Rakyat berhak
memperolehi lebih dari RM500 setahun
Di dalam kegairahan
pemimpin-pemimpin Umno/BN menyerahkan BR1M 2 yang bernilai RM500 ketika ini,
rakyat tidak sewajarnya melupakan bahawa kroni Umno, Tan Sri Tajudin Ramli
dapat RM589 juta sedangkan rakyat berpendapatan rendah sekadar hanya mendapat
RM1,000 setelah dicampur BR1M 1 dan BR1M 2 semenjak 55 tahun Umno/BN memerintah
negara. Pada Februari 2012, pengurusan Danaharta Nasional Bhd telah
melupuskan hutang Tajudin sebanyak RM589 juta sebagai sebahagian daripada
penyelesaian luar mahkamah yang dicapai dengan beberapa syarikat-syarikat
berkaitan kerajaan (GLC).
Hutang kroni jutaan ringgit boleh
dilupus, tetapi PTPTN untuk pelajar tidak boleh dilupus
Dengan segala riuh rendah yang tidak
terkawal, rakyat berpendapatan rendah digula-gulakan dengan hanya RM500 untuk
buat kali kedua tetapi rakyat tidak lupa bahawa hartawan Tajudin Ramli telah
memperolehi sebesar RM589 juta diberikan percuma kepadanya oleh pentadbiran
Umno/BN. Malahan sehingga hari ini hutang RM250 juta yang diberi kepada
keluarga keluarga Ketua Wanita Umno Malaysia masih juga belum berbayar. Kesemua
wang ini adalah wang yang diperolehi dari titik peluh rakyat dan bukannya wang
hak milik Umno/BN.
Hingga kini RM250 juta yang diserah
kepada NFC masih tidak diserah semula kepada negara
Jelas kerajaan pimpinan Umno/BN hanya
mengutamakan kroni-kroni mereka sedangkan nilai RM500 yang diberi amat kecil
untuk menampung kesukaran rakyat dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup
yang amat tinggi ketika ini. Kos nilai wang ketara amat merosot hari demi hari
dan dari tahun ke setahun yang lain. Peningkatan pendapatan rakyat amat kecil
berbanding dengan peningkatan harga kos barangan.
Nilai harga wang semakin menurun dari
tahun ke setahun
Malangnya, pentadbiran Umno/BN gagal
melihat permasalahan rakyat dan dalam masa yang sama dana negara secara
sewenang-wenangnya dibazirkan untuk kroni-kroni mereka. Pelbagai skandal yang
melibatkan ribuan juta ringgit berlaku di bawah pentadbiran mereka seperti
skandal Port Klang Free Zone (PKFZ) yang bernilai lebih dari RM12 bilion,
skandal tukaran wang asing (Bank Negara Forex Scandal) yang mengakibatkan
kehilangan RM30 bilion dan pelbagai skandal lain seperti Scorpene, Perwaja, dan
lain-lain yang bernilai ribuan juta ringgit.
Salahguna
kuasa amat berleluasa di bawah pentadbiran Barisan Nasional
Skandal
tukaran wang asing dianggarkan bernilai RM30 bilion
Pemberian
RM500 kepada rakyat amat kecil berbanding dengan pembaziran yang dilakukan oleh
pimpinan Umno/BN yang telah memberi puluhan atau ratusan atau ribuan juta
ringgit kepada individu-individu terpilih dikalangan mereka. Kekayaaan negara
gagal diagihkan secara tidak adil dan secara tidak saksama oleh
pemimpin-pemimpin yang korup di negara ini yang sekarang bersungguh-sungguh
untuk memastikan kemenangan mereka di dalam PRU ke 13 yang akan datang ini.
Media-media perdana Umno/BN samada media cetak mahupun elektronik
memperbesar-besarkan berita kononnya pimpinan Umno/BN cukup berjasa kepada
rakyat dengan menyumbang RM500 yang sedang giat dilakukan mereka sekarang ini.
Malahan pimpinan politik ini mengambil kesempatan untuk mengadakan
ceramah-ceramah kepada orang ramai sebelum RM500 di dalam BR1M 2.0 ini
diserahkan kepada orang ramai. Hakikatnya rakyat berhak mendapat lebih dari
RM500 setahun dan pimpinan Umno/BN gagal menyalurkan nilai sebenar hak rakyat
dalam pengagihan harta kekayaan negara.