Thursday, August 30, 2012

Khutbah Jumaat tidak sewajarnya menjadi kempen propaganda UMNO/BN

1. Khutbah Jumaat tidak sewajarnya menjadi kempen propaganda UMNO/BN.

2. Jakim tidak wajar untuk menjadi alat untuk UMNO/BN dengan menyediakan khutbah yang bermotifkan kepentingan politik UMNO/BN.

3. Khatib yang membaca khutbah sepatutnya adalah ilmuan Islam dan tidak wajar menjadi “burung kakaktua” yang hanya membaca khutbah yang disediakan tanpa meneliti terlebih dahulu samada kandungan khutbah tersebut benar atau tidak.

4. Khutbah Jumaat hari ini menyatakan: “bahawa maqasid al- Syariah menjadi asas utama pemerintah di dalam melaksanakan sesuatu perkara”; persoalannya adakah ini benar dilakukan di negara ini?

5. Mimbar Jumaat hari ini juga menyeru rakyat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak pemerintah. Jika pemerintah salahguna kuasa dan rasuah, apakah rakyat perlu mempertahankan pemerintah yang sedia ada?

6. Wallahualam.

Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Dzahir & Bathin
                                                         

Jelajah Ukhwah Sinar Ramadhan 1433 H

Alhamdulillah, tepat jam 2345, malam ke 27 Ramadhan 1433 H, Program Jelajah Ukhwah Sinar Ramadhan yang dianjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat Cabang Seremban di DUN Ampangan telah berakhir dengan jayanya.

Program ini membabitkan pemberian sumbangan kepada seramai 136 keluarga miskin dengan pemberian wang tunai dan barang harian keperluan dapur. Seramai 99 kanak-kanak daripada keluarga miskin juga telah menerima sumbangan sepasang pakaian hari raya pada 11 Ogos yang lepas. Sebuah rumah yang bertahun bocor telah diperbaiki atapnya. Ini merupakan rekod baru petugas Parti Keadilan Rakyat Seremban yang melakukannya secara bergotong-royong untuk pertama kalinya dalam bulan Ramadhan. Sebuah rumah keluarga ibu tunggal dengan enam anak yang dipotong bekalan elektrik hanya sekitar 2 minggu sebelum Aidilfitri telah disambung semula bekalannya. Kegembiraan keluarga ini yang juga membabitkan seorang anak OKU jelas terpancar di airmuka mereka apabila petugas kami melawati mereka sebentar tadi. Seorang ibu OKU juga telah menerima sebuah kerusi roda baru.

Saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua petugas parti yang melakukan tugasan ini secara sukarela tanpa sebarang imbuhan walaupun sesen demi perjuangan untuk membela hidup rakyat. Mereka bertungkus lumus meluangkan masa dan mengorbankan tenaga di dalam cabaran di siang hari semasa berpuasa dan meninggalkan keluarga di malam hari selepas solat tarawih menjelajah seluruh pelosok DUN Ampangan menghulurkan bantuan kepada keluarga yang memerlukannya. Semoga Allah membalas jasa mereka dan merahmati perjuangan mereka. Ameen…

Masih Ramai Hidup Susah Di Malaysia

Kita sukar mempercayai tetapi pada hakikatnya masih ramai dari masyarakat di negara ini berada dalam keadaan kehidupan yang sukar. Di antara dua penyumbang utama kepada kesusahan rakyat adalah peningkatan kos sara hidup dan pendapatan yang tidak setara.


Parti Keadilan Rakyat Cabang Seremban telah mengambil inisiatif membantu golongan yang tidak bermampuan ini walaupun dalam keterbatasan sumber. Namun segala bantuan dan sumbangan secara terus yang dilakukan sekarang ini kepada golongan miskin ini adalah langkah sementara kerana dasar Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat adalah untuk membasmi kemiskinan secara menyeluruh.

Langkah jangka masa pendek adalah memberi ruang dan panduan kepada rakyat kepada untuk menggerakkan ekonomi dengan memastikan mereka mendapat peluang di dalam pembangunan ekonomi tanpa hanya dibolot oleh individu-individu tertentu sahaja. Segala bentuk ketirisan, rasuah dan salah guna kuasa yang berleluasa sekarang ini menyempitkan peluang ekonomi rakyat dan PR akan memastikan permasalahan ini dihapuskan.

Langkah jangka masa panjang adalah untuk memastikan pendidikan yang berkualiti untuk rakyat untuk memastikan rakyat negara ini mampu bersaing di dunia global.

Wednesday, August 15, 2012

Membeli-belah bersama PKR


Kanak-kanak miskin gembira dapat baju raya sempena Aidilfitri
AMPANGAN-Aidilfitri kali ini tentunya memberi seribu makna buat 105 kanak-kanak miskin sekitar Dewan Undangan Negeri (Dun) Ampangan apabila mereka menerima sumbangan baju raya percuma daripada jawatankuasa Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Seremban, petang semalam.
   Pengarah Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dun Ampangan, Nor Haizily Jalaluddin berkata, kesemua mereka di bawa membeli belah di salah sebuah kedai pakaian dan tahun ini merupakan tahun pertama pihaknya menaja baju raya buat kanak-kanak berkenaan.
   “Kesemua kanak-kanak miskin ini dikenal pasti semasa kita melawat rumah penerima sumbangan dalam program Ukhuwah Sinar Ramadan yang diadakan sebelum ini.
   “Dari situ kita mengatur sesi membeli belah dan memperuntukkan sebanyak RM200 seorang untuk membeli baju raya,” katanya kepada Sinar Harian sejurus selesai membeli pakaian raya kanak-kanak miskin, di sini, semalam.
   Hadir sama, Timbalan Ketua Cabang PKR Seremban, Dr Mohamad Rafie Ab Malek yang juga Ahli Majlis Pimpinan PKR Pusat.
   Sementara itu, ibu kepada tujuh anak, Roslina Jamaluddin, 45, melahirkan rasa syukur apabila dua daripada tujuh anaknya iaitu Siti Nor Aishah Mazlan, 9, dan Siti Nor Athirah Mazlan, 5, menerima sumbangan berkenaan.
   “Saya tidak bekerja dan bergantung dengan pendapatan suami, Mazlan Wahab, 54, sebanyak RM1,000 sebulan sebagai pemandu bas.
   “Saya amat bersyukur menerima sumbangan ini walaupun anak-anak saya tidak meminta baju raya,”katanya.
   Sementara itu, Nor Azlina Mohamad, 37, turut melahirkan rasa gembira apabila tiga anaknya menerima baju raya percuma.
   “Anak saya menerima sepasang baju raya seorang. Tahun ini mereka hanya ada sepasang sahaja baju raya, itu pun disebabkan pemberian percuma ini,” katanya.
   Difahamkan, Nor Azlina yang bekerja sebagai tukang bersih rumah berkata, pendapatannya tidak menentu dan bergantung kepada upah yang diterima.
   Hasil perkahwinannya, Nor Azlina dan suaminya Mohd Rizal Harun, 37 dikurniakan tiga anak berusia 2 hingga 17 tahun.
Sinar Harian 12 Ogos 2012