Thursday, March 28, 2013

RM 210 BILION!!! Hutang kroni dan keluarga pemimpin BN, tak mampu bayar tabungan rakyat jadi sandaran

     Kroni dan keluarga pemimpin Umno BN paling banyak berhutang iaitu RM210.5 bilion (b) atau 19.5 peratus dari jumlah keseluruhan pinjaman dalam sistem perbankan negara.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, 12 peminjam terbesar perbankan negara, tidak termasuk Petronas antaranya,  UEM Khazanah (RM23b), Tenaga Khazanah (RM19b), Axiata Khazanah (RM12b), Plus Khazanah (RM12b) dan IHH Healthcare Khazanah (RM13b).
     "Manakala enam kumpulan bukan GLC (agensi kerajaan) iaitu YTL – Tan Sri Francis Yeoh, Syed Mokhtar, Ananda Krishnan, mendiang Lim Goh Tong, Vincent Tan dan William Cheng terdedah kepada pinjaman berjumlah RM134.84 bilion dan membentuk 10 peratus daripada keseluruhan jumlah pinjaman dalam sistem tersebut,” katanya.“Bukankah Bank Negara punyai garis panduan menghadkan pinjaman kepada sesebuah syarikat atau individu?
     Apakah jumlah pinjaman ini mengikut garis panduan yang dibenar Bank Negara?” soal Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam teks perbahasan beliau hari ini.Menurut laporan Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan dan Aktuari Kementerian Kewangan merekodkan pinjaman YTL sebanyak (RM53b), Kumpulan Syed Mokhtar (RM34b), Kumpulan TS Ananda Krishnan (RM18b), Genting (RM16b), Berjaya (RM8b) dan Lion Group (RM3.8b).
 
     Tegas Anwar, negara tidak boleh membiar rakyat menanggung risiko ketika krisis ekonomi dan kewangan, sedangkan peminjam-peminjam terus menikmati kemewahan.“Sistem perbankan sudah banyak kali runtuh dan terpaksa diselamatkan kerajaan. Kita pernah mengalami ‘Skandal BMF’ yang membankrapkan Bank Bumiputra.“Kumpulan Carian dipunyai George Tan diberi pinjaman mencurigakan sebanyak RM2.5 bilion dan sistem kewangan runtuh pada 1998-99. Bank-bank terdedah kepada pinjaman yang dicagar dengan aset yang susut nilai akibat krisis kewangan Asia 1999.“Kerajaan kemudian terpaksa bail-out melalui Danamodal dan Danaharta dan penggabungan bank dalam negara,” jelas Anwar.

Bendera yang digeruni

Bendera PAS dan Keadilan amat ditakuti oleh pimpinan Umno/BN

     Pada pagi menjelang Subuh 21 Julai 2012 menjadi dugaan besar selaku penyokong kuat Pakatan Rakyat kepada En. Zainal Abidin Kassim, 68 tahun serta keluarga apabila rumah mereka di Kg. Rawa Hilir, Lenggeng, Negeri Sembilan dibakar secara sengaja oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Ketika kejadian, beliau dan keluarga berada di Kuala Lumpur dan bergegas balik ke kampung apabila dimaklumkan oleh jiran sekitar jam 4.45 pagi dan sampai sekitar jam 8.30 pagi pada hari kejadian.

     Rumah comel ini lengkap dengan segala kelengkapan rumah yang menjadi tempat persinggahan keluarga Zainal setiap kali mereka pulang ke kampung ranap dimakan api pada malam satu Ramadhan 1433 H. Lebih malang kejadian ini berlaku pada pagi pertama Ramadhan yang merupakan bulan suci untuk beribadat dan bukannya hari untuk menganiayai orang lain. Pihak Bomba di dalam laporannya telah mengesahkan rumah ini “SENGAJA DIBAKAR”.

Laporan Bomba mengesahkan punca kebakaran adalah “SENGAJA DIBAKAR”
 
     Sebelum kejadian kebakaran, acap kali bendera PAS dan PKR yang dihias di perkarangan rumah ini hilang. Setiap kali bendera ini hilang, Zainal dan isterinya Ramlah tetap terus memasang yang baru tetapi ia tetap terus hilang dan kejadian ini berulang tiga atau empat kali sehinggalah hari kejadian rumah mereka dibakar pada awal pagi 21 Julai 2012. Lebih menganehkan, sepanjang jalan dari Kg. Rawa menuju Pekan Lenggeng, ratusan bendera Umno/BN dipasang dan tiada satupun disabotaj atau diturunkan oleh mana-mana pihak.
Rumah sebelum kejadian kebakaran

Rumah selepas kejadian kebakaran

     Berikutan peristiwa ini, tuan rumah telah memasang satu lagi bendera-bendera Pakatan Rakyat disertai sepanduk besar dengan tulisan “KEPUTUSAN SIASATAN BOMBA MENDAPATI RUMAH INI SENGAJA DIBAKAR” dan sebaris ayat merah di bawahnya ditulis “SIAPA…?”. Selang beberapa hari kemudian, bendera dan sepanduk tersebut hilang. Persoalannya, tersemaikah demokrasi di Malaysia di bawah pentadbiran Umno/BN apabila kebebasan berpolitik diwarnai dengan keganasan. Justeru, politik keganasan wajar ditolak dan rakyat sewajarnya bebas memilih mana-mana politik yang sah di negara ini.

Dana Zakat FGVH Digunakan Untuk Meraih Sokongan Politik Oleh Pimpinan Umno/BN

     Pada 1 Februari 2013, Isa Samad, Pengerusi Felda telah melancarkan Pusat Daerah Mengundi Barisan Nasional (BN) Taman Dato’ Shahbandar di Ampangan. Di dalam program yang sama Isa telah menyampaikan zakat Felda Global Venture Holding (FGVH) sebanyak RM50,000 kepada tiga rumah kebajikan anak yatim di sekitar Ampangan, iaitu Rumah Anak-anakku Sayang, Rumah Anak Yatim Al-Khair dan Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan.

Isa Samad menggunakan dana Felda untuk meraih sokongan politik di Seremban yang bukan merupakan kawasan Felda
 
     Usaha untuk membantu program-program kebajikan adalah usaha yang baik dan amat digalakkan. Cuma persoalan yang timbul mengapa Isa menggunakan zakat Felda di dalam menyumbang di Seremban sedangkan keperluan untuk masyarakat Felda masih banyak yang terabai. Di dalam konteks ini, pemberian zakat FGVH ini lebih afdal atau lebih sesuai disumbangkan untuk masyarakat Felda kecuali jika masyarakat Felda sudah terkeluar dari garisan kesusahan dalam kehidupan.
     “Timing” atau masa pemberian iaitu semasa pelancaran Pusat Daerah Mengundi BN juga mengesahkan bahawa pemberian ini bersifat rasuah politik iaitu untuk meraih sokongan dengan menggunakan kedudukan beliau sebagai Pengerusi Felda dengan menggunakan dana zakat FGVH. Ianya membuktikan rasuah dan salahguna kuasa sudah sebati dan membudaya dikalangan pimpinan Umno/BN.
 
