Thursday, August 16, 2012

Masih Ramai Hidup Susah Di Malaysia

Kita sukar mempercayai tetapi pada hakikatnya masih ramai dari masyarakat di negara ini berada dalam keadaan kehidupan yang sukar. Di antara dua penyumbang utama kepada kesusahan rakyat adalah peningkatan kos sara hidup dan pendapatan yang tidak setara.


Parti Keadilan Rakyat Cabang Seremban telah mengambil inisiatif membantu golongan yang tidak bermampuan ini walaupun dalam keterbatasan sumber. Namun segala bantuan dan sumbangan secara terus yang dilakukan sekarang ini kepada golongan miskin ini adalah langkah sementara kerana dasar Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat adalah untuk membasmi kemiskinan secara menyeluruh.

Langkah jangka masa pendek adalah memberi ruang dan panduan kepada rakyat kepada untuk menggerakkan ekonomi dengan memastikan mereka mendapat peluang di dalam pembangunan ekonomi tanpa hanya dibolot oleh individu-individu tertentu sahaja. Segala bentuk ketirisan, rasuah dan salah guna kuasa yang berleluasa sekarang ini menyempitkan peluang ekonomi rakyat dan PR akan memastikan permasalahan ini dihapuskan.

Langkah jangka masa panjang adalah untuk memastikan pendidikan yang berkualiti untuk rakyat untuk memastikan rakyat negara ini mampu bersaing di dunia global.