Sunday, December 2, 2012

Anak Kecil Main Api


 
Pemimpin UMNO mencanangkan bahawa mereka adalah pejuang bangsa Melayu dan pendiri agama Islam di Negara Malaysia yang tercinta ini. Mereka gegarkan ucapan mereka dengan gempak-gempita bahawa Melayu dan Islam akan kecundang apabila UMNO/BN tewas di dalam PRU ke 13 ini. Lagu “Anak kecil Main Api” dimainkan untuk meniup semangat orang-orang Melayu bahawa untuk meneruskan perjuangan Melayu/Islam maka UMNO/BN mesti dipertahankan. Hakikatnya kegagalan Melayu adalah kerana kedurjanaan dan kecurangan pemimpin UMNO setelah diberi peluang 55 tahun memerintah Tanah Melayu.

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang


Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cinta lenyap di arus zaman


Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintis sendiri


Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang


Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri


Kita sudah tiada masa
Majulah dengan Maha Perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara


Setiap orang Melayu termasuk ahli-ahli UMNO wajar menggunakan akal kurniaan Allah s.w.t. untuk menilai beberapa persoalan berikut:
 
1. Bukankan selama 55 tahun kuasa telah diberi kepada pemimpin UMNO? Mengapa mereka gagal mengangkat martabat Melayu dan Islam di Negara ini? Orang Melayu jauh tertinggal di dalam bidang ekonomi dan pendidikan setelah 55 tahun merdeka. Kekayaan dimonopoli oleh kaum kerabat pimpinan UMNO dan segelintir orang-orang bukan Melayu yang menjadi teman dan kroni mereka.
 
2. Lihat dan nilai gaya hidup majoriti pemimpin UMNO. Rata-rata corak kehidupan mereka bertentangan dengan nilai etika Melayu dan Islam. Malahan ramai pemimpin UMNO gagal mendidik anak-anak mereka yang telah menjadi samseng di dalam negara dan berpoya-poya kehidupan mereka secara mewah dan gaya hidup sosial budaya negatif Barat menjadi budaya mereka.
 
3. Jika pemimpin Melayu UMNO kecundang di dalam PRU 13, adakah ganti mereka orang-orang Cina khususnya dari DAP yang akan mengantikan mereka? Secara jelas, ganti kepada pemimpin UMNO adalah juga orang Melayu malah identiti mereka yang terdiri dari pimpinan Parti Keadilan Rakyat dan PAS lebih mantap moral dan akhlak mereka dari nilai keIslaman dan keMelayuan yang bakal memercu orang Melayu dan rakyat Malaysia kepersada kejayaan. Bakal tertewas adalah pemimpin Melayu yang curang dan diganti oleh pemimpin Melayu yang lebih berwibawa.
 
4. Mengapa pemimpin UMNO menolak rancangan pembangunan untuk merakyatkan ekonomi Pakatan Rakyat sebagai kononnya usaha yang boleh membangkrapkan Negara? Dasar utama PR adalah kepimpinan “bebas rasuah” dan “tiada salah guna kuasa” yang selama ini aktiviti mengaut kekayaan negara untuk kepentingan sendiri yang menjadi “darah dan daging” dalam politik UMNO yang menyebabkan ribuan ribu juta ringgit hasil negara tiris. Justeru wang yang sebelum ini tiris semasa UMNO/BN memerintah akan digunakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat untuk kesejahteraan rakyat.
 
5. Pendekatan pemimpin UMNO/BN dengan pemberian BRIM dan lain-lain lebih merupakan bentuk “gula-gula rasuah” yang tidak membantu untuk menyelesaikan masalah kesempitan hidup rakyat secara berpanjangan. Ini berbeza dengan perancangan Pakatan Rakyat untuk mengurangkan beban hidup rakyat secara berpanjangan – dasar menurunkan harga minyak, memberi pendidikan percuma dengan menghapuskan PTPTN, menghapuskan tol, menurunkan harga kereta dengan menghapuskan duti eksais yang sekarang bernilai 85% dari harga kesemua kereta secara berperingkat, gaji minima RM1,100 dan pelbagai lagi yang mempunyai nilai tambah jauh lebih besar dari nilai RM500 BRIM yang diberi oleh kerajaan UMNO/BN.
 
DEMI RAKYAT, UNDILAH PAKATAN RAKYAT DI DALAM PILIHANRAYA UMUM KE 13

SETIAP SATU UNDI KEPADA UMNO/BN AKAN MEMBAWA KEPADA MALAPETAKA KEPADA MASA DEPAN MELAYU DAN ISLAM