 
Abdul Malek Adam – Ketua AMK Seremban

     “Rakyat perlu menolak Umno/BN kerana penyakit rasuah dan salahguna kuasa sudah menjadi barah dikalangan mereka dan tidak mungkin ia boleh diubati lagi,” kata Abdul Malek Adam, Ketua Angkatan Muda (AMK) Keadilan Seremban. Keadaan rasuah dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh pimpinan Umno/BN semakin parah dari sehari ke sehari dan ini dibuktikan dengan pendedahan demi pendedahan yang menunjukkan mereka tidak segan-silu melakukannya walaupun mereka mengetahui rakyat amat membenci perbuatan mereka, tegas Abdul Malek.

SATU RUMAH, SATU ALAMAT, SATU KELUARGA TETAPI MENGUNDI DI TIGA TEMPAT BERBEZA


SATU RUMAH, SATU ALAMAT, SATU KELUARGA TETAPI MENGUNDI DI TIGA TEMPAT BERBEZA
Suruhanjaya Pilihanraya Perlu Telus Dan Adil

     Satu keluarga Cina tiga beranak iaitu bapa, ibu dan anak di No. 679, Jalan Nenas 4, Taman Rahang, Seremban hairan mengapa Suruhanjaya Piliharaya Malaysia (SPR) meletakkan mereka di tiga tempat mengundi yang berbeza walaupun mereka tinggal di alamat yang sama dan alamat mereka di dalam kad pengenalan juga adalah sama. Alamat tempat tinggal mereka berada di dalam lokaliti DUN N14 Ampangan di bawah Parlimen P128 Seremban.

     Malangnya, si bapa diletakkan di tempat mengundi di DUN N21 Bukit Kepayang di bawah Parlimen P130 Rasah manakala si ibu di letakkan di tempat mengundi di DUN N22 Rahang juga di bawah Parlimen Rasah. Manakala si anak di letakkan di tempat mengundi di DUN N14 Ampangan di bawah Parlimen P128 Seremban. Ini bererti hanya si anak didaftarkan di tempat mengundi yang betul iaitu di DUN N14 Ampangan berdasarkan tempat tinggal mereka seperti dalam kad pengenalan dan alamat sebenar mereka.

     Dr. Mohamad Rafie Ab Malek, Ahli Majlis Pimpinan Pusat Keadilan yang membuat lawatan di Taman Rahang baru-baru ini kesal dengan kegagalan SPR untuk bertindak telus dan adil. Beliau menegaskan sewajarnya ketiga-tiga beranak ini mengundi di tempat yang sama iaitu di Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyiur di dalam DUN Ampangan kerana mereka tinggal di dalam DUN Ampangan dan alamat mereka juga di tempat yang sama.

Dr. Mohamad Rafie bersama penduduk warga emas di Taman Rahang ketika melawat untuk meneliti permasalahan tempat mengundi penduduk

     Kegagalan SPR di dalam pengendalian mereka telah dibuktikan oleh pelbagai pehak. Sebagai contoh, seorang rakyat Filiipina yang telah didapati bersalah kerana menggunakan kad pengenalan palsu pada penghujung tahun 2011 didapati di dalam rekod terkini SPR masih boleh mengundi.

Penama Salleh Bin Samsul No KP 670110-12-5035 di dapati bersalah kerana menggunakan Kad Pengenalan palsu oleh mahkamah
 
     SPR wajar memberi penjelasan mengapa penama yang di dapati bersalah menggunakan Kad Pengenalan palsu oleh mahkamah masih disahkan sebagai pengundi.
Sungguh menganehkan kerana penama Salleh Bin Samsul No. KP 670110-12-5035 masih terdaftar sebagai pengundi menurut laman SPR terkini
 
     Siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja berkaitan Projek IC di Sabah yang sedang berlangsung sekarang membuktikan bahawa Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun terbabit dalam memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing untuk menjamin kuasa politik Umno/BN. Malahan pada 17 Januari 2013 yang lalu, mantan Perdana Menteri itu mengaku bahawa beliau bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah semasa mentadbir negara. Lebih mengaibkan beliau dilihat cuba mengalih pengakuannya dengan mendakwa bapa kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman melakukan perkara ‘lebih teruk’ dengan memberi lebih banyak kerakyatan kepada mereka yang tidak layak.
Pendedahan RCI Projek IC di Sabah mengesahkan penipuan ke satu penipuan yang dilakukan pentadbiran BN
 
     Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing, menerima kecaman pelbagai pihak termasuk pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari. Menyifatkan kenyataan itu biadap dan mengarut, Aziz berkata, kewarganegaraan yang diberi oleh bapa kemerdekaan itu berbeza ketika Mahathir berkuasa sebagai perdana menteri. “Tunku beri kewarganegaraan bukan dengan tujuan menipu pilihan raya. Apa yang Tunku buat sebahagian tuntutan dan persetujuan kemerdekaan. Ada syarat tertentu yang diakui undang-undang sebagaimana negara-negara lain. Mereka tidak datang ke sini sebagaimana Pendatang Tanpa Izin (PATI) sekarang, tetapi kesan pentadbiran British. Faktor menipu dalam pilihan raya, tidak ada dalam kes Tunku,” katanya.
 
Pertambahan pengundi secara mendadak di banyak tempat khususnya di Selangor dan Wilayah Persekutuan membimbangkan kemungkinan Umno/BN menggunakan pengundi hantu untuk memastikan mereka terus kekal berkuasa selepas PRU ke 13 ini

     Di dalam sisatan ini, dua bekas orang kanan Mahathir didapati terbabit dalam Projek IC apabila saksi-saksi memberi keterangan dalam siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah. Saksi-saksi ini mengaku memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing untuk menjadi pengundi. Bekas Ketua Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Tamparuli, Yakup Damsah memberi keterangan dia dan beberapa orang lain menginap di rumah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, yang merupakan Setiausaha Politik kepada Mahathir pada masa itu untuk mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang asing. Seorang lagi saksi, bekas Pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ramli Kamaruddin mengaku menerima arahan dari Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub untuk mengeluarkan resit kad pengenalan sementara (resit JPN), dengan tarikh luput kepada warga asing, semata-mata untuk tujuan pilihan raya. Kewibawaan SPR jelas tercemar dengan pengakuan ini.

     Dalam perkembangan terbaru, Mahathir kini menuduh Anwar Ibrahim pula mungkin turut terbabit dalam proses pemberian kad pengenalan Malaysia kepada pendatang asing di Sabah pada 1990-an. “Bagaimanapun, saya tidak mempunyai bukti, tetapi kadang kala kita tahu apa yang berlaku,” katanya pada sidang media selepas Persidangan Malaysia Strategic Outlook 2013 pada 31 Januari 2013 baru-baru ini. Tindakan Mahathir yang cuba membabitkan Anwar walaupun beliau mengetahui bahawa beliau tiada bukti menunjukkan sikap penipu Mahathir makin terserlah.

