Sunday, December 12, 2010

Nilai Felda RM4.3 Bilion : Najib


Najib Razak ketika merasmikan Majlis Penutup Karnival Ikatan Hati Warga Felda 2010 pada 12 Disember 2010 di Putrajaya dengan bongkaknya menyatakan bahawa pihak yang mendakwa Felda bankrap adalah pengkhianat bangsa. Beliau menambah “Dua tiga hari lepas, saya bermesyuarat dengan pengurusan Felda, saya tengok akaun Felda. Kalau semua saham milik Felda yang tersenarai dalam Bursa Malaysia hari ini, kita cairkan, keuntungan atau pendapatan yang boleh Felda peroleh adalah sebanyak RM4.3 bilion”.

Felda mempunyai perladangan terbesar di dunia dengan keluasan sebanyak 811,140 hektar atau 2,004,400 ekar tanah.

Perkiraan mudah untuk menilai nilaian semasa bagi setiap ekar tanah Felda adalah untuk membahagi nilai RM4.3 bilion yang dinyatakan Najib dengan jumlah 2,004,400 ekar yang membawa kepada nilai RM2,145 bagi setiap satu ekar tanah Felda.

Persoalannya mengapa setiap satu ekar tanah Felda hanya membawa nilaian sebanyak RM2,145 sahaja? Setiap peneroka Felda sudah pasti tidak merasa selesa dengan jumlah yang begitu kecil bagi setiap ekar tanah mereka. Justeru nilaian rendah ini membawa kesimpulan bahawa Najib mengesahkan Felda sememangnya bernilai terlampau rendah dari nilai yang sepatutnya dan tidak sepadan sebagai syarikat perladangan terbesar dunia.

Najib wajar sedar bahawa isu sebenar Felda adalah manipulasi pengurusan yang menyebabkan peneroka-peneroka Felda ditipu kerana mereka sepatutnya memperolehi keuntungan yang lebih besar. Kemerosotan pendapatan Felda adalah kerana salah guna kuasa pentadbiran yang dipimpin oleh Barisan Nasional.

Wednesday, February 3, 2010

UMNO dan BN: Pasti Kecundang

Meneliti suasana politik terkini, gambaran menunjukkan seolah-olah parti pembangkang berada didalam suasana yang cukup genting dan kritikal. Beberapa kekecohan timbul dikalangan pimpinan Pakatan Rakyat khususnya didalam PKR. Didalam masa yang sama, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim diheret ke mahkamah didalam satu lagi episod sejarah yang amat memalukan negara. Namun didalam apa keadaan sekalipun percubaan UMNO dan BN untuk cuba bangkit semula didalam pertarungan politik tanahair, pada hakikatnya nasib mereka sudah berakhir.

Usaha untuk membunuh karier politik Anwar Ibrahim tidak akan berhasil. Walau apa sekalipun keputusan mahkamah, rakyat umumnya sudah jemu dan jelek dengan segala usaha pihak tertentu yang berkuasa didalam negara ini menggunakan isu lucah seks didalam mematikan lawan politik mereka. Semakin ghairah mereka merancang maka semakin sumbang langkah mereka.

Lebih mengaibkan, perancang-perancang yang merekacipta satu episod sejarah palsu negara ini majoritinya adalah orang-orang Islam. Mereka lupa ada dunia selepas ini dan perbuatan mereka akan dinilai oleh Yang Maha Berkuasa. Didalam penghakiman Islam adalah lebih baik seseorang yang dituduh terlepas dari hukuman didunia jika tiada bukti-bukti yang sahih kerana hukuman Allah di hari kemudian adalah lebih berat. Islam amat mudah dan manusia tidak perlu bersusah payah untuk menghukum seseorang yang dituduh jika tiada bukti yang kukuh.

Malangnya, didalam kes Anwar Ibrahim, bukti jelas tiada tetapi cuba diada-adakan. Pendakwa menyatakan ada bukti DNA didalam dubur Saiful tetapi penangkapan Anwar ala gangster pada 16 Julai 2008 diperagui tujuannya melainkan untuk mendapatkan DNA Anwar. Terlalu banyak kelemahan pihak pendakwaan yang menyebabkan kesemua manusia yang berakal amat meluat melihat drama tuduhan sodomi kedua terhadap Anwar Ibrahim kecuali pengampu-pengampu UMNO dan BN serta orang-orang yang tidak cerdik akal.

Kekecohan dan pertelingkahan didalam PKR dan PR adalah perkara biasa didalam proses kematangan didalam organisasi. Adalah sesuatu yang mustahil untuk mencapai kejayaan, segalanya akan berjalan lancar tanpa sebarang permasalahan. Namun, kepimpinan PR dan PKR harus bertindak matang didalam mengharungi segala permasalah yang dihadapi. Sewajarnya, setiap isu yang berbangkit perlu ditangani secara bijaksana dan bukan secara emosi.

Didalam proses kematangan ini, setiap kepimpinan PR dan PKR disemua peringkat perlu bersedia untuk berubah kepada kebaikan. Sikap angkuh bahawa kita yang terbaik dan tidak mahu memperbaiki diri akan merosakkan prinsip perjuangan. Justeru, didalam mengharungi sebarang badai, PKR dan PR wajar bersedia untuk mengorbankan mana-mana individu yang tidak mahu berubah kepada kebaikan. Walaupun demikian, ini bukan bermakna bahawa individu-individu didalam kelompok kecil ini pasti bersalah kerana ada kemungkinan kesilapan juga berlaku dikalangan pimpinan tertinggi organisasi. Justeru, apabila berlaku perbalahan, kesemua pihak wajar membuat muhasabah untuk menilai diri sendiri dahulu dan kemudian dengan hati yang terbuka berusaha untuk menyelesaikan masalah.

Yang pasti, walau apa sekalipun keadaan kepincangan didalam PR dan PKR, keadaan didalam UMNO dan BN adalah lebih kronik dan parah. Namun, ini bukan bermakna rakyat tidak peka apa yang berlaku dan terus menyokong PR dan PKR selamanya. Tetapi masih ada masa untuk PKR dan PR membaikpulih keadaan secara terbaik masih ada. Justeru, segala usaha proaktif perlu diambil segera untuk memperbetulkan keadaan.