingan Negara dan Jabatan Perpaduan Negara telah ditubuhkan pada tahun 1970. Beberapa dasar telah diwujudkan dan berkekalan sehingga ini antaranya adalah Akta Hasutan dan Rukun Negara. Manakala Dasar Ekonomi Baru telah dirangka dan dilancarkan pada Januari 1971 yang bertujuan untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum serta menyusun semula masyarakat.

Pilihanraya Umum ke 12

Untuk buat kali kedua didalam sejarah Malaysia, Barisan Nasional iaitu parti pemerintah hasil pergabungan semula Parti Perikatan dalam tahun 1973 telah hilang majoriti dua pertiga dalam Piliharaya Umum yang ke duabelas. Barisan pembangkang yang digabungi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Rakyat (DAP) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang kemudiannya menamakan diri mereka sebagai Pakatan Rakyat (PR) telah berjaya memperolehi 82 daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan. Malahan enam negeri tediri daripada Kelantan, Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Perak daripada 14 negeri-negeri di Malaysia telah jatuh ketangan PR. Wilayah Persekutuan, walaupun masih terus ditadbir dibawah kerajaan pusat yang diwakili oleh BN tetapi umumnya juga jatuh ke tangan PR kerana hampir semua kerusi parlimen yang dipertandingkan di Wilayah Persekutuan dimenangi oleh calon-calon PR.

Keputusan Pilihanraya Umum Keduabelas (Mac 2008)

Didalam pilihanraya ini, buat julung-julung kalinya, orang-orang bukan Melayu khususnya Cina dan India secara majoritinya menolak Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO. Sentimen perkauman tidak menjadi isu utama didalam pilihanraya ini malahan untuk buat pertama kalinya, orang Cina boleh mengundi PAS dan orang Melayu boleh mengundi DAP.

Ekoran kekalahan teruk, BN walaupun masih boleh mendirikan kerajaan persekutuan, suasana politik Malaysia menjadi tidak stabil. Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim berusaha untuk mempengaruhi ahli-ahli Parlimen BN bersama PR untuk membolehkan untuk buat pertama kalinya didalam sejarah, BN ditumbangkan.


Adakah MAGERAN akan diisytiharkan?

Keadaan mencemaskan UMNO khususnya dan BN amnya telah menimbulkan kegelisahan bahawa kemungkinan pemerintah negara menggunakan MAGERAN sebagai senjata untuk menamatkan ancaman PR untuk mendirikan kerajaan. Suasana 1969 amat berbeza dengan suasana 2008. Isu perkauman jelas menjadi tunggak didalam tragedi 13 Mei 1969 manakala suasana sekarang lebih kepada penolakan rakyat kepada BN diatas kegagalan mereka mentadbir negara dengan baik. Hubungan sesama kaum rakyat Malaysia berada didalam keadaan yang terbaik didalam sejarah negara. Permasalahan ekonomi diantara menjadi isu utama penolakan rakyat kepada BN dan bahang kemelesetan ekonomi ini telah memberi kesan kepada setiap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.


Teresa Kok bersama ibu-bapanya jelas gembira setelah dibebaskan dari tahanan ISA

Barisan kepimpinan BN telah berusaha untuk meredakan kemaraan PR dengan membuat penahanan dibawah ISA untuk blogger Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang banyak memberi laporan yang tidak disenangi pemerintah dan Teresa Kok ahli DUN DAP serta seorang wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng. Malangnya tindakan tersebut telah menjadi “backfire” kepada BN dan akhirnya terpaksa akur untuk membebaskan Tan Hoon Cheng hanya setelah 18 jam beliau ditahan dan kemudian diikuti oleh pembebasan Teresa Kok setelah hanya beberapa hari beliau ditangkap.


Siri-siri ucapan Dato’ Seri Abdullah Badawi dan Menteri Dalam Negerinya Syed Hamid Albar dikebelakangi ini telah menyatakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai ancaman kepada kestabilan negara khususnya keamanan dan ekonomi. Mungkinkah, beliau akan ditahan dibawah ISA? Andaikata beliau ditahan dibawah ISA, adakah tindakan tersebut akan menghentikan usaha PR untuk mendirikan kerajaan?