     Dr. Mohamad Rafie menyeru rakyat Malaysia untuk menolak Barisan Nasional secara besar-besaran di dalam PRU 13 yang akan datang ini kerana beliau bimbang persekongkolan antara Umno/BN, Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR seperti yang terbukti di Sabah mungkin telah merebak di seluruh negara. Mereka telah menyalahguna kuasa yang ada pada mereka untuk terus berkuasa. Rakyat tidak wajar untuk terus diperbodohkan oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN kerana selama 55 tahun mereka memerintah, mereka terus angkuh dan sombong menipu rakyat jelata. Di dalam masa yang sama, mereka merompak hasil negara untuk kepentingan mereka, tegas Dr. Rafie.

Pemimpin Pakatan Rakyat akan berlaku adil dan membela nasib rakyat

Pemimpin Pakatan Rakyat akan berlaku adil dan membela nasib rakyat
Pemimpin rasuah dan salahguna kuasa tidak mempunyai tempat di dalam PR


     Ramai masyarakat tertanya-tanya adakah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) boleh dipercayai untuk mengemudi teraju kepimpinan negara. Persoalan ini penting kerana mereka bimbang adakah pemimpin-pemimpin PR berkemampuan dan berkebolehan untuk dipertaruhkan di dalam mereka membuat keputusan di dalam mencorakkan keputusan PRU ke 13 ini. Adakah pimpinan PR akan sama melakukan rasuah sebagaimana pimpinan Umno/BN sekarang ini?

     Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah acap kali menegaskan bahawa pemimpin rasuah dan salahguna kuasa tidak akan mempunyai tempat di dalam barisan kepimpinan PR. Beliau menegaskan pemimpin-pemimpin PR akan berlaku adil dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk membela nasib rakyat. Malahan Anwar kerap menyatakan bahawa dasar PR bukan untuk membalas dendam setelah PR memenangi PRU ke 13 ini.

Dr. Mohamad Rafie Ab Malek
 
     Mengulas perkara yang sama, Dr. Mohamad Rafie Ab Malek, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Keadilan menyatakan kepimpinan PR akan memberi perhatian serius di dalam proses pemilihan calon-calon pilihanraya PR untuk memastikan pemimpin-pemimpin yang dipilih berwibawa dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Beliau menegaskan latarbelakang individu, keluarga serta kemasyakaratan prospek calon akan dinilai secara teliti. Seorang pemimpin masyarakat yang berjaya sudah sewajarnya telah berjaya secara individu, keluarga serta menunjukkan “track record” yang baik di dalam kehidupan calon berkenaan.
     “Kita telah mempelajari dari sejarah di dalam PRU ke 12 apabila beberapa orang pemimpin PKR dan DAP meloncat keluar parti dan kita akan memastikan perkara ini tidak akan berlaku lagi,” kata Dr. Rafie. Malahan beberapa pemimpin yang telah memenangi pilihanraya di bawah tiket PR pada PRU 12 yang lalu akan digugurkan jika kita dapati mereka tidak mencapai tahap prestasi yang baik, tegas Dr. Rafie. Ini untuk memastikan kesemua pemimpin-pemimpin PR benar-benar jujur, amanah dan bertanggungjawab serta berkebolehan untuk meneraju negara.
     “Jujur, amanah dan bertanggungjawab, satu perkara; berwibawa dan berkebolehan adalah satu perkara lain. Kedua-dua ini perlu untuk memastikan pemimpin-pemimpin mampu meneraju dengan keupayaan kemahiran untuk membuat reformasi ekonomi, pendidikan, sosio-budaya di dalam usaha melonjakkan Malaysia ke arena antarabangsa. Di dalam masa yang sama, tanpa salahguna kuasa dan tanpa rasuah hasil sikap jujur, amanah dan bertanggungjawab akan memastikan kekayaan negara diagihkan secara adil dan saksama dan boleh diekploitasi secara maksimum untuk dilonjakkan ke peringkat tertinggi yang bakal meningkatkan tahap hidup rakyat di negara ini ,” ujar Dr. Rafie.
     Kejayaan PR mentadbir Putrajaya dan negeri-negeri di Malaysia akan membolehkan prestasi yang lebih baik dicapai oleh negeri-negeri yang telah dimenangi oleh PR sekarang seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Pentadbiran negeri PR sekarang banyak mendapat kekangan dari kerajaan pusat BN yang menyebabkan usaha-usaha merakyatkan ekonomi terbatas. Di antara contoh terbaik  adalah permasalahan isu air di Selangor apabila kerajaan pusat BN membela Syabas yang merupakan kroni mereka. Barang sudah pasti, perbekalan air akan dapat diuruskan dengan lebih baik dengan harga yang lebih berpatutan jika ia diurus oleh kerajaan negeri Selangor berbanding Syabas yang mengutamakan keuntungan peribadi beberapa individu tertentu sehinggakan gaji Pengerusi Syabas, Tan Sri Rozali Ismail bernilai RM425,000 sebulan.
     “Justeru rakyat tidak perlu bimbang untuk memilih calon-calon PR di dalam PRU ke 13 ini kerana ia akan memberi manafaat kepada rakyat dan negara. Kesemua faktor akan diambil kira termasuk kebolehan (ability), kewibawaan (charisma) serta sahsiah diri yang baik calon-calon tersebut. Faktor kebolehan amat penting kerana di dalam persaingan di dalam dunia globalisasi tanpa sempadan, Malaysia memerlukan pemimpin-pemimpin yang mampu mengharungi selok-belok dan liku-liku cabaran antarabangsa untuk meletakkan Malaysia di antara negara terbaik di dunia,” ulas Dr. Rafie. Memilih Umno/BN bermakna kita memilih untuk meneruskan kepimpinan yang korup/salahguna kuasa dan tidak berkemampuan untuk melonjakkan ekonomi negara, tegas Dr. Rafie.


Sunday, March 24, 2013

Peranan Media Dalam Menentukan Kepimpinan Negara

    Media memainkan peranan penting untuk mempengaruhi persepsi masyarakat terhadap sesuatu isu yang akhirnya menentukan kepimpinan di dalam sesebuah negara. Di dalam negara demokrasi, ia perlu memastikan setiap rakyat bermaklumat untuk memastikan rakyat boleh membuat pemilihan yang tepat semasa pengundian pemilihan pemimpin di dalam pilihanraya. Maklumat yang diperolehi mesti tepat dan benar tanpa manipulasi untuk kepentingan pihak-pihak tertentu. Maklumat yang salah diterima oleh masyarakat akan menyebabkan rakyat tidak boleh memilih secara tepat dan akhirnya memundurkan negara.
    Umumnya, terdapat tiga kategori media, pertama media cetak. Media cetak terbahagi kepada dua kategori iaitu media cetak edaran seperti akhbar, majalah dan media cetak statik seperti papan tanda (billboard). Kategori media kedua adalah media elektronik penyiaran seperti siaran tv dan radio dan ketiga adalah media siber seperti akhbar internet, blog, twitter dan sebagainya. Secara dasarnya kesemua media ini dikawal oleh kerajaan yang memerintah kecuali media siber yang sukar dikawal kerana kemajuan teknologi menyebabkan internet melintasi sempadan secara pantas dengan kemudahan peralatan seperti komputer dan talipun pintar (smart phone).
    Persoalannya, adakan media di Malaysia jujur dengan melaporkan sesuatu perkara secara tepat dan benar. Dalam konteks media cetak yang dimonopoli oleh akhbar-akhbar perdana seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian, ia jelas bersikap berat sebelah dengan menonjolkan pimpinan Barisan Nasional (BN) sebagai baik manakala pimpinan Pakatan Rakyat (PR) sebagai jahat. Tindakan memihak ini cukup ketara sehingga berita fitnah menjadi lumrah kerana media cetak perdana ini menjadi jurucakap kepada pemimpin-pemimpin BN. Justeru tidak menghairankan akhbar seperti Utusan Malaysia disaman dan dalam hampir kesemua kes Utusan Malaysia kalah kerana berita yang siarkan tidak betul dan berniat jahat.
 
    Walaupun terdapat media cetak alternatif yang diterbitkan oleh PR seperti Harakah dan Suara Keadilan namun pengeluarannya terbatas dan masih mendapat kekangan dari pimpinan BN yang menyebabkan ianya tidak tersebar meluas berbanding dengan media cetak perdana seperti Utusan Malaysia. Dalam masa yang sama, olehkerana media cetak perdana sudah lama berada di pasaran, ada dikalangan golongan tertentu yang sudah termakan tohmahan yang didendangkan untuk sekian lama oleh media cetak perdana bahawa media cetak terbitan pembangkang tidak baik tanpa menilai sendiri kandungan akhbar-akhbar alternatif ini.
    Manakala media cetak statik di Ampangan khususnya atau mana-mana tempat di Negeri Sembilan ini sememangnya menonjolkan imej pimpinan BN yang membayangkan seolah-olah mereka amat berjasa kepada negara. Kita tidak pernah melihat mana-mana aktiviti atau sumbangan pemimpin PR dipamerkan di mana-mana “billboard” besar di negeri ini. Mereka berbelanja besar untuk mempromosi parti mereka dan menghalang sebarang promosi PR dengan menggunakan petugas-petugas Majlis Perbandaran Seremban (MPS) untuk menurunkan mana-mana papantanda PR dalam apa bentuk sekalipun termasuk kain rentang (banner) dan bendera.
 

    MPS yang diketuai oleh Abd. Halim Bin Abdul Latif jelas memihak kepada Umno/BN dengan memastikan setiap kain rentang atau bendera PR di Seremban diturunkan. Lebih pelik, operasi menurunkan dilakukan ditengah malam dari jam duabelas tengah malam sehingga ke awal pagi. Pembayar cukai di Seremban wajar mempersoalkan tindakan Halim yang menyebabkan kos operasi MPS menjadi lebih mahal dengan terpaksa membayar kerja lebihmasa pekerja semata-mata kerana “dengki politik”. Juga amat menghairankan, bendera-bendera Umno dan BN yang sudah koyak rabak seperti “roti kirai” dalam cerita P. Ramlee yang menyakitkan mata memandang serta menjadi “eyesore” tidak pula diturunkan.

Bendera BN yang koyak rabak macam “roti kirai” tidak pula diturunkan oleh petugas MPS

    Media elektronik penyiaran khususnya RTM, TV3 dan Astro jelas berusaha untuk mempengaruhi pemikiran rakyat yang kononnya pemimpin BN amat berjasa kepada negara dan mengubah kepimpinan negara kepada yang baru khususnya kerajaan PR akan menyebabkan negara menjadi porak peranda dan bankrap dari segi ekonominya. Malahan jelas siaran-siaran tv di negara ini sudah terlampau “overdo” memburukkan pembangkang dan mengagungkan BN menyebabkan ia sudah tidak mempunyai nilai dari sudut maklumat dan berita sehingga ia meloyakan penonton-penonton yang menontonnya.

 

    Media baru iaitu media siber kini menjadi alternatif untuk pelbagai maklumat yang kini menjadi kebimbangan pemimpin-pemimpin BN untuk bagaimana mereka boleh menyekatnya atau jika tidak boleh, mereka sendiri cuba mendahuluinya dengan mengupah individu-individu tertentu untuk menulis bagi pihak mereka. Malangya setakat kini, media siber masih didominasi oleh pehak-pehak yang ingin membawa berita alternatif yang tepat dan betul serta berbeza sama sekali dengan maklumat yang disampaikan oleh media-media yang dikawal oleh kerajaan memerintah. 

    Memahami hakikat ini maka tidak menghairankan kita melihat polarisasi atau perbezaan yang cukup ketara untuk mereka yang bermaklumat iaitu mendapat sumber dari semua samada media perdana yang dikawal kerajaan dan media alternatif khususnya media siber berbanding dengan mereka yang hanya terdedah kepada maklumat bersumberkan RTM, TV3, Astro atau Utusan Malaysia. Mereka yang bermaklumat secara jelas memilih Pakatan Rakyat dan menolak Barisan Nasional. Manakala mereka yang mendapat maklumat yang tidak tepat terus kekal untuk memilih Barisan Nasional.

    Ini menjelaskan mengapa BN masih mempunyai pengaruh di kebanyakan kampung-kampung  kerana maklumat di kampung-kampung masih terbatas dimana TV3 dan Utusan Malaysia menjadi satu-satunya sumber maklumat kepada mereka. Di samping itu, suasana politik yang masih tidak matang di mana mana-mana individu yang menyokong PR di sisihkan menyebabkan ramai diantara orang-orang kampung takut untuk membuat perubahan kerana ada segelintir Ketua Kampung  dan kuncu-kuncunya akan memandang serong dan mengenepikan mereka. Sewajarnya, berbeza fahaman politik tidak seharusnya mengwujudkan perpecahan jika kita saling hormat-menghormati di antara satu sama lain. Untuk meningkatkan tamadun bangsa, perbezaan pandangan atau kefahaman politik tidak sepatutnya menghalang untuk kita bekerjasama untuk kemajuan bangsa dan negara.

    Setiap rakyat di dalam sesebuah negara demokrasi mempunyai hak untuk membuat pemilihan siapa yang menjadi pilihan mereka untuk memimpin negara ini. Ini adalah hak asasi rakyat Malaysia yang tidak boleh dihalang oleh mana-mana pemimpin Umno/BN. Mendapat maklumat yang tepat juga adalah hak kepada setiap warganegara Malaysia. Di dalam sistem demokrasi yang adil, semua pihak samada pemerintah atau pembangkang berhak mendapat ruang di dalam semua bentuk media. Monopoli BN dalam media cetak dan elektronik penyiaran di negara ini mengesahkan mereka tidak berlaku adil dan ada sesuatu yang mereka ingin sembunyikan daripada rakyat jelata. Apa yang penting kepada mereka ialah mereka mesti terus berkuasa walaupun di dalam proses tersebut mereka perlu menipu rakyat.