Mungkinkah kerajaan dibawah pimpinan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menggunakan undang-undang darurat untuk memastikan mereka terus berkuasa? Sebarang usaha untuk bertindak demikian akan menyebabkan kemarahan majoriti rakyat kerana ia akan menambahburukkan keadaan ekonomi yang sememangnya semakin parah.

Pemimpin-pemimpin BN sewajarnya akur kepada angin perubahan. Mereka sepatutnya bersedia untuk menghadapi kekalahan setelah 50 tahun mereka diberi kuasa oleh rakyat untuk memerintah negara. Sebarang tindakan menakut-nakutkan rakyat tidak akan memberi impak yang baik di era zaman teknologi maklumat ketika ini. Mereka wajar bersedia untuk menjadi barisan pembangkang dan negara memerlukan barisan pembangkang yang kuat untuk memastikan ada “check and balance” didalam kerajaan baru Pakatan Rakyat.

Keangkuhan dan keegoaan pimpinan BN jika ingin terus berkuasa tanpa mengira apa cara sekali apapun akan hanya mempercepatkan proses kemusnahan dan akhirnya kehancuran mereka didalam dunia politik negara. Mereka perlu memilih samada masih ingin terus wujud tetapi berperanan sebagai pembangkang atau hilang terus didalam arena politik negara. Rakyat Malaysia sudah boleh menerima sistem dua parti yang mempunyai kekuatan yang hampir sama yang akan memecut ekonomi negara.

Etika kepartian didalam berpolitik sewajarnya perlu lebih matang. Kalah dan menang sudah menjadi resam didalam pertandingan. Kemenangan didalam politik tidak menjamin kepada kejayaan. Kejayaan sejati didalam politik adalah apabila kesejahteraan rakyat diperjuangkan tanpa mengira perbezaan kefahaman politik apatah lagi perbezaan bangsa dan agama. Tindakan-tindakan untuk membunuh parti lawan dengan apa cara sekalipun tidak lagi bersesuaian digunakan khususnya diera globalisasi yang memerlukan setiap rakyat Malaysia bersatu untuk mecapai kejayaan bersama.

Monday, September 15, 2008

Diantara Ruslan, Nalla dan Ezam

Ruslan Kasim, Dato’ K.S. Nallakarupan dan Ezam Mohd Nor adalah tiga nama yang sinonim dan sukar untuk dipisahkan dengan perjuangan reformasi Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Ruslan Kasim adalah Ketua Penerangan manakala Ezam Mohd Nor adalah Ketua Pemuda semasa Parti Keadilan Nasional dilahirkan pada 4 April 1999. Nallakarupan adalah rakan sepermainan tenis Anwar semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan berada bersama-sama Anwar sebagai rakan didalam tahanan didalam era awal reformasi.

Ruslan juga adalah orang yang pertama yang menjejaki Anwar ke penjara setelah era reformasi 1998 bermula manakala Nalla telah mempertahankan Anwar walaupun dirinya terancam dengan pelbagai dakwaan jika tidak mahu akur dengan kehendak pemerintah. Malahan terbukti Nalla jauh lebih cekal berbanding dengan adik angkat Anwar sendiri Sukma Dermawan dan rakannya Dr. Munawar Anees yang akhirnya akur apabila dipaksa secara tidak rela untuk menyatakan bahawa mereka telah diliwat oleh Anwar Ibrahim. Ezam pula adalah anak didik Anwar semenjak beliau bertugas di Institut Kajian Dasar dan akhirnya menjadi salah seorang setiausaha beliau semasa berada didalam kerajaan.