    PR akan memastikan media bebas dari pengaruh mana-mana parti politik. Rakyat akan diberi peluang untuk memperolehi semua maklumat secara tepat dan benar. Ketelusan dasar PR ini akan memastikan kepimpinan PR akan bekerja keras untuk berkhidmat yang terbaik demi agama, bangsa dan negara. Pemimpin PR menghormati rakyat kerana rakyat adalah matang dan rakyat boleh membuat keputusan sendiri secara terbaik apabila semua saluran maklumat dan ilmu didedahkan secara benar, jujur dan ikhlas. Polisi ini barang sudah pasti akan melonjakkan ekonomi negara kerana dasar ketelusan (transparency) akan memacu kepada pendedahan ilmu untuk membina tamadun bangsa. Kehidupan akhirat yang abadi menjadi matlamat kehidupan kita di atas dasar kecermelangan kehidupan di dunia ini akan memacu kepada kecemerlangan kehidupan di akhirat nanti. Setiap amalan kita di dunia akan di nilai dan ini adalah asas mengapa prinsip ketelusan menjadi dasar kepada PR. 

Musa Hitam Akui Dasar PR Tidak Akan Membankrapkan Negara


    Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam mengakui Pakatan Rakyat mampu mentadbir negara dengan baik dan tidak akan menjadikan negara ini bankrap, jika berjaya mengambilalih tampuk pemerintahan daripada BN selepas PRU13 nanti. Malah, beliau menegaskan, tidak adil menganggap negara akan bankrap jika pembankang berjaya memerintah negara, sebaliknya Pakatan pasti akan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan negara berkembang dengan baik.

    Menurutnya, perkara penting yang perlu diberikan perhatian oleh semua pihak adalah memberikan gambaran baik terhadap ekonomi negara supaya mampu menarik pelabur. Musa berkata, jika Pakatan memerintah, mereka tidak akan membuat pelabur dari luar negara lari, malah mereka tidak akan bertindak demikian dan membuat ekonomi bankrap.

    “Itu kenyataan politik, bagi pendapat saya tidak. Malah saya telah ulas perkara ini secara terbuka, termasuk kepada pihak bank dan orang luar. Ini adalah pendapat dan pendirian peribadi saya,” katanya. Musa menegaskan hal ini dalam wawancara Sinar Harian pada 13 Mac lalu, bagi mengulas dakwaan pemimpin Umno/BN yang menuduh negara akan bankrap jika Pakatan Rakyat memerintah selepas PRU13 nanti.

    Beliau menegaskan, Pakatan tidak akan melakukan tindakan yang boleh menyebabkan negara bankrap jika dapat memerintah negara nanti, sebaliknya gabungan itu pasti mahu terus kekal sebagai pilihan rakyat dalam pilihanraya akan datang. “Ini harapan mereka. Itu sebab mereka masuk pilihanraya. Mereka akan kata, kami yang terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat. Jika anda menerima konsep demokrasi, maka anda tidak akan kata pihak lain akan membuat negara bankrap,” tegasnya.

    Menyentuh tentang is pencerobohan tentera Sulu di Lahad Datu, Musa berkata, isu itu tidak wajar diambil mudah seperti isu lain kerana ia berbeza dengan isu-isu lain. Katanya, kerajaan Umno-BN perlu mengkaji dengan lebih mendalam serta melihat isu itu dengan lebih jauh dan tidak harus ditangani seperti dahulu menerusi kaedah ketenteraan tanpa mengira kesan sampingannya.

    Sehubungan itu, beliau yang bukanlah agen politik mana-mana pihak mengingatkan semua pihak di negara ini agar jangan mengucapkan syabas terlalu awal atas dakwaan kejayaan “Ops Daulat” kerana isu tersebut adalah isu yang belum pernah berlaku di negara ini. “Isu ini bukan hanya perang menembak, (tetapi) peperangan psikologi. Apa yang kita boleh buat dengan mereka (pengganas) kerana mereka ada di sana. Jika isu ini jadi negatif dan anggap semua orang Sulu adalah musuh, anda akan menghadapai masalah, kerana mereka sudah ada di sana,” ujarnya sambil melahirkan kekhuatirannya dengan isu itu menjadi serius.

Isu Lahad Datu: Salah Siapa?

   
    Pelbagai spekulasi pimpinan Umno/BN cuba mengaitkan pimpinan Parti Keadilan Rakyat khususnya Anwar Ibrahim terbabit dalam mencetuskan peristiwa Lahad Datu. Malahan lagu yang dinyanyikan oleh Anwar yang bertujuan menyatakan bahawa Sabah bakal kecundang dalam pilihanraya umum yang ke 13 dinyatakan sebagai salah satu sebab “kukuh” mengapa Anwar didakwa terbabit dalam peristiwa Lahad Datu. Lirik lagu Anwar seperti berikut:
 
                  Tanya Sama Najib,

Mengapa Kau Goyang.

Nanti Jawab Najib,

Sabah Dah HILANG !!!....

 
    Alasan yang diberi ini amat melucukan dan sekarang timbul pelbagai lawak jenaka bahawa apa saja masalah dalam negara semuanya adalah kerana Anwar. Sebarang kritikan terhadap kegagalan pemimpin Barisan Nasional mengendalikan isu ini terus dituduh sebagai menghina anggota keselamatan negara. Hakikatnya, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat amat menghargai khidmat dan jasa anggota pasukan keselamatan negara. Kita melihat pemimpin-pemimpin BN sejak dari awal lagi gagal mengendalikan isu ini sehingga memerbahayakan keselamatan anggota-anggota pasukan keselamatan negara.

 
Setiap malapetaka dalam negara – semua salah Anwar Ibrahim…

 
    Peristiwa Lahad Datu bermula apabila sekumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 9 Februari 2013. Pada 11 Februari 2013, nelayan tempatan telah membuat laporan polis setelah mereka terserempak dengan sekumpulan penceroboh seramai lebihkurang 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tanduo.

    Pada 16 Februari 2013, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal. Kenyataan Hishamuddin ini dilaporkan secara meluas disemua media perdana. Persoalan sekarang mengapa Hishamuddin dari awal menyatakan kumpulan yang bersenjata lengkap ini bukan kumpulan pengganas dan keadaan adalah terkawal?

 

 
    Kegagalan pemimpin negara yang tidak menyerahkan isu kedaulatan negara dicerobohi kepada Angkatan Tentera Malaysia sebaik sahaja maklumat mengenai perkara ini diketahui telah menyebabkan isu ini berpanjangan selama 21 hari sehingga berlakunya kehilangan nyawa 2 orang anggota polis pada 1 Mac 2013. Mengapa pemimpin politik BN menyatakan kumpulan penceroboh ini bukan pengganas dan mengapa ia berpanjangan selama 21 hari dan hanya setelah anggota keselamatan kita terkorban baru mereka mula mengambil tindakan.

    Lebih memeranjatkan, laporan terbaru memaklumkan ramai diantara pengganas ini mempunyai kad pengenalan biru dan ini bererti sebahagian besar dari mereka adalah rakyat Malaysia. Persoalannya sekarang, adakah mereka ini menjadi rakyat Malaysia menerusi saluran yang sah atau ia menurut Projek IC yang dikaitkan dengan Mahathir Mohamad. Siasatan Suruhanjaya DiRaja mengenai IC dimaklumkan bahawa ramai pendatang tanpa izin diberi kad pengenalan biru yang bertujuan untuk didaftarkan sebagai pengundi untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional di Sabah di dalam pilihanraya-pilihanraya yang lepas.

    Malahan Ketua Kumpulan itu sendiri yang menggelarkan dirinya Raja Muda Sulu, bernama Agbimudin @ Azzimuddie Kiram didapati sebagai rakyat Malaysia. Menurut  maklumat Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah seperti yang disimpan di Jabatan Arkib Negara Sabah, disahkan bahawa Datu Agbimudin Kiram tersenarai sebagai Pegawai Pentadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat dengan lantikan bermula 1 Mac 1974 bergaji RM610 sebulan.

 
TERBUKTI... Pemimpin penceroboh bersenjata di Lahad Datu, Sabah yang menggelar dirinya sebagai Raja Muda Sulu, Agbimudin @ Azzimuddie Kiram didakwa sebagai seorang rakyat Malaysia dan pernah bertugas sebagai Pegawai Pentadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat dan nama beliau disahkan  tersenarai dalam Senarai Kakitangan 1975, Pekhidmatan Awam Sabah sebagai Pengawai Pentadbir Muda yang dilantik pada 1 Mac 1974

    Dengan penemuan maklumat  terbaru ini, Najib Razak tidak lagi boleh bersembunyi disebalik alasan keselamatan nasional untuk mengelak dari menjawab soalan-soalan yang berlegar di pemikiran rakyat iaitu:

1. Berapa orang setakat ini dari kalangan penceroboh bersenjata merupakan rakyat Malaysia yang berasal dari Filipina yang diberikan kad pengenalan biru seperti Agbimudin Kiram?

2. Berapa orang setakat ini dari kalangan penceroboh bersenjata rakyat Malaysia itu adalah ahli Umno?

3. Kenapa Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak berterus terang dengan rakyat bahawa ketua kumpulan bersenjata ini adalah rakyat Malaysia berasal dari Filipina yang diberikan kad pengenalan biru?

    Penemuan ini membuka dimensi baru mengenai pencerobohan ini yang jelasnya mengesahkan hubung kait di antara pencerobohan bersenjata dengan Projek IC yang dikaitkan dengan Mahathir Mohamad dan Umno/BN. Ini bermakna isu kaum Sulu di Sabah sudah lama bermula dan ia seawal semasa petadbiran Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia.

    Lebih memeranjatkan Sultan Sulu diberitakan menjadi salah seorang tetamu utama dalam Persidangan Agong Umno 2012.


Sultan Sulu menjadi tetamu dalam Persidangan Agong Umno 2012?

Isma Memutuskan Untuk Bertanding Di Parlimen Seremban


    Ikatan Muslim Malaysia (Isma) telah memutuskan untuk bertanding di Parlimen Seremban dan mereka akan menggunakan lambang Parti Berjasa. Isma adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan penggunaan lambang Berjasa membayangkan dasar mereka yang cenderung untuk bersama Umno  dan mereka juga telah menjelaskan bahawa mereka tidak akan bertanding di mana-mana DUN atau Parlimen yang Umno akan bertanding.

    Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) ialah sebuah parti politik yang diasaskan oleh Dato' Haji Muhamed bin Nasir, bekas Menteri Besar Kelantan, pada tahun 1977 ketika beliau dipecat oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Pemecatan Mohamed Nasir disebabkan sebahagiannya oleh krisis dalam parti campuran Barisan Nasional. Ketika itu, PAS adalah sebuah parti komponen dalam parti campuran ini. Akhirnya PAS menarik diri daripada Barisan Nasional dan hilang penguasaan negeri Kelantan ketika Berjasa membentuk kerajaan gabungan dengan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno).

    Berjasa bersekongkol dengan Umno untuk mempertahankan gabungan bersama BN untuk mentadbir Kelantan setelah PAS menolak hubungan dengan Umno/BN pada ketika itu. Pada tahun 1978, Berjasa menyertai pilihanraya umum dengan bekerjasama dengan BN. Dalam keputusan Pilihanraya Umum pada masa itu, Berjasa memenangi 11 kerusi DUN dan membentuk kerajaan bersama dengan UMNO/BN dimana Allahyarham Tan Sri Mohammad Nasir dilantik sebagai Senator menjawat Menteri Kabinet di Jabatan Perdana Menteri. Pilihanraya Umum pada 1982, sekali lagi Berjasa berjaya membentuk kerajaan bersama dengan Barisan Nasional dan menjadi salah satu parti komponen dalam BN.

    Persoalannya mengapa Isma yang kononnya ingin menonjolkan calon-calon yang Islamik memilih Parti Berjasa yang bersekongkol dengan Umno? Ini adalah kerana jelas mereka juga bersekongkol dengan Umno. Walaupun mereka menyatakan bahawa mereka kononnya Islamik dan ramai diantara mereka lulusan belajar dari Timur Tengah tetapi mengabungkan diri mereka dengan sebuah parti yang korup dan bergelumang dengan salahguna kuasa adalah menyalahi dasar prinsip yang sewajarnya.

    Lebih malang, dalam kempen mereka, mereka berusaha untuk memburukkan PAS dan Parti Keadilan Rakyat yang membabitkan 3 DUN di Seremban iaitu Lenggeng, Sikamat dan Ampangan. Ini bermakna mereka berhasrat secara tidak langsung untuk memenangkan Umno dikerusi-kerusi berkenaan. Walaupun mereka mengetahui bahawa sukar untuk mereka memenangi Parlimen Seremban yang ditandingi DAP dan MCA yang mewakili BN tetapi yang jelas sudah cukup kepada mereka jika MCA memenangi Parlimen Seremban dan akhirnya mengagalkan kewujudan sebuah kerajaan Pakatan Rakyat.

    Mengulas perkara ini, Dr. Badrulamin Bahron menjelaskan bahawa menyokong DAP bererti menyokong sebuah gabungan yang menolak sebuah barisan (BN) yang rasuah dan salahguna kuasa. Gabungan Keadilan-PAS-DAP akan melahirkan sebuah negara yang berprinsipkan nilai-nilai kebenaran dan keadilan maka adalah menjadi kewajipan untuk kita menolak Isma dan mengundi DAP kerana Isma bersekongkol dengan Umno-MCA-MIC yang jelas akan merosakkan masa depan negara. Kita tidak sewajarnya dikelirukan dengan kononnya identiti Islam Isma kerana mengundi Berjasa yang mewakili Isma bermakna kita akan memenangkan Barisan Nasional dan ini bermakna kita mengekalkan kemungkaran Umno/BN di negara ini yang bakal merosakkan masa depan rakyat dan negara dengan lebih parah di masa yang akan datang.