Ketiga-tiga mereka telah beralih kem diatas sebab-sebab tertentu dan ketika ini berusaha berjuang bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan karier politik Anwar Ibrahim walaupun satu masa dahulu mereka adalah diantara orang-orang yang memuja-muja nama Anwar Ibrahim. Lebih unik, mereka meninggalkan karier politik mereka bersama Anwar Ibrahim dengan pekikan bahawa mereka menolak perjuangan yang dibawa oleh Anwar. Mereka mengadakan sidang akhbar untuk menghebahkan kepada seluruh dunia bahawa perjuangan Anwar adalah salah dan menyatakan kini mereka bersekongkol dengan BN yang pada satu masa dahulu mereka kritik dengan pidato-pidato pedas mereka. Walaupun demikian, bukan merupakan satu perkara yang mustahil untuk ketiga-tiga mereka ini untuk menjadi orang pertama bertemu Anwar untuk berubah kem semula sebaik sahaja Anwar dinobatkan menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Didalam politik, ironinya, prinsip dasar seseorang individu boleh berubah. Ruslan lebih kepada faktor ekonomi yang memaksa beliau untuk mengkritik bekas bosnya. Ruslan sebenarnya adalah dari segelintir kecil dikalangan pendokong-pendokong Anwar yang mendapat habuan bulanan semasa beliau bersama perjuangan Anwar. Namun, bagi Ruslan, habuan tersebut tidak mencukupi dan beliau memerlukan peruntukan kewangan yang lebih besar maka beliau terpaksa beralih kepada BN sebagai parti pemerintah yang mampu untuk memberi keselesaan kepada kehidupannya. Kehidupan sebagai pembangkang memang amat sukar kerana ketiadaan pendapatan yang tetap. Nalla menolak Anwar kerana tidak mendapat kedudukan dan terpaksa akur kepada Anwar untuk menyerahkan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menjadi calon PKR semasa Pilihanraya Kecil Ijok. Pertelingkahan Ezam dan Azmin Ali menjadi penyebab utama Ezam menentang Anwar apabila beliau melihat Anwar tidak menyebelahinya.

Untuk memastikan senario politik negara bertambah baik setelah berlaku perubahan kuasa kepada Pakatan Rakyat, kita tidak mampu untuk mengizinkan mana-mana ahli-ahli politik yang “sealiran” dengan Ruslan Kasim, Dato’ K.S. Nallakarupan mahupun Ezam Mohd Nor untuk memegang tampuk kuasa. Perjuangan perlu didasarkan diatas prinsip dan perselisihan perlu dihormati dan sebarang perbezaan pendapat tidak memerlukan penggadaian kepada prinsip perjuangan.


Pemerintahan ala Umar Ibn Abdul Aziz

Era politik Malaysia Baru memerlukan barisan pimpinan bercirikan kepimpinan Khalifah Umar Ibn Abdul Aziz sebagaimana yang telah diwawarkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang – Lim Guan Eng. Umar Ibn Abdul Aziz telah menyampaikan didalam khutbah umum pada hari kedua beliau menjadi khalifah dimana dihujung khutbahnya, beliau berkata “Wahai manusia, tiada nabi selepas Muhammad saw dan tiada kitab selepas al-Quran, aku bukan penentu hukum malah aku pelaksana hukum Allah, aku bukan ahli bid’ah malah aku seorang yang mengikut sunnah, aku bukan orang yang paling baik dikalangan kamu sedangkan aku cuma orang yang paling berat tanggungannya dikalangan kamu, aku mengucapkan ucapan ini sedangkan aku tahu aku adalah orang yang paling banyak dosa disisi Allah”. Beliau kemudian duduk dan menangis lantas berkata "Alangkah besarnya ujian Allah kepada aku" ujar Umar Ibn Abdul Aziz.

Beliau pulang ke rumah dan menangis sehingga ditegur isteri “Apa yang Amirul Mukminin tangiskan?” Beliau mejawab “Wahai isteriku, aku telah diuji oleh Allah dengan jawatan ini dan aku sedang teringat kepada orang-orang yang miskin, ibu-ibu yang janda, anaknya ramai, rezekinya sedikit, aku teringat orang-orang dalam tawanan, para fuqara’ kaum muslimin. Aku tahu mereka semua ini akan mendakwaku di akhirat kelak dan aku bimbang aku tidak dapat jawab hujah-hujah mereka sebagai khalifah kerana aku tahu, yang menjadi pembela di pihak mereka adalah Rasulullah saw’’ Isterinya juga turut mengalir air mata.

Umar Ibn Abdul Aziz mula memeritah pada usia 36 tahun sepanjang tempoh hanya 2 tahun 5 bulan 5 hari. Walaupun pemerintahan baginda singkat tetapi ia sangat menakjubkan. Pada waktu inilah dikatakan tiada siapa pun umat Islam yang layak menerima zakat sehingga harta zakat yang menggunung itu terpaksa diiklankan kepada sesiapa yang tiada pembiayaan untuk bernikah dan juga hal-hal lain.