Seorang Kanak-Kanak Perempuan Maut Terkena Bilah Helikopter Kawalan Jauh

Iklan perasmian padang bola sepak sintetik yang menunjukkan Mohamad Hasan mengelecek bola

    SEREMBAN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut selepas terkena kipas helikopter kawalan jauh ketika menyaksikan majlis perasmian padang bola sepak sintetik di Kompleks Belia dan Paroi di sini, kira-kira jam 9.55 malam pada 20 Mac 2013 baru-baru ini. Nurdamia Husnina Banee Yamin meninggal sejurus tiba untuk rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban. Alat mainan itu turut mengenai bapanya Banee Yamin Idris, 35, di kepala dan dia turut menerima rawatan di hospital yang sama.

Inilah helikopter kawalan jauh yang menjunam dan menyebabkan kematian Nurdamia.
Kelihatan kain rentang yang masih terikat yang menyatakan “We Love MB”

     Dalam kejadian tersebut, bayi terbabit dikatakan sedang tidur nyenyak di bahu bapanya yang berdiri tidak jauh dari pentas utama ketika majlis perasmian padang rumput tiruan jenis ‘field turf’ bernilai RM2.5 juta yang disempurnakan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah serta diiringi Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan. Sebuah helikopter kawalan jauh diterbangkan sebagai sebahagian daripada gimik pelancaran, malangnya pengendali peralatan itu hilang kawalan menyebabkan ia jatuh menimpa penonton.

    Keseluruhan saf kepimpinan Pakatan Rakyat NS mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan sebahagian besar pemimpin PR turut hadir semasa jenazah adik Nurdamia Husnina Banee Yamin disolatkan. Di antara yang hadir di rumah keluarga mangsa ialah Dr. Mohamad Rafie Abdul Malek – Ahli Majlis Pimpinan Pusat Keadilan, YB Mohd Taufek Abdul Ghani – Pesuruhjaya PAS NS yang merupakan ADUN Paroi, YB Aminuddin Haron – ADUN Sikamat dan Ustaz Norazman Mohamad – Ketua Penerangan PAS NS.

Selepas Solat jenazah untuk Adik Nurdamia Husnina Banee Yamin
Dari kiri  –YB Taufek dan Dr. Rafie

    Keghairahan pemimpin-pemimpin BN mengadakan pelbagai program untuk menarik orang ramai hadir seperti perasmian padang bola sintetik ini menjelang PRU13 amat mengecewakan kerana diragui tujuannya lebih bersifat politik kerana ia disertakan dengan hiburan artis. Lebih malang lagi, kita dimaklumkan bahawa program hiburan ini diteruskan walaupun setelah berlaku kemalangan yang menyebabkan kematian kepada adik kecil ini dan mencederakan bapanya.

    Aksi gimik helicopter kawalan jauh tanpa menghiraukan aspek keselamatan penonton amat tidak wajar berlaku didalam program awam seperti ini. Apatah lagi helicopter berkenaan hanya membawa kain rentang “We Love MB” yang jelas membuktikan bahawa majlis ini berunsur politik. Kes kemalangan berkaitan helicopter kawalan jauh telah kerap berlaku dan sewajarnya penganjur program tidak memasukkan aktiviti ini dalam program awam seperti ini yang membabitkan anak-anak kecil dan orang ramai yang tidak memakai sebarang alat keselamatan PPE (Personal Protective Equipment).

Manipulasi “Gerrymandering” – Strategi BN Untuk Memenangi Pilihanraya

    “Gerrymandering” adalah langkah mengwujudkan kelebihan politik (political advantage) oleh kerajaan BN dengan memanipulasikan sempadan pilihanraya untuk memastikan BN memperolehi kedudukan kerusi lebih banyak walaupun hakikatya mendapat undi yang kurang di dalam sesuatu pilihanraya. Tindakan dari “Gerrymandering”ini, persempadan pilihanraya di Malaysia menghasilkan kawasan sempadan pilihanraya yang berliku-liku yang bertujuan untuk memberi ruang kepada kepentingan parti memerintah memperolehi keselesaan kemenangan berdasarkan sokongan lokaliti yang memihak kepada mereka.
 
Dalam contoh ini, persempadanan terasing tetapi diletakkan dalam satu kawasan DUN iaitu N45 Selat Kelang untuk membolehkan mengimbangkan pengundi dalam memastikan majoriti memihak kepada BN


Sebagai contoh sekadar untuk memberi ilustrasi, Si Tupai bertindak sebagai Suruhanjaya Pilihanraya menyusun dengan memberi kelebihan (advantage) kepada Parti Lembu dengan pengaturan sempadan yang merugikan Parti Rusa. Hasilnya Parti Lembu menang 4 kerusi berbanding Parti Rusa yang hanya memperolehi 1 kerusi

    Untuk mencapai matlamat ini, persempadanan menurut kehendak BN ini akan menghasilkan jumlah pengundi yang cukup ketara perbezaannya berbanding dari satu parlimen ke satu parlimen yang lain. Sebagai contoh dalam pilihanraya 2008, jumlah pengundi di Putrajaya hanya seramai 6,608 pengundi (BN menang) berbanding di Kapar seramai 112,224 pengundi (Keadilan menang). Kaedah ini membolehkan BN terus berkuasa kerana kerajaan BN walaupun mendapat undi popular yang rendah tetapi olehkerana “gerrymandering” BN akan tetap memperolehi jumlah kedudukan kerusi yang lebih besar diparlimen. Berdasarkan persempadanan sekarang, BN boleh memenangi sesuatu pilihanraya dengan hanya memperolehi undi popular sebanyak  45% tetapi akan tetap memperolehi kedudukan kerusi di Parlimen melebihi dari 50%.

Sebagai contoh untuk sekadar memberi ilustrasi, walaupun Parti Lembu hanya memperolehi 53% undi popular berbanding Parti Rusa tetapi dalam kedudukan kerusi, Parti Lembu memperolehi
      80% berbanding hanya 20% kerusi diperolehi oleh Parti Rusa
 
    Keadaan ini pernah berlaku dimana kerajaan Perikatan iaitu gabungan Umno-MCA-MIC sebelum dinamakan BN memenangi pilihanraya ketiga dalam tahun 1969 dengan hanya memperolehi 49.3% undi popular tetapi tetap kekal memerintah walaupun hakikatnya majoriti rakyat menolak kepimpinan BN. Fakta sejarah juga menunjukkan bahawa BN tidak pernah memperolehi sokongan rakyat melebihi 2/3 walaupun kesombongan mereka memerintah seolah-olah hampir semua rakyat menyokong mereka.


Fakta sejarah pilihanraya membuktikan BN tidak pernah peroleh lebih dari 2/3 undi popular
 
    Sejarah juga membuktikan bahawa setiap kali berlakunya persempadanan semula iaitu proses “gerrymandering” yang berterusan yang dibenarkan berlaku setiap 8 tahun sekali dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihanraya (SRR), BN akan memenangi kerusi pilihanraya lebih besar berbanding dengan pilihanraya terdahulu. Sebagai contoh, persempadanan semula tahun 2003 telah melonjakkan prestasi BN kepada 198 kerusi parlimen iaitu 90.41% kerusi parlimen walaupun mereka hanya memperolehi 63.9% undi popular. Begitu juga kedudukan kerusi BN bertambah kepada 84.38% dalam pilihanraya tahun 1995 setelah persempadanan semula berlaku dalam tahun 1994.
    Namun untuk buat kali pertamanya dalam sejarah, BN amat bimbang untuk meghadapi pilihanraya umum kerana mereka gagal untuk melakukan persempadanan semula sebelum PRU13 kerana mereka tidak memperolehi 2/3 kerusi parlimen dalam pilihanraya umum ke 12 pada tahun 2008. Untuk melakukan persempadanan semula, parlimen perlu mendapat lebih dari 2/3 kelulusan dari ahli-ahlinya. Di dalam PRU12, BN hanya memperolehi 62.61% kerusi parlimen iaitu kurang dari 2/3 dengan sokongan hanya 52.2% undi popular. Justeru tidak menghairankan strategi Najib adalah untuk membeli ahli-ahli parlimen PR yang tidak berpendirian untuk menyokong mereka.
    Malang untuk mereka sehingga tempoh 5 tahun PRU ke 12 diadakan pada 8 Mac 2008, regim Najib masih gagal memperolehi/membeli ahli-ahli parlimen dari Pakatan Rakyat yang mencukupi untuk membolehkan mereka meluluskan satu persempadan semula baru yang telah mereka sediakan awal-awal dengan kerjasama SPR. Ini mejelaskan mengapa regim Najib begitu takut untuk membubarkan parlimen kerana mereka tahu jika tiada proses penipuan berterusan mereka bakal kalah dalam PRU13 yang akan datang ini. “Gerrymandering” ini adalah salah satu kaedah penipuan yang menjadi senjata utama BN disamping pelbagai kaedah lain yang digunakan kerajaan BN untuk terus kekal berkuasa.


Isu Kalimah Allah – KDN Yang Meluluskan, Pakatan Rakyat Pula Yang Dipersalahkan


 
    Pimpinan Umno/BN hiruk pikuk seolah-olah ingin menjuarai isu kalimah Allah yang ditentang penggunaannya di dalam Bible. Mereka ingin menunjukkan bahawa mereka adalah pejuang Islam yang sejati maka seluruh masyarakat Melayu/Islam mesti menyokong mereka di dalam piliharaya yang bakal diadakan tidak lama lagi. Mereka mempersalahkan Pakatan Rakyat khususnya PAS dan Parti Keadilan Rakyat yang kononnya tidak mempertahankan kalimah Allah untuk menghalang penggunaannya di dalam Bible.
    Hakikatnya, pentadbiran BNlah yang bertanggungjawab untuk memberi lesen yang boleh membenarkan kalimah Allah dicetak didalam Bible. Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah badan yang bertanggungjawab untuk melulus atau menghalang kebenaran penggunaan kalimah Allah di Malaysia. Olehkerana BN yang memerintah maka KDN adalah di bawah tanggungjawab mereka dan justeru itu sebarang pembenaran penggunaan kalimah ini bukan dibawah tanggungjawab Pakatan Rakyat.
    Ternyata pentadbiran BN yang cukup lantang yang kononnya untuk memelihara kesucian Islam menghalang penggunaan kalimah Allah adalah pentadbiran yang sama membenarkan penggunaan kalimah Allah di dalam Bible di negara ini. Malahan Nazri Aziz selaku Menteri Di Jabatan Perdana Menteri pada 19 Januari 2010 secara terbuka menjelaskan kalimah Allah dibenarkan untuk digunakan dinegeri-negeri yang tidak mempunyai Sultan.
 
Nazri Aziz, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri mengumumkan kebenaran penggunaan
kalimah Allah di negeri-negeri yang tiada Sultan
 
    Penggunaan Bible berbahasa Melayu juga dibenarkan di Sabah dan Sarawak oleh pentadbiran Umno/Barisan Nasional. Dalam kenyataan medianya pada 15 Mac 2011, Menteri di Jabatan Perdana Menteri  Idris Jala, berkata tindakan kerajaan membenarkan Kitab Injil berbahasa Melayu selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah membenarkan pengeluaran serta penyebaran Kitab Injil dalam Bahasa Melayu secara terhad dan terkawal. Ternyata Kitab Injil berbahasa Melayu ini juga menggunakan kalimah Allah.

 
Contoh Kitab Injil berbahasa Melayu yang menggunakan perkataan Allah yang diluluskan oleh
Kerajaan Umno/BN

    Kerajaan Umno/BN yang mentadbir negara sekarang tidak wajar untuk mengheret PAS atau Parti Keadilan Rakyat dalam kancah kesalahan mereka sendiri yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible. Mereka tidak perlu menunjukkan bahawa mereka menjuarai Islam dimana pada hakikatnya merekalah yang sebenarnya menodai kesucian Islam. Pimpinan Umno/BN hanya ingin menggunakan isu kalimah Allah untuk mengelirukan orang Melayu/Islam supaya menyokong mereka di dalam pilihanraya umum yang ke 13 ini. Malangnya, mereka tidak boleh menyorokkan hakikat bahawa mereka sendiri yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible.

    Lebih malang lagi, pimpinan Umno/BN yang kononnya hebat untuk menjuarai Islam tetapi kebanyakan tingkah laku mereka mahupun keluarga mereka jelas menodai kesucian Islam. Kita tidak berhasrat untuk menyiarkan gambar-gambar pimpinan Umno atau keluarga yang terbabit dengan minuman keras atau skandal wanita tetapi jelas akhlak majoriti kepimpinan Umno mencemarkan Islam. Malahan arak yang jelas haram di sisi Islam menjadi urus niaga utama anak kepada Mahathir Mohamad.

San Miguel adalah syarikat pembuat arak terbesar di Asia Tenggara yang dimiliki oleh
Mirzan Mahathir
 
    Para pimpinan yang ditonjolkan oleh PAS dan Parti keadilan Rakyat jelas lebih mulia akhlak mereka dan berupaya memperjuangkan menurut nilai-nilai Islam yang sebenarnya. Dalam masa yang sama DAP yang menjadi rakan di dalam Pakatan Rakyat juga lebih telus dan terbuka di dalam isu nilai-nilai Islam. Akhlak pimpinan DAP juga jauh lebih baik berbanding dengan pimpinan MCA rakan sekutu BN. Rakyat Malaysia tidak melupai siapakah Chua Soi Lek yang menjadi Presiden MCA sekarang ini yang pernah terbabit dengan skandal seks dan menghina Islam secara terbuka.