Persoalannya, mampukah barisan kepimpinan baru PR memberi keutamaan kepada rakyat tanpa memberi sebarang kepentingan kepada hal peribadi atau keluarga terdekat atau rakan-rakan mereka sahaja. Mampukah mereka mencontohi kepimpinan Umar Ibn Abdul Aziz?

Orang-orang seperti Ruslan, Nalla dan Ezam masih ramai berada disekeliling Anwar Ibrahim yang sekarang menjadi jaguh untuk memperjuangkan prinsip Malaysia Baru. Walaubagaimanapun, setiap insan mampu berubah jika ada kesungguhan untuk membuat perubahan berdasarkan keinsafan bahawa kita adalah makhluk Tuhan dan kehidupan didunia ini hanyalah sementara dan kehidupan diakhirat adalah yang kekal abadi. Walaupun begitu, sudah pasti masih ada puak-puak opportunis berkeliaran dan sememangnya agak sukar untuk Anwar menapis orang-orang seperti ini kerana kononnya didalam politik, kesemua orang adalah penting dan perlu dibawa bersama didalam satu kapal. Walaubagaimanapun, Anwar perlu bertindak bijak kerana kegagalannya mengambil tindakan yang tepat akan memusnahkan impian untuk menjelmakan Malaysia Baru.

Pembinaan “Human Capital

Untuk memastikan kesucian perjuangan Malaysia Baru terlaksana, “human capital” yang berlatarkan kepimpinan yang adil, ikhlas, bersih, amanah dan sejajar dengan kepimpinan Umar Ibn Abdul Aziz perlu dilahirkan. Usaha perlu dibuat untuk memastikan semua polisi-polisi dirangka menuju kearah itu dan kesemua bakal kepimpinan negara perlu dilatih dan dididik. Mekanisma latihan kepimpinan perlu dirangka.

Government Governance” didalam rangka usaha untuk mengwujudkan “Corporate Governance” didalam sektor awam perlu dilaksana. Sektor awam perlu diurus dengan penuh tanggungjawab dan ketelusan disamping adanya “check and balance” untuk memastikan negara dibangunkan menurut landasan yang betul. Pengurusan (management), penyeliaan (supervision) dan pengawalan pentadbiran (control) negara perlu terarah kepada tanggungjawab kepada rakyat (accountability). Pemimpin lahir untuk memastikan kesejahteraan rakyat maka justeru itu “Government Governance” terarah untuk melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.
Pemilihan kepimpinan atau latihan kepimpinan perlu disasarkan untuk melahirkan pemimpin yang bertanggungjawab serta mempunyai kebolehan (skill) didalam bidang pentadbiran yang diamanahkan. Malahan kewujudan parti pembangkang yang kuat adalah satu keadaan yang sehat kerana ia akan menjadi “check and balance” kepada pentadbiran negara. Disamping itu perlu dipastikan wujudnya secara bebas dan berasingan badan kehakiman (judiciary), pembuat dasar undang-undang yang terdiri dari ahli-ahli politik (legislative) dan pentadbir yang terdiri menteri-menteri dan keseluruhan kakitangan awam (executive) untuk memastikan ketelusan pentadbiran negara.

Mekanisma latihan perlu dirangka untuk memastikan kesemua pehak terlibat yang bertanggungjawab untuk legislative, executive dan judiciary benar-benar terarah kepada “Government Governance” untuk memastikan kesejahteraan rakyat tercapai.“Government Governance” akan mengarah kepada Malaysia yang berjaya dan mampu bersaing diperingkat global disamping melonjakkan budaya sosial mulia didalam melahirkan negara yang aman, damai dan harmoni.

Kesimpulannya, kesepakatan dan kesatuan yang terarah disamping komitmen dan kecekapan usaha akan pasti melonjakkan Malaysia sebagai negara yang mampan ekonominya, utuh kerohanian dan nilai budi rakyatnya, mulia sosio-budayanya, pesat pembangunan intelek serta perkembangan sains dan teknologinya dibawah kepimpinan baru Malaysia Baru. Ianya boleh dicapai didalam masa yang singkat jika kesemua pehak berusaha bersama kearahnya.